-Tulisan ini.. Kalaupun ia ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah tiada.. Abaikan sahaja.. Ambillah INTIPATINYA, bukan mempersoal siapa WATAKNYA..-
“Well, ini tempat awak.. Saya harap awak suka duduk kat sini..”
“Thanks prof..”—Ucap Syafiqa sambil menundukkan sedikit kepalanya. Tanda hormat!
Prof Zulkarnain pun berlalu. Membiarkan Syafiqa, pelajar Master yang baru mendaftar tadi kebingungan.. Orang barulah katakan. ‘Mana pergi student lain? Takkanlah aku seorang saja yang tercongok dalam Bilik Penyelidikan Pasca-Siswazah ni?’
Syafiqa menggerling jam tangan comelnya.. ‘Patutlah.. Baru pukul 7.30 pagi. Aku yang terawal.. Azam baru!’. Dia tersengih. Perasan seorang barangkali..
Pap!
Bagai nak gugur jantung Syafiqa dibuatnya.. Dia menoleh ke arah pemuda yang baru menghempas beg sebentar tadi. Meja kerjanya cuma bersebelahan dengan meja kerja lelaki itu. Lebih kurang jarak semeter..
Pemuda itu sekadar ‘membatu’ diri. Seolah-olah tiada siapa yang ada di dalam bilik. Syafiqa teringin untuk menegur.. Tetapi agak segan. Kini barulah dia perasan yang pemuda itu berkopiah..
“Ehem.. Assalamualaikum.”. Lelaki itu tersentak. Terus melihat Syafiqa..
“Wa’alaikumussalam..”. Jawabnya pendek. Syafiqa perasan yang lelaki itu cepat-cepat melarikan pandangan..
“Ustaz dari mana? Boleh saya bantu?”—Tanya Syafiqa.. Jujur.
“Tak.. Takde apa..”. Terasa lucu pula hati Absyar apabila Syafiqa, pelajar baru di situ memanggilnya ‘Ustaz’..
“Saya bukannya ustaz..”. Absyar berterus-terang.
“Habis tu?”
“Saya pelajar di sini..”
“Pelajar Master?”. Syafiqa meneka dengan nada terkejut. Absyar sekadar mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiakan. Tapi, matanya masih memandang ke arah lain.
“Oh.. Macam saya jugalah..”
“Saya Syafiqa.. emm.. Awak?” Dia menghulurkan tangan.
“Absyar. Tak apa ye, saya nak ke tandas sebentar.” Cepat-cepat dia beredar dari situ.. Huluran Syafiqa tak disambut. ‘Sombong!’, desis hati Syafiqa.. Sambil melihat kelibat Absyar yang terus cabut entah ke mana..
-GAMBAR HIASAN-
"...Lelaki budiman dan mulia tidak menonjolkan urat dan kekuatan badan.. Tidak menentu tak bersebab di tempat yang tak berpunca kecuali perlu. Kerana manusia ini dinilai istimewa pada akalnya, juga akhlaknya, letak molek ilmunya dan keutamaannya.. Bukan pada keindahan atau keperkasaan sosok badannya..."
***
“Absyar memang macam tu.. Tapi, hatinya baik tau! Suka tolong orang...”—ujar Saiful, kawan sebengkelnya.. Pelajar master yang seorang ini jauh berbeza dengan Absyar.. Yang ni amat mesra dengan orang.. Absyar? Pergh... Sombong nak ‘mampus’!
“Kau masih baru.. Belum kenal siapa dia..”
‘Tak habis lagi! Aku ingat habis dah cerita.’ Syafiqa bengang.
“Sudahlah, aku tak larat dengar cerita tentang dia.. Jom! Bayar!” ajak Syafiqa.
“Tak payah cik.”—Pelayan Kafe Fakulti itu menolak.. “Bil cik berdua sudah dibayar..”.
“Bila kami bayar?” Tanya Saiful pula..
“Encik yang duduk di sana tu bayar..”. Saiful dan Syafiqa memandang ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan seorang lelaki berbaju melayu dan bersamping kemas sedang duduk bersama pelajar-pelajar junior dari fakulti yang sama.. Absyar!
Syafiqa mengangkat kening kepada Saiful. Dan, Saiful hanya mampu menjungkit bahu sambil melambai Absyar dari meja kaunter..
***
“Jumpa malam nie ye.. Bye!”. Syafiqa sengaja bersuara agak lantang. Tangannya menekan punat ‘merah’ pada papan key-board handphone..
Absyar yang duduk di meja sebelah menoleh sekilas. ‘Dengkilah tu..! Gasak kaulah, aku kisah apa.’ Dengan sengajanya, Syafiqa mengambil bunga ros di atas meja, lalu diciumnya berkali-kali.. Malam ni dia ada ‘date’ dengan Encik Hairi. Tutor dari fakulti yang sama.. Cuma department yang berlainan.
Kekadang hairan juga difikirkan..
Yalah, cepat benar dia intim dengan Pensyarah muda itu. Hanya selepas Encik Hairi membelanjanya dengan Saiful tempoh hari, terus dia terpesona..
“Hati-hati sikit dengan Encik Hairi tu..”. Pernah juga Absyar memberi ingat sewaktu dia membantu Syafiqa untuk ‘testing’ bengkel tempoh hari.
“Apa awak peduli?” Syafiqa menyampah.. Menyibuk betul!
“Saya cuma nak ingatkan awak. Terserahlah!”. Absyar terus berlalu..
Tragedi yang tidak diingini..
Kereta Persona JHF8685 meluncur perlahan membelah kegelapan malam. Bintang-bintang bergantungan di kaki langit rancak berkelip-kelipan.. Menambah teka-teki malam itu.
“Macam mana dinner tadi?”—Soal Hairi memecah kebisuan.
“Emm... Boleh tahan.” Balas Syafiqa.
“Boleh tahan saja?”
“Fantastic.. lazat.” Tambah Syafiqa.
“Yes, fantastic like awak juga.” Puji Hairi dengan penuh ‘maksud’. Pandangannya tajam merenung Syafiqa melalui cermin kereta.
Syafiqa termalu, terus melarikan anak matanya ke luar tingkap.
Tiba-tiba.. Hairi menekan brek. Lantas Syafiqa melihat ke luar.. Kelam! Tiada siapa yang kelihatan di situ.. Dia mula merasa tidak sedap hati.. Rasa seram menyerkup dalam kelopak minda. Teringat kembali kata-kata Absyar tempoh hari..
“Hairi, kita kat mana nie?”. Syafiqa memberanikan diri bertanya..
“Taman bunga..”. Hairi merenungnya.. Syafiqa kalah dengan renungan tajam Hairi itu. Dia berkalih pandangan ke arah lain.. Namun, debar di hatinya kian kencang.. ‘Ya Allah! Selamatkan hambaMu.’—Hati kecilnya mula berdoa.
“Kenapa? Awak tak suka?” Datang soalan dari Hairi..
"Bukan. Cuma.." Terputus. Lidahnya kelu.
-insya Allah.. Bersambung-
3 comments:
perkongsian yg mntap..teruskan menulis ye. (^_^)
hai..bila la novel nih nak released??-menanti dengan sabar
>SdrKu Hazwan..
Syukran.. Tulisan enta pun apa kurangnya.. lg mantap.
>SdrKu Amin..
Tgu dgn sabar.
Post a Comment