Thursday, October 29

"Dewan Warung Tepi Jalan"

Pagi nie sebelum bertolak ke Kelantan, seperti biasa warung Pak Cik Nob di sebelah rumah menjadi tempat bertandang. Ini sudah menjadi rutin seharian.. Pekena Teh Tarik biar sampai ke pangkal Misai!—Pak Jalil yang cakap (MP Jalan Palas).

Apa yang seronok di warung nie?

Teh tarik kurang manis. "Pekena teh tarik biar sampai ke pangkal misai!"-Pak Jalil.

Selain teh tarik yang sampai ke misai itu.. Nasi lemak dan telur goreng.. Warung nie juga menjadi “Dewan Rakyat Bersidang Waktu Pagi”.. Iya.. Bahkan, Pak Cik Nob lah yang jadi Tuan Speakernya. Saya pula, wakil rakyat Parlimen Jalan Kabong.

Isu pagi nie agak hangat. Tajuk: “Ke mana arah sistem pendidikan negara?”. Saya, kalau bab-bab pendidikan nie memang agak degil. Apatah lagi bila ada ‘wakil rakyat’ lain yang tampak membesar-besarkan sistem pendidikan Barat. Bagi saya, tak salah kita belajar sesuatu.. Tapi, bukan dengan kaedah membesar-besar sehingga tak nampak langsung apa kelemahan sistem mereka.

Bermula dengan isu bahasa.

Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu..?

Tuan speaker, saya masih berpegang kepada cadangan resolusi asal bagi mengekalkan pengajaran subjek Sains dan Matematik sebagaimana dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini. Kita semua tahu, dasar yang dibuat adalah berdasarkan kajian dan kepentingan untuk memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.

Selain itu, sebagaimana fakta timbal-balik yang kita terima setelah perubahan kaedah pembelajaran dalam bahasa Inggeris beberapa tahun kebelakangan ini.. Kita dapati berlaku kemerosotan pencapaian pelajar-pelajar terutama mereka yang berada di luar bandar. Ini sudah pasti, ada masalah dari sudut MEMAHAMI sesuatu yang diajar.

Tuan speaker, saya ingin bertanya? Apakah main-concern kita dalam merubah kaedah pembelajaran ini? Apakah kita nak “UNDERSTANDING” pelajar yang optimum atau sekadar inginkan “VOCUBULARY” pelajar bertambah banyak?

Ya. Mungkin dengan mengajarkan subjek Sains dan Matematik.. Maka, kita dapati pelajar semakin banyak tahunya tentang istilah-istilah Sains. Tapi, belum tentu mereka faham apa yang mereka tahu. Bahkan, ramai yang sekadar hafal. Ini terbukti dengan kemerosotan keputusan dan feed-back dari tenaga pendidik sendiri.

Tuan speaker, kalaulah kita katakan.. Kemerosotan pada peringkat awal ini adalah merupakan satu proses ke arah yang lebih baik.. Apakah kita terlupa? Dasar yang awal juga memerlukan suatu proses.. Apakah kita sudah menilai dengan penuh prihatin dan ikhlas sejauh mana proses dan kejayaan dasar lepas sebelum mempraktikkan dasar yang baru ini?

Tuan speaker, kita bukannya “anti-thesis”. Seolah apa sahaja yang kerajaan cadangkan semuanya akan ditolak mentah-mentah. Tidak! Bahkan, kita akan mengangkat bangku untuk duduk sebaris dengan pihak kerajaan jikalau apa yang nak dibuat itu baik untuk rakyat amnya.

Siapa yang tidak mahu dengan anak-anak yang mampu menguasai bahasa Inggeris, world langguage. Siapa yang tak mahu inginkan komuniti yang punya daya interaksi dengan dunia luar, international adaption. Semua itu adalah cita-cita kita.. Tapi, semuanya tadi perlu dibuat dengan ‘kadar implementasi’ yang bertepatan!

Pak cik Nob, Opps.. maaf tersasul.

Tuan speaker, belajar dari Barat tak salah. Memang banyak benda yang perlu kita belajar. Tapi, bukannya kita mengimport bahasa dan budayanya secara pukal! Ini hakikat yang perlu kita tenungi secara dalam.

