Thursday, October 29

"Dewan Warung Tepi Jalan"

Pagi nie sebelum bertolak ke Kelantan, seperti biasa warung Pak Cik Nob di sebelah rumah menjadi tempat bertandang. Ini sudah menjadi rutin seharian.. Pekena Teh Tarik biar sampai ke pangkal Misai!—Pak Jalil yang cakap (MP Jalan Palas).

Apa yang seronok di warung nie?

Teh tarik kurang manis. "Pekena teh tarik biar sampai ke pangkal misai!"-Pak Jalil.

Selain teh tarik yang sampai ke misai itu.. Nasi lemak dan telur goreng.. Warung nie juga menjadi “Dewan Rakyat Bersidang Waktu Pagi”.. Iya.. Bahkan, Pak Cik Nob lah yang jadi Tuan Speakernya. Saya pula, wakil rakyat Parlimen Jalan Kabong.

Isu pagi nie agak hangat. Tajuk: “Ke mana arah sistem pendidikan negara?”. Saya, kalau bab-bab pendidikan nie memang agak degil. Apatah lagi bila ada ‘wakil rakyat’ lain yang tampak membesar-besarkan sistem pendidikan Barat. Bagi saya, tak salah kita belajar sesuatu.. Tapi, bukan dengan kaedah membesar-besar sehingga tak nampak langsung apa kelemahan sistem mereka.

Bermula dengan isu bahasa.

Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu..?

Tuan speaker, saya masih berpegang kepada cadangan resolusi asal bagi mengekalkan pengajaran subjek Sains dan Matematik sebagaimana dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini. Kita semua tahu, dasar yang dibuat adalah berdasarkan kajian dan kepentingan untuk memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.

Selain itu, sebagaimana fakta timbal-balik yang kita terima setelah perubahan kaedah pembelajaran dalam bahasa Inggeris beberapa tahun kebelakangan ini.. Kita dapati berlaku kemerosotan pencapaian pelajar-pelajar terutama mereka yang berada di luar bandar. Ini sudah pasti, ada masalah dari sudut MEMAHAMI sesuatu yang diajar.

Tuan speaker, saya ingin bertanya? Apakah main-concern kita dalam merubah kaedah pembelajaran ini? Apakah kita nak “UNDERSTANDING” pelajar yang optimum atau sekadar inginkan “VOCUBULARY” pelajar bertambah banyak?

Ya. Mungkin dengan mengajarkan subjek Sains dan Matematik.. Maka, kita dapati pelajar semakin banyak tahunya tentang istilah-istilah Sains. Tapi, belum tentu mereka faham apa yang mereka tahu. Bahkan, ramai yang sekadar hafal. Ini terbukti dengan kemerosotan keputusan dan feed-back dari tenaga pendidik sendiri.

Tuan speaker, kalaulah kita katakan.. Kemerosotan pada peringkat awal ini adalah merupakan satu proses ke arah yang lebih baik.. Apakah kita terlupa? Dasar yang awal juga memerlukan suatu proses.. Apakah kita sudah menilai dengan penuh prihatin dan ikhlas sejauh mana proses dan kejayaan dasar lepas sebelum mempraktikkan dasar yang baru ini?

Tuan speaker, kita bukannya “anti-thesis”. Seolah apa sahaja yang kerajaan cadangkan semuanya akan ditolak mentah-mentah. Tidak! Bahkan, kita akan mengangkat bangku untuk duduk sebaris dengan pihak kerajaan jikalau apa yang nak dibuat itu baik untuk rakyat amnya.

Siapa yang tidak mahu dengan anak-anak yang mampu menguasai bahasa Inggeris, world langguage. Siapa yang tak mahu inginkan komuniti yang punya daya interaksi dengan dunia luar, international adaption. Semua itu adalah cita-cita kita.. Tapi, semuanya tadi perlu dibuat dengan ‘kadar implementasi’ yang bertepatan!

Pak cik Nob, Opps.. maaf tersasul.

Tuan speaker, belajar dari Barat tak salah. Memang banyak benda yang perlu kita belajar. Tapi, bukannya kita mengimport bahasa dan budayanya secara pukal! Ini hakikat yang perlu kita tenungi secara dalam.

