Tuesday, March 9

Aku mahu pulang!


Aku terbangun ditengah malam gelita nan senyap….
Jantungku bergemuruh entah mengapa…

Tuhan…
masih pantaskah kusebut nama-Mu yang Maha suci?
Desah nafasku memburu seperti cepatnya denyut nadiku yang berpacu.
Masih pantaskah tubuhku yang kotor ini bercengkrama dengan KeMahaan-Mu?

Punyakah ruang bagiku menghadap-Mu untuk kembaliku?
Aku malu pada-Mu ya Khalik
Setiap hari aku bersentuhan dengan dosa
Tiap hari aku berpelukan dengan noktah hitam......

Tapi seperti orang yang telah kehilangan jati diri dan harga diri aku merayu-Mu
Sungguh tak tahu dirinya aku…
Sungguh tak tahu malunya aku…

Tuhan…
Aku selalu menyebut asma-Mu dengan mulutku yang penuh dengan kemunafikan!
aku… aku… Ah! aku kelu.....

Berat hatiku pada-mu ketika ada pintaku
Kerana kutahu aku telah ‘patah arang dari asa’

Tapi malam ini dadaku bergemuruh lagi…
Aku ingin pulang
Aku ingin kembali
Aku mahu petunjuk
Aku perlu Engkau... ya Tuhan.

Tuhan…
Pada-Mu jua kembaliku
Sisihkan ruang bagiku bagi sujudku
Kerana dalam rangkul-Mu
Aku seperti seorang anak kecil yang kembali suci
Walaupun raga telah penuh dengan sisa-sisa lumpur dosa... Oh Tuhan.

No comments: