Thursday, December 10

Tamadun Jepun: Inspirasi kepada "Negarawan Muda".

Saya masih berusaha menghabiskan beberapa lembaran helai muka surat buku ‘TAMADUN JEPUN’ yang tersarat dengan fakta.. Buku ini diterima dua hari lepas. Dan, saya membacanya sambil belayar ke negeri matahari terbit itu.. Tenggelam dalam hiruk pikuk bangsa yang hari ini telah mencapai takat ketamadunan adunan sendiri..

Sedikit rasa kongsi dari pengarang buku...

“Di Malaysia, keghairahan luar biasa terhadap Negara Matahari Terbit ini dan kejayaan ekonomi dan teknologi Jepun cuba ditiru melalui dasar Pandang ke Timur sejak 1981. Suatu ‘kesilapan’ besar ialah kita tidak pernah mengkaji bagaimana Jepun berupaya melakukan peniruan atau pengaplikasian teknologi luar.

Di Jepun, peminjaman dari luar dibuat dengan mengambil kira latar belakang budaya dan sejarah negara yang menjadi model mereka. Semua ini ‘diadun’ dengan unsur dalaman lalu menghasilkan sesuatu yang ‘bersifat Jepun’ “—Abu Talib Ahmad, Universiti Sains Malaysia.

-Taman Konsep Jepun. Nilai asli 'terkecil' ini sekalipun masih tetap dipelihara-

Maknanya.. Walaupun Jepun antara negara yang terbukti melakukan proses ‘pencedokan’ intelek dari luar samada China atau Eropah.. Tetapi, mereka tidak rakus menerimanya bulat-bulat! Proses artikulasi ilmu itu ditapis dan disesuaikan sehingga ia mengekalkan sifat Jepun yang asli.

Inilah sebenarnya peranan para cendikiawan atau golongan intelektual.. Di mana-mana pun, termasuklah dalam negara kita. Wajib untuk adanya sekelompok pemikir yang menjadi ‘filter’ (saya istilahkan sebagai penapis) sebelum khazanah luar yang diangkut masuk itu disajikan kepada rakyat jelata.

Malangnya saya berpendapat dalam negara kita, kelompokan itu masih belum ramai.. Atau, belum ‘cukup tangan’.. Bahkan, semakin hari ia semakin terancam dengan ‘kepupusan’. Mengapa? Kerana terlalu banyak faktor! Salah satunya ialah, kerana iklim keilmuan dibiarkan tandus dan kontang!

Yoshimune Tokugawa. Revolusionari yang bergelar Shogun ke-8 dalam peradaban Jepun

Berbalik dengan Jepun.. Sejarahnya bukan sesingkat yang kita sangka.. Ya, mungkin sejarah negara Jepun itu dijulang selepas Perang Dunia II. Mungkin ‘bintang Asia’ ini dikenali oleh Dunia selepas fasa itu.. Tapi, hakikatnya sejarah negara itu juga mengalami proses. Proses peralihan (transaksi).

Saya istilahkan ia, transaksi.. Transaksi antara kelompok “Revolusionari” dan “Intelektual”. (Insya Allah, dilain kesempatan saya kepingin untuk berkongsi idea mengenai beza-tara antara dua kelompok ini). Dua kelompok inilah sebenarnya yang memacu Jepun sehingga ke taraf Tamadun Negara-Bangsa yang hebat.

Berapa ramai intelektual mereka bermula dari zaman Jomon (zaman terawal Jepun yang direkodkan oleh sejarah, 8000 tahun sebelum Masihi) sehinggalah zaman Showa (1926-1989)? Kemudian, zaman selepas itu.. Termasuklah zaman pemodenan Meiji.. Sehinggalah sekarang.

Konotasi dari itu, juga berapa kali berlakunya proses reformasi ataupun evolusi sejarah dan penganjakan paradigma (shift paradigm) masyarakat merka dari suatu tahap ke satu tahap yang lebih baik? Maksud, dari satu tahap yang ‘kuno’ kepada tahap yang lebih ‘moden’. Inilah peranan terbesar kelompokan yang saya panggil sebagai Revolusionari itu tadi.

