“Rajin menulis..” Sapa seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.
“Takdelah. Tak selalu pun..”
“Saya dah takde masa nak update blog.. Dah busy dengan organisasi kawasan.. Cuma hairanlah.. Dalam kedaan busy macam nie pun orang masih sempat nak ‘jaga’ blog..”
Agak tajam juga jarum sindirannya itu..
“Takpelah.. Enta mungkin ‘tiada’ masa.. Tapi orang lain mungkin boleh ‘susun’ masa..”
Saya kembalikan nada sinikal bukan bermakna menolak peringatan sahabat itu.. Cuma, tidak mahu ia salah menanggapi mereka-mereka yang rajin update blog.. Senario tidak adil bila dihukum secara pukal begitu!
Cerita pasal menulis,,,
Saya juga menulis.. Alam keliling banyak MENGINSPIRASI saya untuk menulis lagi dan lagi.. Memang diakui masa yang ada sering cemburu sehinggakan kadang-kadang jari ini tidak ada ruang untuk mengetip papan keyboard laptop.. Sekadar reply email tue boleh lagi.
Tetapi, itulah kuasa inspirasi alam.. Ia mendorong, menjadi penggalak, dan seterusnya menolak saya untuk menulis dan terus menulis..
Alam keliling adalah anugerah Tuhan yang Maha Kaya.. Ia menghidang sepanjang masa akan santapan ilmu suratan dan siratan yang tidak kunjung habis.. Bermula pada pintu pertama iaitu pancaindera mata lalu masuk ke akal untuk ditafsir dan ditilik dengan panduan Ilmu.. Kemudian, hidangan alam tadi jatuh ke hati untuk disimpan dan dikenang.. Panduan berzaman bagi orang yang ‘memerhati’!
Perhatikan keliling anda,,
Pandanglah ke atas mahupun bawah.. Kiri mahupun kanan.. Lihat kepada alam.
Alam keliling berbicara dengan pelbagai bahasa.. Manusia dengan bahasa suaranya.. Rumput serta pokok yang menghijau dengan bahasa bisunya.. Haiwan yang melata juga dengan bahasa tabiat dan perilakunya yang tersendiri.. Tegas, sebenarnya alam keliling punyai bahasa masing-masing.
Bahasa yang kadang tidak dikenal dan ‘didengar’ oleh telinga kita.. Bahasa yang kadang diperlekeh dan dipandang sinis oleh segelintir manusia yang tidak tahu mengguna nikmat mata! Sampaikan manusia terlupa betapa alam kurniaan Allah swt itu tidak pernah lokek untuk menghidangkan santapan kepada pancaindera manusia tak kira siang mahupun malam..
Inilah sebenarnya kepuasan bagi orang-orang yang menulis.. Dapat berkongsi sesuatu yang dipelajari dari alam.
Kadang-kadang rasa malas dan meluat nak update blog. Nak tutup pun dah pernah terfikir.. Iyalah,, daripada ‘bersawang’ lalu menyakitkan mata orang yang menyinggah lelah.. Baik tutup terus! Tapi.. Sering saja idea kontra itu tidak kesampaian.. Asbabnya juga kerana alam!
Bila rasa menyampah dan meluat menakluki diri dari dua hingga ke tiga hari.. Entah kenapa,, sapaan tidak jemu dari alam keliling yang mesra itu tiba-tiba akan mengusik hati saya untuk menulis semula.. Ada sahaja yang menyentuh hati.. Hinggakan jari-jemari yang sudah pongah ini berdiri semula lantas dengan rancaknya terus sahaja ia menari di atas papan keyboard.
Oh, akhirnya saya tewas jua...
Masa yang sempit dulunya tiba-tiba menjadi luas seluasnya,, Hati yang menyampah dengan blog tiba-tiba boleh mengharum sayang,, Akal yang dulunya gelap untuk berfikir tiba-tiba boleh pula jadi terang benderang macam kalimantang,, Begitu juga dengan idea yang ketandusan, tiba-tiba boleh ia hidup serta-merta tanpa dipaksa oleh sesiapa,, Hebatnya inspirasi alam!
Ya.. Alam yang menginspirasi dengan bahasa bisunya...
Walaupun karya atau hasil-hasil ‘contengan tangan’ ini masih terlalu picisan dengan bahasanya yang bercelaru dan tunggang langgang.. Idea yang selalu membingungkan barangkali.. Atau mungkin ungkapan makna yang tidak kesampaian.. Semuanya itu adalah salah diri sendiri.. Sebabnya, memang itulah tahap saya dalam penulisan.. Akui kelemahan badan sendiri. Apakah kita malu mengakui kelemahan diri??
