Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan khidmat seks tetapi disifatkan sebagai "sedekah".
Presidennya, Datu Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kenyataan sedemikian telah memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat.
"Bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri Perak yang pantas dan tegas dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan Pakatan Rakyat bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, dan bukan sekadar cakap kosong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Zul Hassan yang juga ahli PKR akan dihadap ke jawatankuasa disiplin parti itu untuk menjelaskan kenyataannya yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".
Wan Azizah berkata, PKR berpendirian bahawa amat penting untuk pegawai tinggi berkelakuan baik agar menjadi teladan generasi muda.
"Maka kami menyokong penuh tindakan yang diambil ke atas Zul Hassan dan tindakan selainnya yang diambil ke atas sebarang salahlaku asalkan terdapat bukti kukuh.
"Kami tidak akan bertoleransi dalam isu salahlaku yang melibatkan mana-mana pegawai kerajaan, tanpa mengira parti dan jawatan, sebaliknya mengatasinya dengan serius.
"Akhirnya kami ingin mengesahkan bahawa Mohammad Imran Abdullah yang juga terlibat dalam skandal seks tersebut bukan ahli PKR," katanya.Wanita turut sokong
Sementara itu, Wanita PKR juga menyokong tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang mahu Zul Hassan melepas segera jawatan ahli Majlis Daerah Perak Tengah.
Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu pihak pimpinan terutama, Dr Syed Hussien Ali selaku pengerusi jawatankuasa disiplin parti itu, mengambil tindakan disiplin parti terhadap Zul Hassan.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin merujuk merujuk kepada fasal 5 (11) dan fasal 5 (3e) berhubung perjuangan parti itu membela dan memertabatkan kaum wanita.
"Fasal 5(11) memperjuang dan membela nasib wanita serta memartabatkan kaum wanita dan fasal 5(3e) juga menekankan kepada aspek ketinggian akhlak.
"Jelas perbuatan yang dilakukan Zul Hasnan tidak berakhlak sama sekali khususnya bagi insan yang beragama Islam," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami Wanita Keadilan juga mahu tindakan segera diambil tanpa mengira latarbelakang parti," katanya.
Merujuk kepada aspek keadilan, tambah Zuraida, seharusnya wanita tersebut juga perlu mendapat pembelaan sewajarnya tanpa mengira bangsa dan agama.
"Jawatan Zul Hassan - selain ahli majlis - keanggotaannya juga perlu dilucutkan dan tindakan disiplin harus dikenakan terhadap beliau ekoran sifat kepimpinan yang ditonjolnya yang tidak menyerupai contoh seorang pemimpin."Kami dari Wanita Keadilan juga mahu pihak berkuasa agar menyiasat kes ini sedalam-dalamnya di mana wanita dijadikan mangsa serta diperalatkan oleh sesetengah individu untuk kepentingan tanpa mengira latar belakang politik," kata Zuraida sambil menggesa pihak yang bersalah supaya dibawa ke muka keadilan.
Tuesday, September 30
Apa sudah jadi?
Sunday, September 28
GAMISJOHOR: Pencetus Revolusi Mahasiswa Selatan
"Wala tahinu wala tahzanu. Innallaha ma'ana"Jangan kamu berasa lemah dan jangan kamu berasa sedih. Sungguh! Allah bersama kita.Biarlah kita perkukuhkan kuda-kuda kita dalam menghadapi segala konspirasi jahat musuh dalam usaha mereka menyekat usaha Dakwah dan Islah ini.Demi Islam, kita berjanji untuk sanggup menggadaikan segalanya!
Friday, September 26
Faktor kecemerlangan gerakan mahasiswa
Namun kini, dunia telah mempotretkan sejuta wajah kesengsaraan perjuangan mahasiswa yang kian merudum akibat hilangnya semangat mahasiwa untuk mendepani arus perjuangan khususnya mahasiswa Islam sendiri. Mahasiswa kian lesu dan taringnya kian hilang. Malah, masalah sosial di negara kini majoriti datangnya daripada anak muda bergelar mahasiswa. Kasihan, anak muda kini tiada sekelumit kesedaran untuk memperjuangkan nasib ummah yang kian menyedihkan. Optimis kita pada senario dunia masa kini, umat Islam bukan sahaja ditindas dan dizalimi, bahkan dihalau keluar dari negara sendiri. Agenda peperangan, penindasan dan penipuan yang direncanakan oleh pihak barat semakin bertindak melampaui hak asasi manusia. Persoalannya, siapakah hari ini yang tampil gagah membela ummah? Siapakah yang megah berani melawan agenda kuffar?
Siapakah yang tegar lantang bersuara mencantas propaganda si laknatullah? Siapa dan tugas siapa?
Jawapannya adalah kita. Ya,kita. Jangan menuding jari kepada sesiapa. Namun kita perlu tepuk dada, tanya iman. Adakah kita sedar ini semuanya adalah kewajipan kita?