Pengalaman-pengalaman sejarah itulah yang mengajar bangsa Jepun dan terus mematangkan mereka dari masa ke semasa.

Pengalaman-pengalamn itu juga yang dikutip dan diselarikan oleh tokoh-tokoh Revolusionari mereka untuk memimpin perubahan. Tanpa, mengenepikan pandangan dan cadangan dari tokoh Intelektual sezaman.

Nah.. Adunan dari istilah yang saya namakan sebagai transaksi itulah yang menatijahkan, zaman kemodenan Jepun.. Dibawah pemerintahan Meiji!

-Illustarsi. Fasa Pemodenan Meiji-

Mari kita lihat sebentar...

Saya tidak pernah mengkaji secara serius tentang siapakah yang terlibat dalam zaman pemulihan Meiji sebelum ini. Hanya pembacaan umum di sekolah menengah melalui buku teks sejarah. Sekarang baru saya tahu bahawa, mereka-mereka itu ialah ‘saya’!

'Saya'?—Maksudnya, golongan yang memimpin perubahan ketika itu sehingga Jepun diakui sebagai negara terkuat di Asia Timur adalah dari kalangan anak-anak muda. Anak muda lingkungan umur 'saya' dan 'anda' (dalam konteks, merujuk kita sebagai pemuda/i)!

“Generasi pertama pemimpin Meiji mengutamakan kepentingan negara serta dedikasi penuh untuk berkhidmat kepada negara. Bagi mereka, kepentingan negara mengatasi segala-galanya!”—Rujuk: “The Meiji leaders and Modernazation”, Roger F. Hackett.

Lantas saya teringat.. Pembuka Kota Constantinople, juga dari kaum anak muda. Sultan Muhammad Al-Fateh. Menunjukkan suatu pengakuan bukti dari sejarah bahawa kejayaan sesuatu visi dan misi ‘raksasa’ adalah dipelopori oleh Revolusionari muda!

Wahai anak muda.. Kita bagaimana?

Soalan ini mungkin agak provokatif. Tujuannya mengundang jawaban yang tergagah dari anak muda. Bukan hanya jawaban lisan, tapi sekaligus dengan tindakan kedua belah tangan yang harus dilakar pada sejarah. Hasilnya mesti boleh ditonton dengan jaya.. Bukan ditangisi!

Tapi, agak malang ya..

Sultan Muhammad Al-Fateh. Tokoh "Negarawan Muda" tamadun Islam yang tersohor

Jawaban hari ini masih mengunjur ke polar ‘sadisme’. Rantai-rantai hedonisme masih membelenggu akal anak-anak muda dan akhirnya ledakan potensi intelek dan oligarki untuk berubah tadi terbantut dan tersalur ke tempat lain yang tidak sepatutnya.. Berapa tahun lagi kita mahu menidurkan mata untuk belajar sesuatu dari mereka..?

“Hubbul watan minal iman”—Al-Hadis. Maksud: Cintakan negara adalah sebahagian dari iman.

Alam melayu, termasuklah Malaysia sudah membuktikan bahawa tokoh “negarawan” ulung yang mencakupi kapasiti ‘revolusionari’ dan ‘intelektual’ ada dilahirkan di alam ini. Bahkan, sebahagian mereka menjadi rujukan Barat untuk menilai dan membaca sosio-budaya dan teras pemikiran terutamanya yang berlatarkan alam melayu.

Itu dulu..

Sekarang ini, seperti yang saya sebut bahawa ‘kelompangan’ itu semakin terasa.. Ayuh! Kita yang MERASA, marilah sama MENGISI.. “Negarawan muda”, Insya Allah!

2 comments:

alQasam said...

Askum

Masih dan sedang menikmati tulisan yang menggugah dan dalam ini.

Teruskan menulis ukht!:)

myikhwanfiideen said...

W'kumsalam wrhmtllh.

Syukran tunjuk ajar..

p/s-'ukht'? trsenyum sndirian..