Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan urusan kita semua. Akhirnya satu lagi momentum kepada suara perjuangan Mahasiswa khasnya buat Mahasiswa Islam di zon selatan ini dapat digagaskan melalui pelancaran blog rasmi GAMIS CAWANGAN JOHOR.
Terima kasih buat 'team' yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan dan mengagendakan segala gerak-kerja yang telah dirancang di bawah wadah GAMIS negeri. Moga usaha kita semua ini mendapat keredhaanNya.
Ini adalah suatu step yang pertama dan Insya Allah step2 lain akan menyusul. Bagi saya, langkah yang dibuat ini adalah suatu 'trigger point' yang akan memecahkan rantai ketakutan dan kebimbangan kita selama ini. Maka dengan itu saya menyeru kepada diri dan rakan-rakan Mahasiswa yang lain;
"Wala tahinu wala tahzanu. Innallaha ma'ana"Jangan kamu berasa lemah dan jangan kamu berasa sedih. Sungguh! Allah bersama kita.Biarlah kita perkukuhkan kuda-kuda kita dalam menghadapi segala konspirasi jahat musuh dalam usaha mereka menyekat usaha Dakwah dan Islah ini.Demi Islam, kita berjanji untuk sanggup menggadaikan segalanya!
Juga terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang mencadangkan tema yang sebegitu mengujakan. Mengujakan siapa sahaja yang mendengarnya. Maka ayuh kita menyahut seruan tema ini! Cetuskan suatu REVOLUSI ISLAM di Zon Selatan!! Labbaik..Labbaik..Labbaik..
~~GAMIS NEGERI JOHOR~~
No comments:
Post a Comment