Kalaulah kita memang kalah dari segi perbendarahan kata, tapi belum tentu mereka menang dari skop teras budaya. Ini antara cabaran yang perlu didepani.

Saya melihat, dalam senario IPTA/IPTS—Higher Learning.. Kita memerlukan rujukan (citation) luar yang lebih ‘advance’ dalam sesuatu bidang kajian.. Dan, sudah tentu kita juga mahukan hasil-hasil kajian kita dirujuk oleh orang luar sebagai tanda kemajuan dan perkongsian idea kita dengan dunia.

Maka, bagi saya di sinilah sepatutnya peranan pakar-pakar bahasa kita.. Mereka memainkan peranan menterjemah masuk bahasa asing ke bahasa kita dan menterjemah semula hasil kajian kita ke bahasa asing tanpa perlu menggadaikan bahasa kebangsaan yang sedia ada. Apakah ini mustahil untuk diperbuat?

Cuba kita tengok kepada Jepun, Korea, dan China.. Ada orang kata, mereka lain.. Mereka lebih maju dari kita.. Ya, mereka memang lagi maju.. Itu saya tidak nafi. Tapi, bukan kemajuan material yang saya highlight di sini. Maksud, saya kemajuan “penataran bahasa”. Apakah kita tak setanding?

Di mana fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka? Mengapa ia semakin kelam, suram, dan tak bermaya..? Apakah kerana kita semakin kekurangan garduat yang tak pandai bahasa? Atau, mungkinkah kerana polisi yang semakin melupakan bangsa? Nak tepuk dada nak tanya siapa?

Dum.. Dum.. Dum.. Ahli parlimen lain menepuk meja.

“Oiii.. Korang nak jahanamkan meja aku ke?”—Tuan speaker mengingatkan ahli dewan. Bahawa, bukan murah meja warung yang dibelinya itu.. Jangan tepuk sangat, nanti pecah katanya..

“Tuan speaker! Izin laluan..”—Terdengar suara YB Pak Jalil.

“Tuan speaker.. Saya tak izinkan. Selepas nie baru boleh.. Maksud saya, dalam ruangan komen nanti.”—Maaf ye YB Pak Jalil.

Tuan speaker, satu sahajalah yang saya nak cakap sebelum mengakhiri penghujaan pagi nie. Kita anak Malaysia terlalu bergantung kepada orang luar untuk maju.. Usahkan pasal bahasa, hasil-hasil kajian (Project, Thesis, etc.) hebat-hebat di IPTA mahu IPTS pun kita “tak sentuh”. Sebab, kita lebih suka membeli hasil teknologi luar. Macam mana kita nak “mula untuk maju dengan tangan sendiri”?

Lepas tue, kita tunding pada bahasa.. Kerana kamulah kita tak maju-maju. Cuba tunjukkan negara mana yang maju dengan bahasa orang lain?

Saya cadangkan, yang diimport bukanlah bahasa.. tapi, kaedah. Metod, bagaimana mereka mengasah daya intelektualisme. Ini saya setuju..

Terima kasih tuan speaker.

“Kalau ya pun dah habis berhujah. Bayar ler dulu.. Nasi lemak dengan teh tarik kurang manis tu bukannya free..”—Tuan speaker mengingatkan. Hehe.. Ingatkan dewan rakyat ade bajet untuk sidang pagi nie..

MP Jalan Palas tersenyum. “Nanti pakcik suruh bini pakcik tulis blog. Balik dari kelantan, ahli parlimen Jalan Kabong kena baca.”

Saya tersenyum balas. Dengan Pak Jalil itu satu hal. Saya juga tersenyum sebab teringat maksud kata-katanya.. Pekena Teh Tarik biar sampai ke pangkal Misai!

Perasmian ALUMNI PASTI Malaysia


Tarikh : 30 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa ; 11.00 pagi
Tempat : Stadium Kota Bharu, Kelantan
Dirasmikan oleh Dato' Tuan Guru Nik Aziz b Nik Mat

Dijemput kepada semua yang terlibat terutama kepada bekas-bekas pelajar PASTI di seluruh Malaysia untuk hadir.


p/s-Doakan perjalanan ke Kelantan tengah hari nie.. Syukran.

