Serasa saya semua orang ada PERASAAN.. Bukan manusia sahaja, hatta haiwan sekalipun ada perasaan..
Contohnya.. Seganas-ganas singa, ia tetap ada perasaan sayang dengan anaknya.. Maka, dengan perasaan sayang itulah singa tidak ‘memakan’ anak sendiri. Ya, kadang-kadang haiwan lagi arif dan tahu menggunakan PERASAAN yang dikurniakan oleh Allah SWT.
“Jomlah.. Minggu ni ada program untuk pelajar-pelajar PASTi.. Enta jadi AJK Pelaksana ye.”—Mengharap agar ajakan itu berbalas. Tapi, ajakan hanya tinggal menjadi debu-debu yang berterbangan..
Atau..
“Datang tak malam nie? Usrah kita buat kat Masjid Taman U. Dapat message kan?”. Kali ini hanya anggukan lemah yang diunjuk. Mulut masih terkunci untuk menjawab walau sepatah, Ya.
Dipendekkan cerita..
Sudah berminggu hingga bertukar bulan.. Kelibat-kelibat sosok ini tidak lagi kelihatan.. Hanya mampu untuk mengharapkan ‘keajaiban’ dari Allah SWT agar dia akan muncul semula.. Kalau bukan di sini, di sana.. Di mana-mana. Insya Allah! Optimis...
Beberapa hari sebelum ‘kehilangan’ itu..
“Maaflah, ana TERASA dengan seseorang.”—Pendek sahaja sms diterima. Ya, semuanya kerana TERASA.. Realitinya, tindakan untuk memilih ‘kesenyapan’ tadi adalah kerana PERASAAN yang TERASA pada seseorang. Bukan orang lain pun, sahabat sendiri..
-GAMBAR HIASAN- Sampai bila mahu menyendiri?? Sedang BAHTERA akan terus belayar meninggalkan kita yang masih dibuai perasaan yang terus PERASAN.
'Al-Mutasaaqithuun’-Golongan tercicir? Tidaklah sampai ke situ saya maksudkan. Bagi saya, sahabat yang seperti ini perlukan sedikit ‘kerehatan’ untuk merawat hati yang terasa.. Esok lusa, insya Allah diharap akan muncul semula..
Cuma, bagi saya lah..
Sudah fitrahnya manusia ada PERASAAN bukan? Maka, bila sebut perasaan.. Ada masa ia boleh terasa.. Ada masa ia merasa.. Dan, paling teruk perasaan tadi boleh saja perasan sorang-sorang.. Maksud, menyangka sesuatu yang belum pasti atau memang tiada langsung!
Kenapa kita terlalu melayan PERASAAN..?
Apakah perlu kita masih menyimpan ‘sifir’ MERASA dan TERASA?
Kalau pun kita ada hujah sendiri untuk TERASA.. Sampai bila nak memendam rasa dan mengasing bicara?
Kerana hakikatnya, kita yang ditarbiyyah bukan sekadar untuk MAMPU membuat kerja-kerja yang diletakkan pada pundak bahu masing-masing.. Tapi, lebih dari itu.. Iaitu mampu ‘merawat’ hati sendiri yang kadang-kadang dilanggar perasaan TERASA dengan mana-mana sahabat seperjuangan. Menjadi ‘Doktor’ untuk perasaan sendiri!
Dua tahun lepas, sempat bertemu dengan seorang Murabbi hebat yang disegani.. Pernah diajukan soalan ini.. Dan, jawabannya..
“Berapa kali enta terasa? Ana ni dah duduk dalam jemaah selama 40 tahun.. Agak-agaklah berapa kali ana terasa berbanding dengan enta? Kalau perasaan yang diturutkan.. Rasanya, enta takkan sempat jumpa ana kat sini..”—Soalan yang dijawab dengan soalan.. Mengetuk kepala untuk berfikir!
Berfikir, kalaulah binatang seganas singa, pandai meletakkan perasaan pada tempatnya yang benar.. Mengapa pula kita yang namanya manusia tidak bijak menggunakan rasa dan akal??
Akhirnya kita boleh simpulkan..
PERASAAN itu adalah fitrah.. TERASA itu lumrah dan adat dalam berjuang.. Tapi, bila terbawa-bawa dan terlalu melayan PERASAAN yang TERASA.. Ini yang dinamakan PERASAN! Perasan inilah yang wajib dihindarkan.. Moga kita semua diberikan kekuatan.. insYa Allah..
p/s-Juga peringatan bagi yang masih terus menapaki jalan dakwah ini, jangan sangka kita tidak diserang gejala PERASAAN ini.. Ujian itu tetap ada.. Hanya-sanya bentuk yang agak berbeza.. iaitu perasaan yang PERASAN merasa lebih 'mulia'.. Berhati-hatilah!
Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi sajak peringatan ini [link]:
Kerana merasa lebih Mulia..
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga.
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana merasa munajat kita lebih diterima.
Kerana merasa lebih Mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah
Malah memandang rendah pada yang melawan fitrah.
Kerana senang punya sahabat yang hadam erti ukhwah.
Oh, kerana merasa diri lebih Mulia.
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya.
Malah jelek melihat mereka yang terbuka sini sana
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.
Kerana merasa diri lebih Mulia,
kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa
malah benci melihat sahabat yang berehat seketika.
kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam amal kerana-Nya.
Kerana merasa lebih mulia
Kita ralit menatap buku tanpa jemu
Malah jengkel dengan yang berhibur tanpa malu
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.
Kerana merasa diri lebih mulia
Kita leka Perintah Tuhan Yang esa.
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup sempurna
Takut-takut kita diheret ke Neraka,
Hanya kerana didunia,
Kita merasa lebih Mulia!.
3 comments:
setuju tu abg zul..
mmg kadang2 kita xbuleh pikir sgt pasal perassan ni..huhu..peringatan kepada diri sendiri juga supaya jgn terlalu berperasaan sendiri..
My Bro "kurangkan"..
How r u? Hopefully sihat.. Alhmdllh, lama x dgr kbr2 gembira dr UK.. Sronok bla hairul bg komen sket kt blog abg yg x sbrp nie.. :)
Ya. Stuju.. Kdg2 perasaan smcm inilh yg byk menghambat organisasi utk trus brjalan mnuju misi.. So, kwajibn stp dr kt kene brlatih utk tdk trlalu brperasaan..
Thanks..
semua org punnya sikap, yang penting hormati sikap.
dalam organisasi kalau nak ikut perasaan sgt, yang pimpinan pun boleh bertukar jadi ancaman pada gerakan,bukan nak persetankan hati dan perasaan, cuma cuba kawal dan bersikap profesional, agar gerak kerja lancar dan tak terjejas, sebab kita bekerja bukan utk ketua, tp untuk Allah.
Wallahua'lam
Post a Comment