Pict 1: Bersama Tuan YDP, Hj. Dzul serta keluarga Mr. Andri. Kedua-dua anak pasangan ini mempunyai masalah kesihatan sejak dari lahir.
Pict 2: "Assalamu-alykum".. Pandainya dia bagi salam. Adek Kadeel, insan kerdil yang sangat-sangat menyentuh hati.
Pict 3: "Aunty.. Selamat hari Raya". Itulah agaknya kata-kata si kecil kepada isteri YDP. Si kecil ini menghadapi masalah saraf tunjang dan tak boleh berdiri..
Pict 4: Bersama anak Mr. Ravi. ~'Engkaulah adikku..'. Moga Allah lontarkan hidayah buat kamu. Ameen..
Pict 5: Bersama Mr. Ravi yang kehilangan tangan akibat kemalangan di tempat kerja.. Menyara keluarga yang ramai dengan hanya 1 tangan?
Pict 6: Keluarga ini pula baru sahaja kematian anak lelaki. Suasana sedih menyelubungi keluarga yang sedang berkabung.
Pict 7: "Tuhan mahu uji.. Dia nak tengok kita nie kuat ataupun tidak.. Bersabarlah.". Alhamdulillah, pesanan Tuan Hj. Dzul sedikit sebanyak membawa mesej dakwah.
Pict 8: Menggantikan tempat YDP untuk memberi sumbangan. Insya Allah, calon Dun Skudai-PRU 2018!
p/s-Ya Allah, rupanya ada lagi orang yang diuji lebih berat dari kita.. Sesungguhnya Allah itu sangat adil buat hamba-hambanya yang bersyukur.. Yakinlah apa yang Allah bagi untuk kita SEKARANG, itulah yang terbaik disisiNya.
-Thanks kpd wakil media yg mengirimkan gambar2 prog; En. Muhammad hafiz.
“maka Dia mengilhamkan kepadanya (dua jalan); kejahatan dan ketakwaan. Sungguh! Beruntung orang yang menyucikannya (jiwa). Dan sungguh! Rugilah orang yang mengotorinya.”—Surah Al-Syams
Hidup di dunia ini adalah kembara.. kembara sang hamba. Perjalanan yang cuma sementara untuk merebut bekalan menuju Allah swt. Malang, oleh kerana seronok sangat ‘berjalan-jalan’ di dunia yang fana, ada manusia terus terlupa.
Setiap manusia dibentangkan kepadanya jalan-jalan.. Antara jalan yang HAK ataupun jalan yang BATHIL.. Terpulang kepada daya usaha manusia, nak pilih yang mana satu? Allah swt dengan sifat penyayangNya memberikan ‘option’ kepada insan untuk membuat pilihan..
Antara dua jalan.. Yang mana satu?
Yang mana satu pilihan hati.. Oh silap! Jangan pilih dengan hati.. Pilihlah dengan iman. Hati yang polos memang sifatnya nakkan yang indah-indah belaka.. Tapi hati yang beriman tidak begitu.. Hati yang beriman akan cuba menekuni segala kriteria yang memenuhi keinginan Allah swt. Walaupun jalan itu payah.. Kelam.. Ataupun penuh liku.
Cuba kita tenung-tenung seketika.. Bila Allah swt katakan, “Beruntunglah” ataupun “Rugilah”.. Apakah maksud sebenarnya ‘untung’ atau ‘rugi’ di situ? Boleh tak kita nampak dengan mata kasar?
Tidak.. Sekali-kali tidak..
Untung dan rugi itu adalah RAHSIA yang dihijab Allah swt.. Dia sahaja yang berhak mengetahui segalanya. Melainkan apa yang diizinkan olehNya untuk terzahir.
Jalan takwa yang membawa untung.
Pernah terjumpa satu keluarga.
Anak ada dua belas orang. Ibu tak bekerja. Ayah hanya pemotong rumput Dewan Bandaraya.. Tapi, anak-anak subhanallah.. Empat orang dah ke Azhar untuk belajar jurusan agama termasuk yang ke Shobra, tahfiz Quran. Yang lain masih menuntut di IPTA tempatan dalam jurusan medikal, kejuruteraan, dan sains. Dan, mereka semua adalah pelajar-pelajar soleh-solehah dan pintar belaka.
Percaya? Hanya dengan upah potong rumput, RM25 sehari tapi cukup untuk menyekolahkan anak-anak seramai 12 orang. Mungkin ada yang geleng kepala.. Mana boleh.. Tapi, itulah.. Jalan takwa yang dipilih oleh sang ayah untuk dipakai oleh ahli keluarga telah membuahkan hasil..