Wednesday, October 28

Catitan: Kami di sini.

|12.00 pm|

Perlukah kita berkubu di sini?

“Rasa-rasalah.. kalau kita tengok benda-benda sejarah macam nie.. Apa yang kita terfikir?”—Saja cetuskan perbualan.

“Hmm.. Mungkin, terfikir pasal kepentingan.”. Zack memberi respon.

“Sebab..?”. Saya nak reason.

“Iyelah.. Dah orang sanggup buat kubu batu macam nie.. Mesti nak defend sesuatu yang ada kepentingan.”. Zack beralasan..

Ok. Thats reason acceptable.”. Saya sokong.

“Kalau kepentingan.. Mesti ada sesorang yang sanggup berkorban untuk semua tue.. Betul..?”—Anis yang diulit mimpi tiba-tiba mencelah..

“Siapa yang sanggup? Mana ade orang kampung nak sanggup.. Mestilah askar juga yang duduk dalam kubu batu tu.”. Wafi menambah..

“Askar ye.. Kenapa mesti askar juga?”. Zack menyoal..

“Sebab.. Dah memang tugas.. Bukan semata tugas. Paling penting, tanggungjawab!”. Anis memberi perencah ramuan dalam dialog kami berempat..

“Kesian..”. Saya terfikir sesuatu..

“Ape yang kesian..? Askar?”. Serentak mereka bertanya sambil memandang wajah saya.

“Mungkin.. Sebab kadang-kadang orang tak kisah pun dengan siapa yang terkorban. Yang orang kisahkan, kepentingan diri mereka tak dikorban.”. Jawaban Usop sama seperti apa yang saya bayangkan.

Semua diam.. Melayan perasaan barangkali.

Teringat kata-kata Julius Caesar, “Veni, Vedi, Vinci”.. “Saya datang, saya lihat, saya takluk”. Dan, bagi saya takluk tak semestinya kita dapat dengan tangan.. Tapi, takluk sebenar ialah kita kuasai dengan akal dan disimpan dalam hati..

Apa yang ada dikeliling kita? Apa yang ada pada kita sekarang? Dan.. Kita cuba belajar menghargai segalanya. Walaupun, sekadar kubu batu yang kosong!

|2.00 pm|

Tak sangka.. First time dapat 'surat cinta'.

“Tolonglah puan.. Saya tak sengaja potong lori tadi. Tak perasan pula masa tue double-line.”. Bersungguh benar saya di kaunter rayuan trafik.

Sungguh, memang tak perasan. Tambah pula nak cepat sokmo!

“Hmm.. Saya dah banyak kali dengar alasan nie.. Dah tak boleh pakai!”. Wow, garangnye..

“Puan. Saya rasa puan pun boleh consider.. Kami masih ‘student’.. Mana ade ‘pitih’.”. Anis menjadi supporter. Tanpa sedar tersasul bahasa kelantannya.

“Semuanya alasan. Dah, ambil resit dan bayar!”. Itu dia noktah terkahir. Dah.. Nak kata ape lagi..

Semuanya alasan yang biasa?

Kepala saya menerawang jauh.. Dah nasib saya yang pandu, maka sayalah yang kena banyak berfikir pasal ‘pitih’. Kompaun RM300 tue.. Boleh belanja untuk beberapa bulan. Hmm.. Saya masih terfikir.

Apakah manusia boleh dihukum kerana alasan yang sama dengan yang biasa?. Tanpa pernah memberikan walau satu peluang sekalipun..? Adilkah..?

Teringat satu peristiwa lalu yang saya hadapi.

Ada seorang kanak-kanak yang tiada baju.. Dia berdiri di depan sebuah rumah kedai. Kebetulan ketika tu saya dan seorang teman lalu dihadapannya. Tiba-tiba, budak tadi memegang seluar saya. “Abang.. Tolonglah bagi sedikit duit.. Saya belum makan sejak dari pagi.”. Saya terhenti dan terkesima.

“Eh. Dah-dah.. Ikhwan, tak usah layanlah.. Budak tu memang suka bagi alasan.. Macam tuelah setiap hari.” Teman saya menarik lengan dan mahu beredar.