Sebab itulah saya menamakannya ‘karya contengan’ kerana tidak layak dinobat seiring karya-karya hebat orang lain.. Itu sudah pasti! Dan memanglah pasti kerana bukannya itu niat saya untuk terus menulis..
Ahh,, saya menulis bukan kerana nama!
Saya menulis sekadar mahu menghilang rasa resah.. Gundah gulana setelah diusik oleh alam keliling.. Resah itulah yang saya tumpahkan dengan kalam yang dipanggil tulisan! Atau bahasa yang sesuai, ‘contengan’.
Biarlah orang yang menyinggah lelah di laman ini boleh terima tempias resah dan gundah itu.. Biarkan ia melompat dari satu jasad ke jasad yang lain.. Dari satu fikir ke buah fikir yang lain.. Dari satu jenis faham ke jenis faham yang lain sehinggalah ia bercambah-cambah.. Dan ikhlasnya itulah yang saya inginkan.. Biarpun hanya sekadar ‘contengan’!
Macam-macam seni orang 'menconteng'.. Cuma apa yang penting, biarlah dengan formula RASA dan MAMPU.
Saya percaya manusia itu sangat SENI diciptakan oleh Tuhan..
Seninya manusia bukan pada anatominya saja.. Seninya manusia juga pada fikirnya, perinya, mahunya, tingkahnya, dan kesemuanya adalah penuh dengan seni.. Dengan sifat seni itu jua wahyu yang pertama Allah turunkan ialah Iqra’.. Konotasi yang mengajak manusia supaya membaca.. Iaitu meneliti serta mengkaji apa yang ada dikeliling.. Termasuklah menilik apa yang terkandung pada diri yang terlalu seni itu.
Maka, saya meyakini ‘contengan’ ini juga adalah satu kaedah SENI..
Makhluk yang seni akan menyukai penyampaian yang seni.. Itulah hukum tarikan alam.
Tidak terlalu nostalgika atau berfalsafah.. Tidak juga terlalu kejang ataupun kaku tanpa sentuhan rasa.. Tidak terlalu dalam dan tidak terlalu mencapah luas ke alam raya.. Dan tidak terlalu berselekoh sehingga pening orang dibuatnya.. Biarlah berpada-pada!
Ikutlah kata Guru; “menulislah dengan ramuan RASA dan MAMPU”. Sesuailah jua dengan namanya sekadar ‘contengan’..
Jadi, mengapa masih mahu memperlekeh dakwah seni ini??
6 comments:
ini bukan contengan, tp penulisan yg hebat!
kenape setiap kali tulis, pnjgnye berjela-jela..huhuhu i can't write like that.
semoga 1 hr nnt, leh terbitkan sebuah, 2-3 buah buku utk tatapan generasi.
salam. saya pernah beri tuan borang proposal PTS, bila tuan mahu isi dan beri semula pada saya?
salam contengan ya akhi..penulisan yg mantap..entah bila boleh berfikir dan menulis seperti ini...
ana 'beriman' dgn ayat-ayat tuan ini hhoho..
..jgn anggap org yg slalu update ni byk msa 'free'..dan jangan anggap org yang tidak rajin update blog ini tiada masa 'free'..
soalnya, bukan kuantiti masa 'free' yang banyak..ttp kualiti masa 'free' itu d manfaatkan sebaik mungkin..
p/s: kapan..kapan..huhu
awesome.. cz its cameout from ur heart..
Salam juang semua..
>Sdri Fatimah,
-Syukran atas doa.. Insya Allah mmg dah ada azam utk itu.. Cuma, belum punya kesempatan..
>Cik 'Uyun,
Puan, sy mmg dah dpt borg itu.. Cuma masih dlm dilema.. Nk buat konteks ape? Novel ke.. Fiksyen motivasi ke.. Entah, masih pening..
P/s-Kene jumpe Puan Ainon dlu kot..
>Ukhti HasunaH,
-Iya "contengan".."contengan" kamu pun apa kurgnya...
>Abgku Aizatt,
Betul tuanx3.. Ana pun 'beriman'
dgn kata2 itu.. ;)
p/s-kapan dulu kini dan hrp TDK selamanya..Ameen
>Cik Farahiyyah,
Thanx miss lawyer..
p/s-bile nk ajar penulisan psl laws pula?
Post a Comment