Ditulis oleh Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud | |
Isnin, 21 Januari 2008 | |
MOHAMAD ZULHILMEY BIN MAKMUD 3 SEE FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Kembali kepada sejarah... Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) adalah pertubuhan pelajar rasmi yang di tubuhkan pada 18 Disember 2002. Sekumpulan mahasiswa Islam yang mewakili kolej-kolej kediaman di kampus UTM telah menemui Naib Canselor UTM untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan menaungi mahasiswa/i Islam kampus. Atas kesedaran bahawa perlunya satu badan untuk menjaga kebajikan mahasiswa Islam di UTM ini yang mendorong untuk membawa kepada penubuhan persatuan ini. Seawal penubuhannya, PMIUTM seolah-olah lesu dan tidak mampu bergerak seiring dengan persatuan lain lantaran terlalu banyak masalah yang terpaksa mereka lalui. Dengan dana persatuan yang bermula dengan sifar, keahlian persatuan yang tidak sampai 50 orang manakala program-program yang dirancang pula dipandang sepi oleh masyarakat kampus memperlihatkan bahawa PMIUTM seolah-olah akan rebah menyembah bumi.. Namun.. Semangat juang pimpinan PMIUTM yang berganding bahu dengan ahli-ahli persatuan yang tidak jemu-jemu menyumbang tenaga, tidak kedekut mengorbankan wang ringgit, tidak bakhil meluangkan sedikit waktu sehari mereka demi semata-mata mahu melihat PMIUTM bangkit semula nampaknya tidak sia-sia. Kini, PMIUTM telah mencecah usia 5 tahun generasi kepimpinan dan terus mengorak langkah dalam menjaga kebajikan Mahasiswa Islam. Semangat kental dan tidak mudah putus asa pimpinan terdahulu untuk memartabatkan Islam memberikan satu impak yang cukup baik buat generasi masa kini. |
Tuesday, January 22
5 Tahun Generasi Kepimpinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment