“Abi… Abi… Nak yang itu Abi.”—Si anak sekitar umur 3 tahun itu mengunjuk air milo. Air milo produk NESTLE.
“Ambik yang ini boleh?”. Tawar sang ayah. Sambil itu tangan dia mengangkat air kotak Vico. Rasa yang sama. Cuma jenama sahaja berbeza...
“Nak milo juga.” Si anak masih kepingin yang tadi. Air milo juga.
“Sayang... yang ini lagi sedap tau. Tengok bungkusan dia. Cantik kan?”. Ya Allah. Sabarnya si ayah memujuk. Bujukan demi bujukan agar si anak tidak menyumbang untuk produk Nestle. Tanda pedulisme kepada saudara di Palestina!
Saya menonton drama itu dari jauh. Terasa sangat mujadah seorang ayah. Hati ini tersentuh.
“Betul ke yang ni lagi sedap abi?”. Si anak bertanya..
“Betul sayang... Cuba tanya Ummi.”. Kebetulan si ibu datang.
“Ummi.. Ummi.. Betul ke yang ini lagi sedap dari itu?” Tangannya mengangkat air kotak Vico tinggi-tinggi. Si ibu tersenyum memandang si ayah.
“Sayang... Betul kata Abi tu. Kita beli dua ye... Sedap tau.”—Offer seorang Ibu dengan kepakaran psikologinya. Rambut si anak diusap-usap.
“Yeye... Dapat beli dua!”—Si anak suka sangat. Baginya dapat beli dua. Tapi saya rasa, sukanya pasangan ayah dan ibu tadi lebih besar dari itu. Gembira dapat mengelak si anak melabur untuk sebutir peluru yang akan ditembak kepada saudara seIslam di Palestina!
Beruntunglah si anak kerana punya ayah dan ibu seperti itu.
Beruntunglah isteri kerana punya ketua rumah yang seperti itu.
Beruntunglah juga buat suami kerana punya pembantu hidup yang faham sepertinya itu.
Moga Allah khabarkan berita gembira untuk kamu berdua nanti!
Tuntas....
Mendidik anak-anak bukan suatu tugas yang mudah. Apatah lagi untuk memastikan anak-anak tadi menjadi generasi tunjang ugama. Bukan tunjang negara. Tunjang negara itu nombor dua....
Semuanya kerana faktor sibghah..... Pernah dengar sibghah? Sibghah itu acuan. Kata pepatah melayu, bagaimana acuan begitulah jua kuihnya. Itu kata pepatah Melayu.
Generasi yang TERBAIK adalah hasil dari ACUAN janin-janin yang TERBAIK. (Bukan copy-paste teori illuminati).
Firman Allah SWT:
“Sibghah Allah. Dan siapakah lagi yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah.”—Al-Baqarah.
Kita.... Sudahkah kita menempah untuk menjadi SALAH SEORANG dari sibghah Allah?
Tepuk dada... Koreksi iman. Muhasabah Amal.
....TERUSKAN MEMBERI PEDULISME BUAT PALESTINA....
No comments:
Post a Comment