Sehingga lewat petang hari ini, saya termangu di depan PC untuk mengetahui berita-berita terbaru.. Internet menjadi pilihan kerana ianya mudah dan 'maklumatnya cepat sampai,.. Saya tersenyum sendirian mengingat kata-kata Prof Agus semalam.. "Saya hairan kenapa orang di jalan raya lebih cepat dapat informasi berbanding saya yang duduk di pentas utama Angkasapuri ini..".. Satu pertanyaan sinis yang terkandung seribu macam persoalan.. Thanx prof kerana sudi berkongsi secara telus dengan rakyat Malaysia..

"Kemungkinan ini suatu signal atau amaran dari rakyat !"--prof Agus..
Tsunami rakyat..

Persoalan yang ingin saya nak berkongsi ialah apa yang saya namakan sebagai tsunami rakyat..
Bolehkah sesiapa merantai serta menggari pemikiran orang?
Sejauh manakah suatu jentera media itu boleh memenjara serta meracuni pemikiran marhaen sehingga mereka menjadi dungu sedungu-dungunya...?
Teringat saya kata-kata keramat Pak Hamka,
"Mereka boleh memenjara fizikal saya, tetapi jangan lupa bahawa mereka sesekali tidak akan bisa melokapkan pemikiran serta idealisme saya!!".
Kata-kata pak Hamka itu mungkin boleh dijadikan jawapan kepada persoalan diatas.. Bagi saya, kata-kata itu adalah pengajaran kepada semua pihak.. Sebab, manusia ini berjiwa fitrah.. Fitrah yang suka akan kebaikan melainkan mereka yang tidak menggunakan AKAL kurniaan Allah..
"Siapa yang ajar bayi..? Bila kita letak manisan kurma pada mulutnya, bayi itu akan menjilat secara automatik.. Kenapa bayi tidak meludah (menolak manisan yang diberi)..? Sebab itulah fitrah manusia.. Inginkan benda baik.. Jadi, mengapa kalau dah besar dan berakal kita nak langgar fitrah??? Patutlah Allah kata, layaklah neraka kepada golongan-golongan seperti ini(yang menolak fitrah) !"--Tok Guru Nik Aziz.
Dan..
Bila kita tinjau-tinjau keputusan PRU 12 kali ini.. Di sana semacam ada satu message yang jelas kepada mereka-mereka yang suka melanggar fitrah manusia..
Fitrah manusia yang MAHUKAN keadilan pemilihan pemimpin, ruang kebebasan idea, maklumat telus, pembelaan golongan miskin, dan agihan kekayaan yang sama-rata!!
Juga fitrah manusia yang BENCIKAN salah-guna kuasa, kronisme, nepotisme, rasuah, dan sebagainya!!
Tsunami itu adalah tamparan pertama dari rakyat! Itulah akibatnya orang yang cuba melawan fitrah Insan dan menganggap dirinya laksana RAJA RIMBA.. Saya pinjam kata-kata Saudara Azlan, "Nyamuk memang kerdil.. Tapi, sekerdil-kerdil nyamuk, bila dia gigit pasti juga sakit.. Mungkin juga demam.. Demam denggi.. Kalau dah denggi, mungkin juga mati.. Itu baru seekor nyamuk!!"
the silent killer!!

Apa yang menarik mengenai mereka??
Saya ada beberapa jawapan mengenai persoalan ini.. Sebab kalau mengikut perkiraan umur, maka saya juga termasuk dalam kategori ini.. I am one of the silent killers!!.. Dari pengamatan saya, Silent killers itu terbahagi kepada 2 kelompok utama;
1. Pemimpin muda. Mereka adalah golongan terpelajar yang mempunyai cita-cita serta wawasan yang jelas.. Cita-cita perubahan diri dan mungkin juga negara kearah yang lebih baik.. Jiwa mereka terkesan dengan rintihan rakyat serta berkemungkinan mereka turut menjadi salah seorang aktivis rakyat.. Mereka turut mempunyai pengaruh dan mempengaruh. Mereka sering bersuara serta berani kedepan membawa sesutu isu.. Kelompok ini tidak ramai, tetapi cukup untuk mempengaruh!!

No comments:
Post a Comment