Bermula dengan program Islamic Summer Camp (Gen 03) selama 3 hari di Papar, dan diakhiri oleh Program Kem Islam di Ginawo selama 2 hari.. Program ini atas inisiatif sendiri oleh adik-adik SMK Kota Marudu dan ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah di sana. Tahniah adik-adikku!
11.00pm, 23 hb Dis 2009.
Usai mesyuarat PASTI kawasan.. Ditemani oleh sahabat 'sehidup-semati' saya; Cikgu Saibul, kami 'menunggang' kuda hitam membelah kepekatan malam yang agak menyeramkan menghala ke utara.. Hasrat kami untuk sampai ke sana sebelum subuh. menjenguk adik-adik yang sedang berprogram.
Tiba di sana sekitar pukul 1.00 pagi.
Sempat juga bertanya dengan adik Rendy, apa maksud "islam id ginawo?". "Islam di hatiku.."-Laju sahaja adik Rendy menterjemahkan. Beliau juga menjadi penunjuk jalan buat peserta program dan Fasilitator untuk Aktiviti Jelajah Dakwah pagi itu.
Sempat lagi menjadi 'duta promosi' minuman non-alcoholic, ISTAK. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ISTAK, boleh kunjungi laman sahabat saya, Sdr. Zaiem Al-Hilmi [link].
Pic 4: Bergambar kenangan dengan sahabat saya merangkap rakan Blogger, Sdr. Nadir Al-Nuri sebelum memulakan kembara dakwah..
"Enta nie Al-Fateh zaman ini.."-Saya menepuk bahu sahabatku Nadir.. Dalam diam, saya mengagumi beliau.. Bayangkan, dia datang ke tempat program hanya dengan menaiki motosikal seorang diri! Alhamdulillah, ada insan yang dikurniakan oleh Allah SWT pada kami di kota tandus ini..
"Ah. enta nie.. mcama-macam.. Nie kerja yang cuma sikit tuan. Banding dengan al-fateh sebenar jauh sekali..". Dia merendah diri..
Ya. memanglah kita terlalu jauh dari Al-Fateh yang sebenar.. Tapi, kalaulah Al-Fateh abad yang dulu berpeluang membuka kota Konstantinople.. Kita hari ini, bukalah kota-kota hati manusia untuk menerima sinaran dakwah.. Peluang itu masih terbentang luas!
Azam menjadi al-Fateh abad yang baharu!.
9.00 pagi, 24 hb Dis 2009.
Aktiviti jelajah Dakwah pun bermula.. Destinasi yang dituju ialah Kampung Parong. Dan, kehadiran kami disambut oleh Al-Fadhil Ust. Mutalib. Beliau merupakan penganut "paganisme" yang telah memilih Islam dan akhirnya menjadi Pendakwah serta Imam disitu..
Subhanallah! Hati saya bertempik kuat apabila mendengar perkongsian dari ustaz.. Hijrah yang beliau lakukan hanya kerana petunjuk "SECARIK KERTAS". Kembara hidup beliau ini tersangat menyentuh hati saya termasuk adik-adik peserta yang lain..
Insya Allah, nantikan untuk saya kongsikan kisah beliau dalam entry yang lain selepas ini. Ameen.
Pict 7: Mengabadikan kenangan bersama Ust. Abdul Mutalib. Gambar ini berlatarkan rumah keluarga beliau yang masih belum memeluk Islam.
Pict 9: Perjalanan jelajah dakwah yang cukup menguji iman.. Terutamanya kebimbangan keselamatan 'kuda hitam'.. Takut-takut ia dicalar onak dan duri di sepanjang perjalanan.
Pict 10: Sedang meneliti sesuatu.. Oh! Kuda hitam.. Kesian badan engkau. Tapi, itulah dia hakikat perjuangan.. Bersabarlah!
Kepada semua sahabat dan teman seperjuangan.. Teruskan membuka kota-kota hati manusia yang masih kegelapan.. Insya Allah, generasi baharu yang disimbahi iman pasti akan tumbuh dengan subur di bumi tandus itu! Ameen.
Juga ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan TAHNIAH kepada adik Rabiatul Nazira (ahli KRU Kota Belud) yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR baru-baru ini. [link].
No comments:
Post a Comment