-kempen besar-besaran Amerika kepada dunia-
Permusuhan hampir sedekad antara Russia (suatu ketika dulu dikenali USSR) dengan Amerika tidak menghalang rakyat Moscow menikmati citarasa dan citra hidup orang-orang Amerika.. Perang Dingin (Cold War) yang berlanjutan agak lama seolah terpadam dengan pembukaan restoran McDonald’s pertama di Pushkin Square, Moscow pada tahun 1990.. Dilaporkan, seramai 30 000 orang pengunjung ketika hari pembukaannya sahaja!
Di Jepun, kebencian kepada Amerika yang terang-terangan menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan jutaan nyawa terkorban dan menderita juga tidak menghalang anak muda mereka untuk menolak pengaruh budaya popular dari barat. Khasnya, yang dinamakan gaya Amerika.. Sehingga, krisis identiti melanda golongan muda yang mula terleka untuk meniru dan kemudian memanifestasi segala ‘style’ dari negara yang dahulunya dianggap musuh itu.
-Illustrasi yang menggambarkan transaksi budaya antara dua negara, Jepun dan Amerika-
Bukan dua negara ini sahaja.. Budaya popular yang datang dari setiap negara koloni semakin hari semakin tersebar luas di seluruh pelusuk dunia.. Sampaikan satu tahap, ada orang yang terlalu ghairah sehingga sanggup merumuskan bahawa budaya ini seakan budaya global yang patut diguna pakai!
Maka, penerimaan pengaruh atau budaya popular ini seiring dengan natijah penolakan pada budaya serta nilai tradisional dan seterusnya keagamaan yang terdapat di sesebuah tempat. Walhal, belum pasti kebenarannya yang datang dari luar itu lebih baik daripada yang sediakala.
Mari kita tinjau dunia muzik..
Music Television (MTV) umpamanya, sebuah saluran muzik dari USA yang menetapkan paradigma baru dan lantas menguasai arena muzik dengan kandungannya yang tediri dari video-video serta siri-siri rancangan muzik dari seluruh dunia.. Bahkan, mereka bukan setakat menjual rancangan.. Sebenarnya, mereka juga berjaya menjual “IMEJ” mereka bersama-sama produk yang ditawarkan.
Imej dan gaya hidup ‘cool’ yang ‘dijual’ bersama produk adalah kesemuanya hampir memiliki daya tarikan tersendiri sehingga mampu mencetuskan suatu budaya popular yang meresap dalam bentuk ‘kolonial dasar baru’.. Tanpa menyedari bahawa, setiap produk itu mengandungi nilai-nilai serta falsafah hidup yang merupakan sebahagian daripada agenda mereka..
Ya, budaya popular inilah yang menjadi ‘barometer’—Pengukur keadaan sesebuah masyarakat!
-Sitcom Ellen : Suatu 'Barometer' kepada masyarakat Amerika ketika itu...-
Tahun 1997, episod sitcom Ellen lakonan Ellen DeGeneres menjadi salah satu petanda atau ‘barometer’ kepada masyarakat Amerika ketika itu.. Dalam satu episod sitcom itu, Ellen mengumumkan bahawa beliau adalah seorang gay.. Sesuai dengan kecenderungan sebahagian rakyat Amerika ketika itu! Sehingga seorang profesor sains politik di Allegheny College mengatakan bahawa penerimaan masyarakat Amerika terhadap homoseksualiti sudah semakin baik dibandingkan dengan beberapa dekad yang lalu!
Lama-kelamaan, watak-watak gay semakin mendapat tempat dan akhirnya mereka menganjurkan keterbukaan yang lebih dari biasa.. Lihatlah, seperti yang dinyanyikan oleh satu watak dalam filem animasi South Park, Big Gay Al, “Big Gay Al says do ask, do tell!!”. Dan, lirik lagu ini dipersembahkan secara terang-terangan di hadapan anggota tentera USA yang sebelum ini memegang prinsip “Don’t ask, don’t tell” untuk orientasi seksual mereka..
Betapa mereka sendiri menghina prinsip asas yang dipegang! Apatah lagi prinsip orang..
Itulah antara realiti sebenar “IMEJ” yang tertempel pada setiap produk yang dieksport oleh mereka ke dunia luar.. Khususnya dunia timur. Apa yang menyedihkan sekali, konsumer yang meniru dan menikmati setiap hasil tangan dunia kolonial ini terutamanya Amerika sering tertipu dan merasakan itulah yang ‘up-to-date’. Akhirnya, bukan hanya nilai-nilai tradisional yang terkikis bahkan agama kepercayaan pun terhakis sama..