Dan akhirnya mereka berbahagia sebab ‘keuntungan’ sebenar bukanlah materialisme.. Tapi, barakah dari Allah swt.
Jalan keji yang akhirnya merugikan..
Pernah juga terjumpa satu keluarga.
Banglo ada dua biji. Kereta Mercedes dan BMW tersadai di tepi.. Setiap kali cuti, tiada tempat yang dikunjung melainkan Paris ataupun Kota London. Tapi malang, anak-anak tunggang-langgang.. Pengajian tak sampai ke mana.. Akhlak apatah lagi. Pantang disko dan pub dibuka waktu malam, merekalah pengunjung yang pertama.. Na’uzubillah..
Silapnya mungkin pada si ayah.. Allah swt dah menghamparkan dua pilihan. Nak guna jalan TAKWA atau KEJI untuk menyara keluarga? Sayangnya, jalan keji juga yang dipilih.
So, anak semakin hari makin bertambah “kurang-ajarnya”.. Isteri pula bertambah “biadapnya”. Suami yang dulu kuat, dah semakin tua dengan penyakit yang bermacam-macam.. Duit dalam bank semakin surut. Habis untuk membiayai kos-kos rawatan termasuk yang di ‘songlap’ oleh anak sendiri..
Inikah yang dikatakan ‘untung’ dan ‘kaya’ di mata manusia?
Banyakkan berdoa.
Mata kita ialah mata kasar. Tika membuat pilihan, tak semua benda mampu kita teropong dengan mata yang ada.. Tak semua benda juga mampu kita perhalusi dengan iman yang hanya setebal kulit bawang ini!
Maka, bila tiba di satu persimpangan dalam jutaan ‘simpang-simpang hidup’ yang masih menunggu di depan sana.. Apa yang kita boleh buat ialah, buatlah pilihan dengan ‘hati yang Beriman’. Bukan dengan ‘hati yang Polos’.
At the same time,, Berdoalah kepada yang Maha Tahu. Yang maha tahu apa yang ada di setiap simpang yang dibentang.. Dialah Allah swt. Dialah yang tahu, simpang itu “beruntunglah” ataupun “rugilah” buat si pemilihnya..
Berdoalah..
Berdoa..
Berdoalah..
Dan terus-terusan berdoa..
Sampai bila nak berdoa? Jawabannya; Berdoalah sampai mulut dan hati dah tak boleh digerakkan untuk berdoa.
Syukran jaziilan.. Terima kasih semua.. Thanks for All..
Alhamdulillah, syukur pada Rabbi yang mempermudahkan “PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI”, Kawasan Gelang Patah (10-10-2009).
Saya selaku pengarah program mengucapkan:
Terima kasih tak terhingga kepada AJK pelaksana khasnya kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN), sahabat-sahabat Dewan Pemuda, dan Nisa’ kawasan..
Juga kepada tetamu VIP; Hj. Dzul (YDP Kawasan Gelang Patah) dan isteri, En. Mohsen (TYDP), dan Ketua Dewan Muslimat kerana sudi menyampaikan sumbangan.
Special thanks to Mr. Andi (Wakil kaum India Taman U), Miss Dewi, Mr. Siva (Kampung Nesa), and Mr. Kanna.. Terima kasih atas bantuan ketika turun padang dari rumah ke rumah.
“Saya pun nak join...”. Syafiq pula turut menyibuk.
“Nie apa hal nie.. Semua nak masuk tandas nie..?”. Bimbang pula.. Dahlah jubin tandas tu licin semacam.. Bila dah ramai-ramai ke tandas, takut bukan buang hajat jadinya..
“Ok ok.. Uncle pergi sekali..”. Akhirnya kalah juga. Kaki mengekor mereka ke dapur.
“Yeah.. Uncle Zul dah jadi best..”. Macam-macam!
“Jangan masuk ye.. Kat luar je.. Tak boleh tengok.”. Syazwan memberi amaran kerasnya..
“Ek eleh.. Siapa juga nak tengok.. Tak berkenan pakcik oii..”.—Mencebik.
“Asyraf.. Jaga adik-adik kamu.. Lepas buang air, minta basuh betul-betul.. Ambik wudhu sekali. Kamu bertiga belum solat isyak kan?”. Asyraf dah besar.. Dah boleh diharap.
***
“Ya Allah.. Nie ambik wudhu ke mandi?”. Terkejut tengok pakaian Syazwan dan Syafiq yang basah melecun.
Sengih. Jawaban standard dua orang ni.
“Ish.. Ish..”
“Sudahlah.. Tukar baju.. Lepas tue pergi solat isyak.”
Tak sampai 5 minit..
“Uncle.. Uncle.. Ewan terkentut la.. Kena ambik wudhu balik kan?” Pekik Syazwan dari bilik solat..
Sejurus itu dia terpacul di ruang tamu.. Menunggu jawaban.
“Hmm.. Kalau macam tue, esok Ewan nak cuti jugalah.. Kesian juga ngan Ewan.”. Sudah, keluar dah perangai dia..
“Ewan dengar sini.. Ewan tak boleh cuti.. Ewan lelaki. Lelaki kan kuat.. Ustazah Ewan tue perempuan. Allah kesian dengan dia.. Itu sebab Allah bagi cuti.”. Moga-moga fahamlah si anak kecil nie..
Menguji.
Alhamdulillah, saya kira tak tertewas untuk kali-3.
***
Sebenarnya kalau kita perhatikan, banyak lagi QUESTION&ANSWER yang dipelajari oleh anak-anak kecil di luar rumah.. Sekitaran banyak mempengaruhi mereka untuk berfikir, menyoal sesuatu, dan menjawab soalan.
Kecil-kecil cili padi!
Demikianlah berfungsinya ‘orang-orang besar’. Tugas kita; selaraskan mana-mana yang patut. Jangan biarkan soalan mereka tak dijawab.. ataupun kefahaman salah mereka tak diperbetul. Mereka generasi harapan yang dipertaruhkan untuk akan datang.
Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu.."-Surah Tahrim.
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan subsidi nyawa kepada kita untuk meneruskan hidup yang bersisa.. Nikmat yang perlu dihargai dalam bentuk kepatuhan kepada semua perintah Allah swt serta meninggalkan semua larangannya..
Baru-baru nie saya telah dihadiahkan dengan beberapa puluh klip video yang bertajuk THE ARRIVAL (All the videos available in youtube). Dan, saya kira klip video seperti ini perlu untuk dikongsikan kepada semua rakan-rakan maya.. Moga sedikit sebanyak ia mampu mencelikkan mata-mata kita yang masih tidur.. Thats why im writting about this, at least to share with you.. insya Allah.
maaf. saya tak sempat nak attach semua video.. Hopefully, anda boleh go through sendiri dalam youtube.tq
When you go through; i mean if you watching all the videos.. There will shows to us the EVIDENCES of how "they" treat us.. Sama ada benda itu kita sedar ataupun tidak, kita pasti ataupun masih ragu,, mereka sebenarnya sudah lama "work for it". Kita adalah umat yang hanya menunggu masa untuk masuk 'perangkap-perangkap' yang dipasang!
New Worldly Order
I didnt want to talk all that things because you can watch with your own in the channel (youtube).. But, i really interest to repeat again about one of thier "main agenda". That is; New Worldly Order!. "Oder seDunia Baru.."
Perancangan yang cukup strategis! Juga hasilnya yang luar biasa..
Hari ini, dunia sebenarnya di perintah oleh 1 kuasa.. Manusia menjadi "unconscious" lantas tunduk kepada segala hidden agenda yang tersirat disebalik segala perancangan SUPER mereka.. Mereka mahu manusia tidak lagi dikawal oleh AGAMA samawi yang diturunkan dari langit.. Bahkan, mereka mencuba agar manusia 100% dikawal oleh HAWA NAFSU yang salah!
Saban hari kita terhidang dengan bermacam-macam 'sajian' yang mereka rancang.. Terlalu banyak saluran yang digunakan samaada elektronik ataupun tidak.. Tengok saja aplikasi-aplikasi internet yang ada di sekeliling kita.. Dengan slogan; Just for FUNNY and JOKES kita pun menjadi pelanggannya!
But, when we go detail.. Ist our life really just for funny and jokes?? Bukankah Allah swt dah beri amaran keras dalam Quran, hidup ini bukannya untuk La'iibun wa Lahwan? Mari kita fikir-fikirkan agar tidak terjebak dalam perangkap "Dajjal" dalam main frame agenda mereka; New worldly order!
Lastly.. Thanx a lot to the team.. For sure, A new method to make our ummah always FIKIR dan ZIKIR!