Showing posts with label Diari Kembara. Show all posts
Showing posts with label Diari Kembara. Show all posts

Sunday, October 26

Pena tumpul?

Sudah begitu lama jemari ini tidak menginjak keyboard.

Posting yang terakhir pada 28 Disember 2012. Sudah hampir 2 tahun!

Banyak yang ingin dikongsi sepanjang tempoh itu. Tetapi masa membatasinya. Kesibukan harian membelit tangan akhirnya pena menjadi tumpul buat sementara.

Apapun, teruskan perjuangan!

Salam Maal Hijrah 1436h!

 

Tuesday, November 6

Mantanani: Harapan anak Pulau



Sepatutnya program korban pada hari kedua Aidil Adha itu berlangsung di Pulau Banggi, Kudat.

Saya (wakil PSS) dan rakan-rakan Yayasan Amal dijadualkan untuk bermalam di sana dan menyembelih 2 ekor lembu korban yang akan disedekahkan kepada para fakir miskin.



Tapi, Allah lebih mengetahui yang terbaik. Jadual berubah, dari Pulau Banggi, Kudat, saya menuju ke Pulau Mantanani, Kota Belud. Kali ini bersama dengan rakan-rakan Muslim Care dan juga pegawai JAKIM serta JHEAINS. 


Turut serta dalam rombongan ini beberapa orang anak muda Persatuan Siswazah Sabah (PSS).


Dengar kata (sebelum ke pulau), kami akan menumbangkan 3 ekor lembu untuk program yang julung-julung kali diadakan di situ. 

Saya membuat congakan, kalau 3 ekor lembu, campur waktu untuk melapah daging dan membuat edaran, sekuang-kurangnya kami hanya akan dapat berlepas pulang dari pulau sebelum pukul 6 petang. Silap haribulan, kena tidur dekat Pulau!

Alhamdulillah perjalanan ke Pulau pada pagi tersebut sedikit teruji dengan bot yang mengalami kerosakan enjin. Terpaksa menunggu bot alternatif dari pulau beberapa jam, sebelum kembali semula ke jeti perlepasan.

Saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan masa menunggu tersebut untuk berjumpa dengan orang-orang kampung. Sarapan bersama di warung dan seterusnya berbincang isu-isu dakwah serta lokal yang berkaitan.

Ya. Ziarah santai sebenarnya punya kesan yang lebih mendalam berbanding program formal yang dianjurkan. 

Pukul 10.30 pagi, kami mula bertolak dari jeti ke pulau. Bot yang dinaiki agak besar dan kebimbangan saya dengan lambungan ombak lenyap begitu sahaja. Turut serta dalam bot beberapa orang kampung yang ingin menunaikan hajat ke pulau. Anak kecil mereka (sekitar umur anak saya, Ahmad Yassin) dibiarkan sahaja kepanasan dibawah terik mentari yang menggigit kulit. Kagum! Anak-anak mereka seolah sudah kebal dengan cahaya terik suria tengah hari tersebut... Kalau anak bandar, demamlah jawabnya.

Bunyi deru bot yang memecah keheningan lautan biru sekali-sekala dipecahkan dengan bunyi rakan-rakan bersembang sesama mereka. Saya ambil kesempatan itu untuk berbual dengan pegawai JHEAINS yang sudah 5 tahun menginfakkan masanya berulang-alik dari tanah besar ke pulau.

"Wah... Kira laut ni mainan hidup abang lah kan.." Puji saya. Menghargai usahanya.

"Ndak lah bah.. Sikit-sikit saja." Dia menidakkan dengan loghat Sabah sambil menggeleng-geleng kepala. Merendah diri benar abang ini.

Kami berbual sambil mata dilemparkan pada pulau yang sayup-sayup semakin membesar di hadapan.

Antara masalah di pulau yang memerlukan NGO Islam turun ialah, masalah pembelajaran. Anak-anak pulau memerlukan motivasi untuk mereka bersemangat dalam meraih kejayaan terutamanya di alam persekolahan rendah. Ibu-bapa juga perlu diberikan suntikan motivasi kerana merekalah sumber inspirasi utama anak-anak di rumah. Ujarnya pada saya panjang lebar.

Alhamdulillah... Saya doakan abang ini sentiasa dapat diberi kemudahan untuk meneruskan khidmat. Kita sebagai NGO, sekerap mana sahaja yang kita boleh lakukan untuk turun padang. Itu fakta pahit yang tetap kena telan.

15 minit sebelum tiba di Pulau, beberapa kawanan ikan yang 'terbang' melayang-layang sdi sekeliling bot seolah-olah menyambut ketibaan rombongan kami dengan riang. Saya terkejut! Ini pengalaman pertama saya melihat ikan terbang. Boleh rasanya team National Geographic datang membuat kajian!

"Masya Allah! Jernihnya air..." Jerit beberapa ahli rombongan.

Saya melihat ke bawah. Kelihatan air laut yang tenang dan jernih hingga menampakkan dasarnya. Pemandangan hidrologi yang belum terusik dengan tangan kasar pembangunan. 

Bot kami berlabuh.