Faktor kecemerlangan gerakan mahasiswa
Sempat saya baca artikel tentang beberapa faktor utama penyumbang kepada kecemerlangan gerakan mahasiswa hari ini. Antaranya ialah :
1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah
Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan irnan, Islarn dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.
Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal: ayat 27)
2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.
Perlaksanaan gerak kerja memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.
Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya
Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.
Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.
Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.
ALlah berfirman:
"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakrnurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka berjihad di jaian ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhadap kaurn yang zalirn. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)
3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik
Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.
Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.
4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan
Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai bebagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
Keterampilan Mahasiswa Islam
Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai keterampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:
a) wawasan politik yang jelas
Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara
b) ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa
Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.
c) ketrampilan moniver
Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.
d) memiliki keperibadian Islam yang baik
Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.
5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif
Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.
Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.
6. Kelengkapan teknologi yang berkesan
Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.
7. Program pelapis (leadership program) yang berkesan
Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem pelapis yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.
Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pernimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.
8. Taufiq dan Inayah daripada Allah
Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.
Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.OLEH; Ustaz Haji Abd. Ghani Haji Samsudin
Tuesday, September 23
Sang Guru dan murid-muridnya
assalamualaikum wrt...
kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk
menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si
guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya
begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam.
Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam
ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya
pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-
gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali
berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya
angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka
katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-
murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar
untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang
beberapa saat, permainan berhenti. Si guru
tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak,
begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu
haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membedakannya.
Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita lewat berbagai cara,
untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara
menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian
terbiasa dengan hal itu.
Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-
musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan,
berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi
menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah
menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini
menjadi suatu
lain.""Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada
murid-
muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan
kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada
Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa
memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir .
yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-
lain.
Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-
murid, begitulah ummat Islam dan musuh-
musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-
terang...Kerana tentu anda akan menolaknya
mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela
kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi
mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika
seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah
aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin
membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya
dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari
dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam
menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara
hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan
ajaran
Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan
itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri
(perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan
oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak
berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-
terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak
lagi..
apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!
Thursday, September 18
.:.Mail from sahabiyyahtuna.:.
Tinta Menulis
Alhamdulillah diberi kekuatan dan ruang dan peluang oleh Allah s.w.t agar masih lagi bernafas dalam melayari kehidupan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Suka dingatkan di bulan Ramadhan ini kita bukan hanya berpuasa, bersolat namun tali persaudaraan perlu dijalinkan agar selari dengan keberkatan bulan yang tiada tolok bandingannya. Buat yang masih belajar pergandakan usaha kerna andalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah yang diharapkan untuk bertebaran di muka bumi untuk menyampaikan risalahnya.
Muhasabah hari demi hari, takut-takut puasa kita x dapat apa-apa pun. Perkasakan ibadah dan mohonlah agar kita sampai ke ramadhan yang terakhir
Suka untuk dikongsikan bersama malam tadi saya berpeluang untuk mengikuti satu diskusi intelek di Akademi Pengajian Islam, UM bersama salah seorang pejuang Palestin. Beliau ialah Sheikh Dr Mahmoud Seyam yakni merupakan Mantan Khatib Masjid Al-Aqsa dan Mantan Reaktor Universiti Islam Gaza. Melihat raut wajahnya sahaja sudah cukup untuk melihat betapa Allah menjaga insan-insan kesayanganNya.
Di awal perbincangan beliau menyingkap sirah Rasulullah ketika perang Badar berlaku. Bagaimana mungkin jiwa-jiwa yang sanggup berjihad dapat dilahirkan lagi ketika ini. Sejarah perlu di rungkaikan dan komponen –komponen yang utama perlu di garap dalam melahirkan para pejuang islam yang sanggup berkorban dan terkorban. Tahniah kepada para penjajah kerna berjaya melupuskan minat terhadap pengetahuan sejarah. Bagi yang telah sedar bangkitlah kenali sejarah. Dengan sejarah lahirnya jati diri!
Sheikh Dr Mahmoud juga meminta kita agar mohoh daripada Allah agar diberikan rahmat dan hidayah kepada kita. Tidak lupa juga seruan agar diperbanyakan istighfar dibulan yang penuh barakah ini.
Bersyukur kita hidup di Malaysia
Susah rasanya untuk melafazkan kesyukuran tatkala nikmat yang Allah beri melimpah luah. Mohon pada allah agar syukur kita sentiasa bertambah. Lagu Harapan padamu subur kembali (Saujana) ini begitu menginsafkan diri yang acapkali terlupa nikmat Allah yang maha kuasa…
Bersama hayati liriknya..….
Wahai tuhan ku yang esa
Bila kenangkan qaharmu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan seksanmu
Hambamu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika….
