Thursday, March 20

Ku merintih kerana Cinta..

Tanggal 12 Rabi'ul Awal tahun 1429 Hirah...

Kenangan dan Rindu kepada Rasulullah semakin menjadi-jadi..

Selesai Solat Isyak, saya duduk depan PC dan mula membaca entry sahabat2 dalam blog yang rata-ratanya hari ini menyentuh mengenai sirah Agung seorang Insan iaitu Rasulullah SAW...

Tanpa disedari airmata saya jatuh berlinangan.. Rasa rindu dan kasih mendesak-desak di sebalik jiwa saya.. Rindukan si Dia.. Insan suri Tauladan sepanjang zaman..

Artikel-artikel yang cukup menyentuh hati dan perasaan terutamanya artikel dari Al-Fadhil Ustaz Hasrizal membuatkan saya teresak-esak berseorangan melayan perasaan..

Adakah daku telah benar-benar mengasihi Nabi? Adakah daku telah melaksanakan Sunnah Nabi? Adakah daku layak menerima Syafaat Nabi? Adakah daku meneruskan tanggungjawab agenda dakwah Nabi?

Sirah Nabawiyyah karangan Shiekh Mubarak Furi (Raheeq Al-Makhtum) menjadi teman saya pada malam nie.. Sambil menangis, saya membuka semula lembaran sirah yang memang saya dah baca dari awal semester lagi..Rasa tidak jemu menatap kisah-kisah mengenai kekasih Alla yang ulung.. Semakin dibaca, semakin terasa 'alangkah bahagianya jika aku berada disisi Nabi ketika itu'..

Tanganmu akan ku cium..
Wajahmu akan kutatap..
Tubuhmu akanku peluk..

Sunnahmu akan ku patuh..
Sungguh! bisa ku gadai nyawa ini demi engkau Ya Muhammad!!


Bertemankan alunan lagu nasyid Nur Selawat, saya mula membaca buku Sirah ini.. Sengaja saya membuka 'part2' yang memang menyentuh hati.. Subhanallah, saya tenggelam dalam lautan 'zouk' (perasaan).. Malam yang cukup berbahagia saya kira..

Bagaimana iltizam dan tahap yakin baginda? Bagaiman akhlak dan peribadi Agung Nabi? Bagaimana bentuk tekanan dan cemuhan puak Musyrik..? Bagaimana kukuhnya benteng kesabaran baginda? Bagaimana suara rintihan baginda kepada Allah?

Semua itu diceritakan dengan bait-bait cinta yang begitu indah dalam kitab Raheeq Al-Makhtum..

Kalaupun kamu sanggup..

Kalaupun kamu sanggup letak matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, nescaya daku tidak sekali-kali tinggalkan kerja ini melainkan daku dimatikan oleh Allah

Tekanan dan godaan Musyrik dibalas kata-kata sakti..
kata-kata yang menghancurkan sama sekali 'motivasi' kuffar untuk berhadapan Nabi..
Mereka menawarkan kuasa,wanita dan harta kepada baginda agar Nabi tinggalkan dakwah..
Malangnya mereka tidak faham-faham lagi.. Dakwah Nabi bukan bermatlamatkan nilai keduniaan itu..

Sungguh tepat jawapan 'kalaupun kamu sanggup..'. Kalaupun kamu sanggup bagi lebih dari itu, tugas dakwah ini takkan ditinggalkan..

Renungan buat sang kembara dan sang kelana.. Dakwah bukan barang jual-beli.. Bukan juga barang yang boleh ditingal-tinggalkan.. Bukan kerja ikut mood.. Dan juga bukan profesion semata-mata..

Saya tidak bercadang nak berkongsi kesemuanya disini.. Cukuplah ia menjadi suatu cetusan.. Saya percaya kita mencintai Insan yang sama.. Sejauh mana kita berusaha mencari cinta itu, terpulang kepada kita.. Hakikatnya Nabi memang kasih dan cinta kepada Umatnya.. Tapi, ketahuilah bahawa bukan namanya 'bercinta' kalau cinta terbit dari sebelah pihak sahaja.. Renung-renungkanlah bersama..

Dan aku terus menangis dalam rindu dan cinta..

Cinta kepada Baginda sebagai syarat sempurna iman itu bukan cinta paksa, kerana Baginda telah terlebih dahulu menyintai kita. Merindui kita. Sebelum kita ada…

Apakah cinta kita kepada Baginda sehebat itu?

Dalam keletihan dan kesakitan oleh tubuh yang tidak sekuat tubuh Baginda, diri ini merintih, “ya Allah, kurniakan padaku cinta kepada Baginda, sehebat cinta Baginda kepada umatnya… biar pun sekadar cebisan darinya”.

Selawat dan salam ke atasmu ya Rasulallah, syafaatkan kami di hari pertemuan kita… dengan ikhtiar perjuangan yang tidak seberapa ini.

Ameen ya Rabbal ‘Aalameen.

No comments: