Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan khidmat seks tetapi disifatkan sebagai "sedekah".
Presidennya, Datu Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kenyataan sedemikian telah memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat.
"Bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri Perak yang pantas dan tegas dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan Pakatan Rakyat bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, dan bukan sekadar cakap kosong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Zul Hassan yang juga ahli PKR akan dihadap ke jawatankuasa disiplin parti itu untuk menjelaskan kenyataannya yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".
Wan Azizah berkata, PKR berpendirian bahawa amat penting untuk pegawai tinggi berkelakuan baik agar menjadi teladan generasi muda.
"Maka kami menyokong penuh tindakan yang diambil ke atas Zul Hassan dan tindakan selainnya yang diambil ke atas sebarang salahlaku asalkan terdapat bukti kukuh.
"Kami tidak akan bertoleransi dalam isu salahlaku yang melibatkan mana-mana pegawai kerajaan, tanpa mengira parti dan jawatan, sebaliknya mengatasinya dengan serius.
"Akhirnya kami ingin mengesahkan bahawa Mohammad Imran Abdullah yang juga terlibat dalam skandal seks tersebut bukan ahli PKR," katanya.Wanita turut sokong
Sementara itu, Wanita PKR juga menyokong tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang mahu Zul Hassan melepas segera jawatan ahli Majlis Daerah Perak Tengah.
Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu pihak pimpinan terutama, Dr Syed Hussien Ali selaku pengerusi jawatankuasa disiplin parti itu, mengambil tindakan disiplin parti terhadap Zul Hassan.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin merujuk merujuk kepada fasal 5 (11) dan fasal 5 (3e) berhubung perjuangan parti itu membela dan memertabatkan kaum wanita.
"Fasal 5(11) memperjuang dan membela nasib wanita serta memartabatkan kaum wanita dan fasal 5(3e) juga menekankan kepada aspek ketinggian akhlak.
"Jelas perbuatan yang dilakukan Zul Hasnan tidak berakhlak sama sekali khususnya bagi insan yang beragama Islam," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami Wanita Keadilan juga mahu tindakan segera diambil tanpa mengira latarbelakang parti," katanya.
Merujuk kepada aspek keadilan, tambah Zuraida, seharusnya wanita tersebut juga perlu mendapat pembelaan sewajarnya tanpa mengira bangsa dan agama.
"Jawatan Zul Hassan - selain ahli majlis - keanggotaannya juga perlu dilucutkan dan tindakan disiplin harus dikenakan terhadap beliau ekoran sifat kepimpinan yang ditonjolnya yang tidak menyerupai contoh seorang pemimpin."Kami dari Wanita Keadilan juga mahu pihak berkuasa agar menyiasat kes ini sedalam-dalamnya di mana wanita dijadikan mangsa serta diperalatkan oleh sesetengah individu untuk kepentingan tanpa mengira latar belakang politik," kata Zuraida sambil menggesa pihak yang bersalah supaya dibawa ke muka keadilan.
Tuesday, September 30
Apa sudah jadi?
Apa dah jadi dengan masyarakat kita sekarang? Di amana silapnya... Adakah salah salah Ibu-Bapa yang mendidik dan mengasuhnya.. Ataukah si Bibik (Pembantu rumah) yang mempengaruhi gaya hidup si Anak sementalah ibu-bapa pegi bekerja.. Mungkinkah juga si Anak sendiri yang memang bebal dan tak mahu dengar nasihat... Boleh juga salah Si Aznil pengacara Tom Tombak yang apa-apa ntah sampai budak-budak kechik pun jadi ntah apa-apa ntah..
Kejahilan terserlah...
Saya ambik berita nie dari MalaysiaKini.com.. Copy-paste bulat-bulat.. Terkejut benar lihat kenyataan Zul Hassan yang menyifatkan habuan seks yang dia terima umpama konsep SEDEKAH dalam Islam..!! Patutkah berkata begitu..?? Adakah Zul Hassan bercakap atas dasar menghina Islam ataukah memang dia Jahil..? Nasiblah Datuk Seri Ir. Nizaruddin bertindak tegas dalam hal ini dan memutuskan untuk melucutkan jawatan Zul Hassan..
Cuba saudara bayangkan.. Ada pimpinan masyarakat hari ini yang boleh menyamakan konsep Sedekah dalam Islam dengan habuan seks yang diterima.. Bukankah itu suatu senario yang menakutkan sekali!! Itu level pimpinan masyarakat.. Apatah lagi golongan-golongan majoritas yang lain.. Ini yang patut kita renungi bersama.. Khasnya kita sebagai golongan Mahasiswa yang pasti bertemu suatu hari dimana kita menjadi bapa mahupun ibu.. Bersediakah kita dengan segala benteng dan penawar serangan ideologi terhadap masyarakat abad baru ini.. Dah ada anak baru tahu bpetapa susahnya nak memastikan kutu dan segala serangga perosak tidak hinggap kepadanya..
Di sini pentingnya kita sebagai golongan muda yang berkesadarn perlu menjadi speaker yang memperbetulkan semual mind setting masyarakat khasnya anak muda.. Biar kita laungkan kepada semua bahawa prinsip dan ideologi seperti itu salah-sama sekali dan tiada kompromi atasnya.. Bukan sekadar salah dari sudut akhlak semata , tapi salah dari segi keluruhannya.. Salah dari syariah, akidah, ibadah, dan salah dari skop Islam keseluruhannya... Dan kita menuntut suatu tindakan yang lebih tegas dikenakan kepada sang pelaku..
Kami bukan penyibuk..
Asyik-asyik politik jer.. Mahasiswa nie memang sibuklah.. Semua hal dia nak tahu.. Cebik seorang wakil rakyat di Suatu negeri di selatan apabila mahasiswa ajukan beberapa soalan tentang DUN yang beliau pegang.. Bagus anda duduk diam-diam di Universiti.. Belajar bagus-bagus dan score tinggi-tinggi.. Itu barulah mahasiswa yang baik dan betul.. Bukan ke sana-sini, demo sana, demo sini, press conference sana, PS sini.. Huhu.. Sedih dengar kata-kata wakil rakyat yang berfikiran sempit begini.. Habis nak didik student jadi perangai macam Aiman tak kisah ??
Mahasiswa bukan penyibuk tapi bak kata kawan saya, Kita mahasiswa adalah golongan Check and Balance.. Memang kita tidak boleh berpoltitik dan sememangnya wujud AUKU sebagai rantai besi yang menghalang kami.. Dan tak logik kami jadi YB parlimen atau DUN sebab kami ada title dan tanggungjawab lain yang lebih gah iaitu jawatan MAHASISWA.. Tapi, jangan halang kami utnutk memeberi teguran ataupun pandangan.. Kami bukan nak jawatan YB atau jawatan Perdana Menteri misalnya, tapi kami mahu anda menjalankan tugas yang anda pikul itu dengan sebaiknya.. Binasa negara ini kerana anda, maka anda juga membinasakan kami.. samalah dengan kisah Nakhodah dengan anak kapal.. Anak-anak kapal sememangnya tak mahu pun jawatan Nakhodah itu.. Tapi, disebabkan Sang Nakhodah yang asyik tidur dan cuai dalam tugasnya maka salahkah anak-anak kapal menegurnya? Kapal adalah milik bersama dan anak-anak kapal tak mahu mati katak dan karam bersama sang Nakhodah yang lembap dan nasyik tersengguk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(79)
-
▼
September
(11)
- Apa sudah jadi?
- GAMISJOHOR: Pencetus Revolusi Mahasiswa Selatan
- Faktor kecemerlangan gerakan mahasiswa
- Sang Guru dan murid-muridnya
- .:.Mail from sahabiyyahtuna.:.
- ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
- Lambakan Isu dan Peranan Mahasiswa terhadapnya...
- Operasi ISA ketika pembangkang berusaha ambil alih...
- Tribut buat JAT...
- .:.Ahlan ya Ramadhan.:.
- Suara kritikan Mahasiswa Sabah!
-
▼
September
(11)
No comments:
Post a Comment