Saya memakukan diri. Apakah wajar? Kalaulah budak itu benar beralasan.. Apakah kita juga tidak sedang beralasan untuk melepaskan diri. Tidak mahu menghulur walau sesuap!

Entahlah.. Mungkin senario disaman itu satu benda yang kecil. Memang Allah nak tarik nikmat RM300 pada hari ini.. Kita kena redha. Tapi apa yang penting, saya merujuk kepada kitaran seluruh hidup kita sebagai insan sesama makhluk. Jangan cepat menghukum!

|5.00 pm|

Sahabat. Dia pasti muncul di waktu duka.

Subhanallah.. Cantiknya pantai!”—Anis melaung seperti kanak-kanak yang kegirangan.

“Kenapa orang suka benda yang cantik..? yang indah-indah belaka?”. Saya menyoal.

“Habis? Memang Allah ciptakan fitrah manusia macam tu.”. “Mahukan yang indah.. Yang cantik. Yang wangi dan yang harum..”—Wah, engkau berfalsafah ke Anis?

“Sayang.. Ini bukan falsafah! Ini Cuma jawaban bagi menjawab soalan kamu yang tak pandai habis dari pagi tadi..”. Serentak dengan tu tangan Anis mencekik leher saya.. hahaha. Saya ketawa. Tak tahan dengan panggilan ‘sayang’ tadi.

“Ok.ok. Serius..”.

“Kenapa setiap manusia perlukan teman?”.—Banyak benar soalan saya nie.

“Kalau saya jawab dapat hamper tak?”.—Aik? Nak main hamper pula..

“Bukan setakat hamper. Bagi istana pun boleh. Tapi, istana pasirlah..”. Hehe. Suka bila tengok Anis selalu terkena..

“Hmm.. Perasan tak? Teman nie ibarat kerusi bila kita tengah duduk.. Meja bila kita nak menulis.. Bantal bila kita tengah berbaring.. Tapi sayangnya, kadang kita terlupa teman bila berada pada satu posisi.. Teka?”.—Wah, dalam benar falsafah Anis nie.

“Hmm.. Ape ye? Tak terfikir pula.. Posisi yang kita tak perlukan kerusi, meja atau bantal?.. Masa berdiri ler. Betul tak?”

“Betul. Tapi, kenapa?”

“Sebab masa tu orang merasa tak perlukan teman.. Dan bagi saya, dia juga bukan teman yang baik!”.

“Sebab apa pula?”. Anis kehairanan..

“Sebab kita tak cukup hanya sebagai teman. Tapi kena jadi sahabat. Bukan sekadar duduk, menulis, atau berbaring.. Dikala berdiri sekalipun sahabat hadir sebagai orang yang diperlukan dan memerlukan.”.

Cerita pasal sahabat.

Tuntas, sahabat yang sanggup menyapu air mata dikala kita berduka tidak akan seramai teman yang sanggup bersorak dikala kita bergembira..

Banyaklah kisah sirah yang menukilkan erti sebuah persahabatan.

Umpamanya, titisan air mata Saidina Abu Bakr yang dipatuk ular tatkala menidurkan Rasulullah saw di gua Thur.. Itu bukan cereka.. Ia berlaku dalam sejarah manusiawi. Terpahatnya satu lambang ukhuwwah (ikatan persahabatan) yang sukar diulangi sejarah!

|6.15 pm|

"Wehdatul Fikri.. Wehdatul Amal"

“Dahlah.. Jom balik!”—Usop melaung dari jauh.. Rimas menunggu ‘abang-abang’ yang sibuk membangunkan istana impian.

“Jap jap.. Tak siap lagi!”—Balas Wafi.

Istana impian punya pasal.

“Ish.. Apesal lak istana impian kita nie tak siap-siap sejak tadi?”—Zack mendengus. Berpura-pura geram.

“Takde kerjasama.. Nak harap saya seorang. Macam mana nak siap..”. Wafi berterus-terang.

“Oo.. Nak khabar yang kami tak tolong la nie..?”. Saya terasa..