Kalaulah kita memang kalah dari segi perbendarahan kata, tapi belum tentu mereka menang dari skop teras budaya. Ini antara cabaran yang perlu didepani.

Saya melihat, dalam senario IPTA/IPTS—Higher Learning.. Kita memerlukan rujukan (citation) luar yang lebih ‘advance’ dalam sesuatu bidang kajian.. Dan, sudah tentu kita juga mahukan hasil-hasil kajian kita dirujuk oleh orang luar sebagai tanda kemajuan dan perkongsian idea kita dengan dunia.

Maka, bagi saya di sinilah sepatutnya peranan pakar-pakar bahasa kita.. Mereka memainkan peranan menterjemah masuk bahasa asing ke bahasa kita dan menterjemah semula hasil kajian kita ke bahasa asing tanpa perlu menggadaikan bahasa kebangsaan yang sedia ada. Apakah ini mustahil untuk diperbuat?

Cuba kita tengok kepada Jepun, Korea, dan China.. Ada orang kata, mereka lain.. Mereka lebih maju dari kita.. Ya, mereka memang lagi maju.. Itu saya tidak nafi. Tapi, bukan kemajuan material yang saya highlight di sini. Maksud, saya kemajuan “penataran bahasa”. Apakah kita tak setanding?

Di mana fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka? Mengapa ia semakin kelam, suram, dan tak bermaya..? Apakah kerana kita semakin kekurangan garduat yang tak pandai bahasa? Atau, mungkinkah kerana polisi yang semakin melupakan bangsa? Nak tepuk dada nak tanya siapa?

Dum.. Dum.. Dum.. Ahli parlimen lain menepuk meja.

“Oiii.. Korang nak jahanamkan meja aku ke?”—Tuan speaker mengingatkan ahli dewan. Bahawa, bukan murah meja warung yang dibelinya itu.. Jangan tepuk sangat, nanti pecah katanya..

“Tuan speaker! Izin laluan..”—Terdengar suara YB Pak Jalil.

“Tuan speaker.. Saya tak izinkan. Selepas nie baru boleh.. Maksud saya, dalam ruangan komen nanti.”—Maaf ye YB Pak Jalil.

Tuan speaker, satu sahajalah yang saya nak cakap sebelum mengakhiri penghujaan pagi nie. Kita anak Malaysia terlalu bergantung kepada orang luar untuk maju.. Usahkan pasal bahasa, hasil-hasil kajian (Project, Thesis, etc.) hebat-hebat di IPTA mahu IPTS pun kita “tak sentuh”. Sebab, kita lebih suka membeli hasil teknologi luar. Macam mana kita nak “mula untuk maju dengan tangan sendiri”?

Lepas tue, kita tunding pada bahasa.. Kerana kamulah kita tak maju-maju. Cuba tunjukkan negara mana yang maju dengan bahasa orang lain?

Saya cadangkan, yang diimport bukanlah bahasa.. tapi, kaedah. Metod, bagaimana mereka mengasah daya intelektualisme. Ini saya setuju..

Terima kasih tuan speaker.

“Kalau ya pun dah habis berhujah. Bayar ler dulu.. Nasi lemak dengan teh tarik kurang manis tu bukannya free..”—Tuan speaker mengingatkan. Hehe.. Ingatkan dewan rakyat ade bajet untuk sidang pagi nie..

MP Jalan Palas tersenyum. “Nanti pakcik suruh bini pakcik tulis blog. Balik dari kelantan, ahli parlimen Jalan Kabong kena baca.”

Saya tersenyum balas. Dengan Pak Jalil itu satu hal. Saya juga tersenyum sebab teringat maksud kata-katanya.. Pekena Teh Tarik biar sampai ke pangkal Misai!

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

Tuan speaker, belajar dari Barat tak salah. Memang banyak benda yang perlu kita belajar. Tapi, bukannya kita mengimport bahasa dan budayanya secara pukal!

Betul, betul, betul!

myikhwanfiideen said...

Syukran Dr. Khayra..

Pukal, smpikn apa yg "tak perlu" jg terimport sama. Itu yg tak perlu, kalau yg "tak patut"?

Blog Archive