Seluruh penduduk kampung berbaris ditepi jeti menyambut ketibaan rombongan kami. Macam sambut YB lah pula!

Tentatif kami di pulau ini dimulakan dengan taklimat sepanjang sehari program dan sedikit sumbangan kepada fakir misikin. Sejurus selepas itu, 2 ekor lembu ditumbangkan sebagai ibadah korban yang mana seekor lagi terlepas dan masih dicari oleh penduduk kampung. Ini adalah program korban yang pertama di pulau ini! Kata seorang penduduk kampung.

Ya. Anak-anak muda mereka tidak pernah melihat sendiri apa itu ibadah korban sebenarnya? Mereka hanya mendengar dari lidah para pendakwah yang datang. Jadi program seperti ini sekurang-kurangnya memberi pengalaman kepada anak-anak muda pulau menghayati syiar ibadah korban tesebut. Selain kaum ibu dan bapa mempertautkan lagi ukhuwwah dengan melaksanakan ibadah ini bersama-sama.

Selesai semuanya, kami selamat pulang semula ke tanah besar sebelum maghrib menjelang.

Suara anak pulau yang mengharap kedatangan kami semula ke sana masih terngiang-ngiang...


Insha Allah adik!

P/s-Gambar-gambar penuh di Pulau boleh lawati album Fb saya. Syukran

Thursday, August 19

Pulanglah! Time is up


12.05 AM

Deringan handset mengejutkan saya yang masih termangu di depan PC makmal.

Panggilan dari kakak di kampung.

Pelik bagi saya. Selama merantau, keluarga di kampung tidak pernah membuat panggilan selewat ini.

“Zul, sabar ya. Tenang....” Kata kakak. Saya terasa getaran suaranya.

Sah! Hati saya sudah membuat jawaban. Walaupun kakak belum mnghabiskan ucapannya.

Sahlah apa yang saya rasa sepanjang solat Tarawih sebentar tadi.

Degupan jantung saya juga tidak normal sejak petang semalam.

Setiap sendi asyik berdenyut seperti ingin berbicara sesuatu. Mujur saya tidak punya stetoskop untuk membuat pemeriksaan satu persatu.

“Makcik sudah tiada.” 3 perkataan saja. Tapi amat berat untuk ‘didengar’.

Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun!

Kawan, apa lagi ucapan yang paling baik untukku lafazkan selain itu?

MASA ‘PULANG’ PASTI AKAN SAMPAI JUA!

Manusia suka membangun Banglow mewah...

Tapi bagaimana banglow di saat menutup mata? Sudahkah ia dibangun dengan Takwa....?

Allah menjemputnya pulang!

Makcik pergi meninggalkan kami. Pulang setelah pemergian dua orang adik beradiknya termasuk arwah ayah.

Tahun 2005 ayah pulang tepat dengan masaNya.

Tahun 2009 makcik Ngah pulang setelah 4 tahun pemergian ayah.

Saya masih ingat, makcik Long selalu berkata;

“Ayah kamu dah pergi. Begitu juga ngan makcik kamu. Saya anak sulung. Saya pun pasti pergi...” Kata-kata serta pelukan terakhirnya sebelum jasad saya terbang ke Johor.

Ya... Janji Allah itu amat benar!

18 Oktober 2010. Dia pun ‘pulang’.

Siapakah makhluk yang bisa menolak jemputan ‘pulang’ dariNya??

Ayah dah pulang. Makcik Ngah pun dah pulang. Begitu juga Makcik Long.

Bukan itu saja...

Saya pun akan pulang.

Anda juga akan pulang..

Dan hakikatnya semua kita akan pulang....

Kerana Allah berjanji: “Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati!”

Soalnya apakah kita sudah sedia?? Kata pengadil, Time is up!

ZAMAN 'MENANAM' SUDAH TAMAT. SEKARANG TUNGGULAH HASIL 'LADANG'...

Saya meneliti flight Air Asia...

Menyemak waktu pulang yang available keesokan hari.

‘Masa sudah tamat. Anda sudah lewat 24 jam dari tarikh penerbangan. Tiada tempahan online untuk jadual penerbangan yang anda pilih!’—Laman web itu seolah berkata-kata.

Maknanya pagi esok saya perlu bekejar ke kaunter seawal mungkin.

Kawan, lupakan soal kos lupakan soal penat.

Muhasabah sebentar...

Di dunia mungkin tidak mengapa jika ada orang berkata untuk kita, time is up!

Tapi jika di alam namanya Barzakh?? MASA BERAMAL SUDAH TAMAT

Tidakkah itu sesal yang amat dahsyat!

Time is up!

Time is up! Time is up!

BEWARE AND GET READY...............!

Thursday, August 12

Review: Bersamamu Gaza


Program “Bersamamu Gaza” anjuran Yayasan Amal Malaysia telah berlangsung di IOI Mall Bandar Kulai pada 8 hb Ogos yang lalu.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi rakyat Palestina. Insya Allah Yayasan Amal sekali lagi akan menghantar sukarelawan ke Palestin pada bulan disember tahun ini.