“Eleh.. Macam dia tu bagus sangat.”. Anis menjadi penyokong tetap.

“Cuba tengok. Saya buat kubah kat sini.. Yang dua orang makhluk nie pula tak-nak. Nak kubah kat sebelah situ pula.”—makhluk, saya dan Anis.

“Dah-dah.. Oleh sebab citarasa tak sama. Ok, semua buat istana sendiri. Amacam? Ok tak?”—Zack bengang.

“Uish.. yang buat ramai-ramai pun tak boleh nak siap. Nak buat seorang pula.”. Wafi tak setuju..

Saya senyum. Best pula “modul” petang nie. Sekali-sekala buat, sekuarang-kurangnya dapat merasa juga memodulkan diri sendiri.

“Jadi.. lagu mana lagi kita nak perabih nie?”—Anis menokok.

“Pastikan dengan... Wehdatul Fikri. Wehdatul Amal.”. Semua serentak bersuara.

“Tapikan.. Sekarang nie ade tambahan lagi. Wehdatul Qalb dan Wehdatul Hadaf!.”. Haha.. Semua ketawa sambil melontar pasir pada saya..

Ya Allah.. Moga cita-cita Daulah Islamiyyah itu menjadi kenyataan. Ameen..

myikhwanfiideen + ahli Raudhatul Jannah.

27 Oktober 2009.

Mersing, Johor.

Tuesday, October 27

Setitis derita melanda segunung kurniaanNya

Beberapa hari nie mengalami simptom INSOMNIA [link]..

Mungkin fobia dengan kerja-kerja menggunung dan due date(10 Nov 2009) yang semakin hampir tapi diri yang semakin hilang fokus.

Dan, mungkin juga terlebih fikir dan zikir sehingga urat kepala menjadi berselirat lantas ‘terseliuh’..

Mungkin juga malu dengan beberapa tindakan setelah “tertipu” yang diistilahkan oleh teman saya sebagai, “sengal.”

Takpelah.. Insya Allah.. Semuanya saya terima sebagai PENGAJARAN dari Allah swt..

Dah dua hari asyik telefon Ummi kat kampung.. Mengadu macam Si Sin Chan.. “Ikhwan,, Allah nak ajar kamu sesuatu.. Atau Allah nak bagi sesuatu.. Semuanya pasti ada sesuatu.. Yakinlah, Ok!”—Pesan Ummi.

Syukur buat Allah.. Syukran buat Ummi.. Juga, syukran buat Hijjaz sebab sudi mendendangkan lagu nie..


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Sunday, October 25

"Nisha yang comel.."

“Nisha..”.

Tak nak jawab.

“Nisha yang comel..”

Barulah dia angkat muka.. Tersenyum malu-malu. Eleh, pandai ye. Nak orang panggil comel juga.

“Uncle dari mana tadi?”. Bila dia dah seronok, banyaklah soalan yang keluar.

“Dari sekolah (kampus) Nisha..”. ‘Sekolah’—jawaban yang paling sesuai untuk Nisha. Gadis kecil yang sering menunggu kehadiran kami berlima di depan pagar. Seronok benar dia bila dengar bunyi motosikal kami sampai dari ‘sekolah’..

Dia dan ‘Shiro’-(anjing milik keluarga Nisha) yang setia menunggu.

-25 Oktober 2009-

Nisha yang comel..

Satu hari Nisha akan jadi laaagi comel macam nie.. Insya Allah.

Sedih.

Hari ini kami sedih.. Nisha pun sedih agaknya.. Nisha dah nak pindah rumah. Shiro pun sama. So, tinggallah kami berlima.. Dah takde senyuman manis Nisha.. Dah tak boleh dengar Nisha nyanyi lagu hindustan. Dan, pastinya suara Shiro yang menyalak di awal subuh juga akan sentiasa dirindu. (bila Shiro menyalak, maknanya subuh dah nak masuk. Macam jam loceng pula! Thanks Shiro..)

Kepada Uncle Raja yang baik hati dan aunty.. Terima kasih segalanya!—Especially kuih marukku yang sedap tue.


p/s-Sori, tak larat nak tulis banyak. Penat angkat barang Nisha masuk ke lori.

Blog Archive