Tika kenangkan ghafarmu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnahmu itu penghapus dosaku
Pengganti hukumanmu di akhirat
Diwaktu mengenal rahmatmu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harus ku bermohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak dapat melihat kebenaranmu
Itulah hambamu..
Begitulah realiti kita di Malaysia. Dengan nikmat yang Allah beri acaplali melalaikan. Beruntunglah orang-orang yang lalai.
Di Sudan, Sumali, Iraq , Chenya , Sri Lanka, Kashmir misalnya kaum muslimin berada dalam keadaan yang tidak menggembirakan, dengan keadaan fitnah yang dahsyat, bunuh membunuh, pencerobohan dan pelbagai lagi, yang sekiranya kita berada di sana sudah pasti kagum pelihat para pejuang agama termasuk kanak-kanak yang sanggup berlawan mempertahankan kesucian agama walaupun dengan bermodalkan batu. Masyaallah.
Sheikh Mahmoud Seyam turut mengatakan, mereka di bumi Palestin masih belum memerlukan pejuang2 dari Malaysia untuk bersama berjihad mempertahankan Masjid Al-Aqsa, kerna masih ramai lagi syabab di sana yang sanggup syahid demi agama. Apa agaknya resepi ibu-ibu yang Berjaya melahirkan kader2 yang bergitu cintakan islam?
Apa peranan kita?
2 peranan untuk kita di Malaysia yang digariskan oleh beliau ialah:
1. Bersyukur dengan nikmat Allah yang memberikan kita nikmat berada di Negara yang aman,kita bebas beribadat
2. Mohonlah pada Allah dengan nikmat yang ada supaya Allah datangkan bantuan kepada umat islam yang ditindas
Isu Masjid Al Aqsa
Umum mengetahui Masjid Al-Aqsa kini berada dalam bahaya. Penggalian terowong diteruskan dengan matlamat untuk merosakkan dan melemahkan struktur Masjid agar menyembah bumi. Beliau memberitahu alasan yang diberikan unutk penggalian adalah untuk kajian arkeologi. Palsu semata-mata!
Apa yang menyedihkan penjajah YAHUDI LAKNATULLAH menghalang pemuda-pemudi memasuki Masjid AL-Aqsa ketika kini. Yang berada di dalam masjid hanyalah orang-orang tua sahaja. Pemuda tidak dibenarkan untuk solat jumaat dan mengerjakan solat terawih di sana. Namun semangat kental dan jiwa yang cintakan islam tidak mematahkan semangat mereka untuk terus solat berjemaah berimamkan imam Masjid Al-Aqsa dengan cara solat dikawasan luar masjid termasuk di tempat ‘parking’ kereta.
Hal ini begitu menyakitkan buat umat islam.
2 Golongan yang boleh dikategorikan di Palestin
1. Pemerintah Palestin-yang tunduk patuh pada israel
2. Pejuang di Semenanjung Gaza begitu tinggi pengharapan mereka terdahap pertolongan Allah. Mereka sabar dan tabah
Negara Arab yang kaya raya tidak membantu kah?
Ada yang mengajukan soalan mengapa pejuang Palestin pergi ke Negara –negara islam seperti Malaysia, Indonesia misalnya yang miskin untuk mendapatkan bantuan. Mengapa tidak pergi ke Negara Arab yang kaya raya untuk meminta bantuan. Berikut jawapan beliau:
Mereka meletakkan 3 syarat sekiranya Palestin menerima bantuan Arab. Dua daripadanya ialah
1. Bumi Palestim mesti mengiktiraf Israel
2. Tunduk kepada Amerika
Sempena bulan ramadhan ini, sama2lah kira berdoa kehadrat Allah s.w.t, agar Allah membantu pejuang – pejuang islam ini dan Masjid Al Aqsa sentiasa dalam jagaan Allah. S.w.t
Akhirul kalam
Ingatlah
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Surah Al-Kahfi, Ayat 46)
Nurul Shaza Ab Manaf
Angkasapuri, Kuala Lumpur
17 September 2008
Monday, September 15
ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
Oleh: ZIEMAN
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.
Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.
“Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.
“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.
Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.
“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.
Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.
“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.
Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.
Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.
“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.
sumber: Mstar Online
Blog Archive
-
▼
2008
(79)
-
▼
September
(11)
- Apa sudah jadi?
- GAMISJOHOR: Pencetus Revolusi Mahasiswa Selatan
- Faktor kecemerlangan gerakan mahasiswa
- Sang Guru dan murid-muridnya
- .:.Mail from sahabiyyahtuna.:.
- ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
- Lambakan Isu dan Peranan Mahasiswa terhadapnya...
- Operasi ISA ketika pembangkang berusaha ambil alih...
- Tribut buat JAT...
- .:.Ahlan ya Ramadhan.:.
- Suara kritikan Mahasiswa Sabah!
-
▼
September
(11)