Antara tetamu yang hadir:

Persembahan pembukaan dari adik-adik Tabika Islam ABIM:

Persembahan mantap dari adik-adik PASTI Gelang Patah. PASTI Ar-Rahman 3:

Puisi ‘Di langit gelap Palestina’. Saudara Amni Jagat:

Sudahkah anda menderma untuk Palestina?

Jika belum, anda boleh menderma melalui cawangan-cawangan Yayasan Amal yang terdekat.

Anda juga boleh salurkan kepada Unit Amal Kawasan Gelang Patah sebelum 30 SEPTEMBER 2010;

Saudara Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud

No. Islamic Cimb Bank: 01060001190206

Sila maklumkan nilai duit infak anda melalui alamat e-mail ini: zulhilmey@gmail.com

MUDAH-MUDAHAN INFAK YANG SEDIKIT INI MAMPU MELEPASKAN DIRI KITA DARI PERSOALAN ALLAH TENTANG PERANAN KITA SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA BAGI RAKYAT PALESTINA... AMIN.


Sunday, August 1

Catatan saya: ihtifal PASTI


01 OGOS 2010

12.54 AM

Pagi esok saya perlu berkejar ke program IHTIFAL PASTI PERINGKAT NEGERI JOHOR seawal mungkin. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya pada saya untuk menjadi salah seorang hakim bagi program tersebut.

Sepatutnya malam ini saya perlu tidur awal. Tapi buku Stephen R. Covey yang berjudul “The Leader in Me” menggamit saya untuk terus berjaga. Buku ini dibeli kelmarin bersama 7 buah buku yang lain ketika ‘bersiar-siar’ di taman buku.

Apa yang menarik tentang buku ini?

Maaf. Saya belum boleh mengupas secara keseluruhan isinya (belum habis baca). Tetapi realitinya buku ini cuba menggambarkan bagaimana kesan “Prinsip 7 Habits” bila diimplementasikan di sekolah rendah. Ia juga turut memaparkan gagasan universal para guru serta masyarakat sekeliling tentang kemahuan mereka dari Institusi yang bernama sekolah.

“Apabila kita tumpukan segala usaha kita pada markah ujian semata-mata, saya bimbang kita akan mencipta generasi yang tidak tahu melakukan apa-apa kecuali menjawab soalan peperiksaan sahaja!”-->Muriel Summers

Muriel Summers adalah Guru Besar di Sekolah A.B. Combs Elementary, Sekolah yang digelar ‘magnet’ di utara Carolina. Beliaulah yang bertanggungjawab untuk menerapkan 7 habits dalam set kurikulum dan ko-kurikulum sekolah contoh ini.

Bagaimana mereka melakukannya? Metod serta kaedah yang digunakan dibincangkan secara terperinci oleh penulis pada bab-bab yang keseterusnya. Ia menarik kerana segalanya didasarkan pada suatu pengalaman yang realiti. Bukan teoritikal kosong. Bahkan terbukti berjaya...

Saya bukannya peminat tegar Steven R. Covey. Bukan juga pengkagum fanatik pada 7 prinsip ‘Highly Effective Person’ yang digagaskan oleh beliau. Kerana saya percaya dan yakin semuanya itu ada dalam nilai serta ajaran agama kita iaitu Islam. Hanyasanya kelemahan kita pada sudut implementasi dan sukar menggarap teori menjadi realiti.

How they do? How they do?--> I wonder one day we can ‘answer’ this big Question....

Sometimes people ask, Why we must answer this question?? Just leave to their teachers... Ok, find. But let me explain something....

Saya suka statement dan fact yang dinyatakan oleh penulis di bahagian bab pertama. Katanya, bagi menjayakan agenda re-inforcement pendidikan khususnya di sekolah seperti A.B. Combs ini, semuanya perlu memikul tanggungjawab. Bukan sahaja guru, malah ibu-bapa, masyarakat dan termasuklah ahli perniagaan sekitar perlu berganding bahu....

Jadi menjayakan misi ini perlu kepada komitmen saya, anda, kami, dan kita. Bukan kepada cikgu sahaja.

Alhamdulillah sudah beberapa bulan Allah SWT melorongkan peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada PASTI. Ya, saya yakin disinilah antara titik Terbaik untuk memulakan segala-galanya. Saya percaya ini bukan tugas biasa tapi anugerah yang luar biasa dari Allah SWT.

“Semua kanak-kanak tersenyum dalam bahasa yang sama...”-->Very meaningfull Words. Renung dan fikir2kan.

Percayalah kita ada bahan yang lebih hebat dari 7 habits ini. Ya.. Kita ada sistem Islam yang menyeluruh dan mencakupi soal pendidikan.

Yakinlah dengan fokus, penelitian, belajar pengalaman orang lain, kemahuan serta sinergi tersusun kita akan hasilkan ‘produk’ yang jauh lebih baik dari anak-anak mereka.

MANTAPKAN TEORI BAIKI IMPLEMENTASI INSYA ALLAH KITA AKAN BERJUMPA REALITI........

Amin......

---------------------------------------

Take ur time to watch this video...