Wednesday, December 16

Salam Hijrah: ..hijrah pada langit kita..

Buat para Pengembara hambaNya yang sedang berkelana.. Salam pengHijraan 1431h!

Alhamdulillah.. Allah SWT masih menyambung nyawa kita untuk terus berjejak di bumi kepunyaan mutlakNya ini. Pejam celik, kita sudah menghampiri tanggal 1 Muharram 1431 Hijrah yang merupakan petanda bahawa sesi ‘liga’ yang baharu akan bermula sebentar sahaja lagi..

TAHUN BARU, AZAM BARU!—Sering slogan ini didengari dimana-mana Kuliyyah..

Ya, ada kemungkinannya begitu bagi sesetengah orang.. Tapi, bagi kebanyakan orang yang telah lama meletakkan tekad di dalam diri, sesi ‘liga’ yang baharu ini hanyalah sebagai titik ‘beginning’ untuk melakarkan strategi baru yang lebih EFEKTIF! Maknanya, bukan lagi Tahun baru, Azam baru.. Tapi, TAHUN BARU, STRATEGI YANG BARU!

Maksud saya.. Azam adalah Visi kehidupan yang takkan berubah walaupun air bah melanda.. kerana Visi hidup kita adalah ‘permenant’ iaitu—Mardatillah! Yang perlu dirobah atau dirombak mengikut kesesuaian masa dan waqi’ dimana kita berada ialah Strategi.. “The way to take an Action.. or.. how to Realize our vision”.

Maka, petanda aras untuk mengetahui strategi kita yang lepas perlu ditukar atau tidak, ialah dengan mengambil tarikh 1 Muharram ini sebagai masa untuk bermuhasabah.. Meneliti semula effectiveness bagi setiap tindakan harian yang dilakukan sesuai dengan beban-beban baru yang diletak pada pundak-pundak kita!

BERANI untuk GAGAL!

Mengapa perlu SEDIH dan KECEWA bila tidak mendapat sesuatu yang dihajati..--'Tidak Dapat' bukan bermaksud kita Gagal!

Bila sebut tentang ‘new strategies or new agendas’.. Satu benda yang perlu dipasak dalam minda dan disediakan dalam hati ialah.. Beranilah untuk Gagal!—Kerana tanpa keberanian, maka setiap azam ataupun visi hidup kita akan tinggal hanya sebagai slogan.. Tidak kenyataan!

Ya.. Pengalaman ‘gagal’ adalah suatu igauan yang sangat menyakitkan.. Saya merasainya sendiri. Bahkan, kadang-kadang ia sukar untuk dilupakan dan selalu sahaja ia mengetuk kepala atau menjadi mimpi-mimpi buruk.. Bagaimana untuk mengatasinya?

Menjawab persoalan ini.. Saya terubat apabila mengkoreksi sepotong ayat suci Quran yang dijumpai berulang-berulang dalam surah Rahman:

“Maka, apakah lagi nikmat Tuhan yang engkau dustakan?”

Bagi saya.. Kita sebagai ummah yang Terbaik, tidak perlukan kepada istilah yang namanya ‘KEGAGALAN’.. Tiada dalam kamus hidup kita akan istilah itu! Kerana, kalaupun kita tak berjaya mendapat sesuatu yang kita mahukan dalam hidup.. Ini bukannya ‘Gagal’.. Cuma, yakinlah Allah SWT sebenarnya nak bagi yang lebih baik dari itu.. Yang penting.. STRATEGI tadi perlulah didasarkan dengan IMAN dan TAQWA kepada Allah SWT!—Insya Allah.

Tuntas.. Nikmat Tuhan itu ‘terlalu terlalu terlalu’ luas dan lebih dari cukup buat kita sebagai manusia. Maka, apa lagi yang boleh kita dustakan? Konklusi itulah hadir satu ayat motivasi.. “Kita Umat yang tak pernah Gagal!”.

Moga kita semua dipermudahkan untuk itu.. Ameen!

Bersempena Ma’al Hijrah 1431, ada sedikit ‘hadiah’ buat sahabat-sahabat pengunjung setia di teratak usang ini:


-Hijrah yang jauh.. Derap langkahnya perlu dimulakan hari ini-



Telah terukir di mimbar sejarah..

Ceritera takwim Muharram..

Peri jerih hijrahnya Rasulullah...

Bersama para pengikut jua sahabat setia..

Meninggalkan kota Makkah..

Demi menyahut lambaian Madinah.

Demi seruan Ilahi.

Demi syiar Islami!

Mereka yang bernama kaum Ansar..

Menghampar telapak pengorbanan..

Seluas lembayung bumantara Tuhan..

Menyambut kaum Muhajirin..

Bersulam dan berulam cahaya persaudaraan..

Kerana ukhuwwah fillah.

Dunia wal akhirah!

Hijrah pada dada sejarah..

Adalah perpindahan Rasulullah..

Ke Kota Madinah tanih Al-Munawwarah.

Hijrah pada langit kita,

Adalah perubahan rasa.

Hijrah pada kota maknawiah,

Adalah pembersihan nurani..

Bahkan penzahiran diri,

Ke arah akhlak yang lebih terpuji.

Demi Islam, kerana Islam, untuk Islam..

Sampailah Izrail mengutus pengkhabaran!


-myikhwanfiideen-

Specializing on Partial Discharges Activities

Centre of Excellence,

Institute of High Voltage and High Current

2 comments:

Anonymous said...

salam
nice poem. 'Salam Hijrah' to u too

myikhwanfiideen said...

w'alaikumussalam..

salam Hijrah kembali..