-Gambaran antara "IMEJ" yang dijual oleh Amerika kepada konsumer dunia-
Hakikatnya, semua agama termasuklah Islam yang memang sediakala dibenci oleh mereka turut terkena tempias. Contohnya, muzik video Like a Prayer nyanyian ratu pop dunia, Madonna suatu masa dahulu pernah mengejutkan penganut Kristian yang mendakwa video itu menghina agama mereka. Begitu juga dengan kaum Hindu di Malaysia.. Muka depan kulit album Nine Lives oleh kumpulan rock Aerosmith mencetuskan kemarahan kerana seolah-olah menghina tuhan Hindu.
Tuntas, budaya popular Amerika yang dibantu oleh negara kolonial lain ini dirumuskan ramai pihak sebagai dasar ‘imperialisme budaya’. Ia terlalu kuat kerana didokong dengan dasar hegemoni politik serta dasar ekonomi kuasa besar itu, Amerika..
Budaya popular sebenarnya adalah merupakan salah satu unsur KEKUATAN dalam menyebarkan pengaruh USA pada dunia sekitarnya. Kekuatan ini, yang kita boleh simpulkan sebagai soft power yang sememangnya memberikan banyak kelebihan kepada pihak yang memilikinya.. Kita pula, hanya tahu melakukan “tiru-tiruan” setiap ketika!
-Buku Prof. Noam Chomsky.. Bacalah untuk mengetahui lebih lanjut rencana hegemoni Amerika.-
Melalui penyebaran budaya popular, norma-norma serta ukuran ‘standard’ pihak lain dapat dibentuk atau dipengaruhi oleh USA.. Kehendak-kehendak pihak atau negara lain akan menjadi selari dengan kehendak-kehendak kuasa besar itu.. Bahkan, akan tiba satu tahap kita menjadikan mereka sebagai tempat rujukan utama!
Menurut dua profesor sains politik dari Universiti Harvard di USA, Joseph S. Nye dan Robert O. Keohane: “America’s popular culture, with its libertarian and egalitarian currents, dominate film, television, and electronic communications in the world today... the spread of information and American popular culture has generally awareness of and openness to American Ideas and values.”. Dan ahli Teoris pertembungan peradaban. Samuel Huntington pula berpendapat: “this situation reflect two phenomena. The first is the universality of human interest in love, sex, violence, mystery, heroism and wealth, and the ability of profit-motivated companies, primarily American, to exploit those interest to thier own advantage”.
-Pharaoh code. Terkandung kalimat-kalimat yang tidak difahami.-
"Kita dieksploitasi atas kelemahan kita 'membaca' maksud sebenar hidden agenda mereka.. Seperti mana, saya sendiri tidak memahami apa maksud sebenar perkataan-perkataan yang terconteng pada gambar di atas. Akhirnya tanpa sedar, saya 'melagu-lagu' kan suatu yang MENGUNTUNGKAN orang dan MERUGIKAN diri sendiri!.."-myikhwanfiideen.
Ya.. Akhirnya tidak dapat tidak, merekalah yang mencetuskan ‘budaya popular’ tadi dan kita pula di sini mengamalkan budaya “tiru-tiruan” yang melulu dan natijahnya adalah, segala elemen dan nilai-nilai Amerika telah menjadi ‘barometer’ oleh masyarakat kita pada hari ini.. Ini bukanlah suatu rahsia yang boleh dinafikan lagi.
-Antara iklan maya yang cenderung menentang 'Pax Americana'-
Konklusi. Hentikanlah budaya “tiru-tiruan” yang melampau demi mencegah fenomena Pax Americana (suatu teori orde dunia baharu yang didominasi oleh Amerika) dari menjadi kenyataan!
3 comments:
mungkin ini SALAH SATU strategi missionary kristian sampai anak2 mlayu terpengaruh.. "but im not pointing my finger to anyone but im pointing to my own face"... jd sama2 la kita menolong 'mereka'2 ini..
salam.mohon copy link tajuk ini, kesinambungan dari posting saya.hu2
>Anonymous<
Mghalakn batang jari kpd muka sndiri adlh tndkn yg paling TEPAT. Stuju bhw ktlah yg perlu Bertindak..Nekad.
>Fatimah az Zahra<
Wa'alaikumussalam.. insya Allah.. sm2 kt kongsikn apa yg baik.
Post a Comment