Tuesday, March 2

Usrah dengan Abi SaiF.


2 tahun lepas.

“ILal Liqa’ ya Ustaz..”—Tangan kami erat memeluk Ustaz.

Program hanya sehari suntuk. Rasa tak puas bersemuka dengan ustaz yang juga lebih mesra di ‘alam maya’ dengan pena Abi SaiF (www.saifulislam.com).

“Insya Allah.. Kalau ada jodoh, pasti Allah pertemukan lagi.”—Bisikan penuh makna.

2 hari lepas..

-Abi SaiF di rumah 'Raudhahtul Jannah'-

Takdir Allah telah mempertemukan semula face to face. Walaupun ia tak pernah dirancang.. Itulah HIKMAH jodoh dan pertemuan. Alhamdulillah, sesingkat pertemuan itu dimanfaatkan untuk berusrah dengan ustaz.

Moga-moga boleh memaknakan lagi kembarasanghamba yang masih bertatih...

***

Abi SaiF (sedikit sedutan):

1. Firman Allah SWT:

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.....”—Baqarah: 216

-Ketika para sahabat bertanya-tanya apakah amalan yang Terbaik? Maka, Allah SWT menurunkan ayat ini.. Iaitu berperang (berjuang di jalan Allah) adalah sebaik-baik amalan di sisi Allah walaupun kamu barangkali ‘membenci’.

-Para sahabat adalah umat yang suka dengan ‘improvement’!

2. Teguran Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Menagapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?”—As-Saff: 2

-Allah menegur sifat sebilangan kecil sahabat yang masih ‘ragu-ragu’..

-Sekali lagi para sahabat bukan sahaja umat yang cenderung dengan ‘improvement’, bahkan mereka juga RESPONSIF! Terus berubah apabila ditegur oleh Allah SWT..

3. Pujian Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur. Mereka laksana suatu bangunan yang kukuh.”—As-Saff: 4

-Oleh kerana responsifnya para sahabat... Maka, Allah telah memuji mereka.

-Dan, Allah menyatakan bahawa kasih-sayangnya itu ‘BERSYARAT’. Tidak cukup dengan hanya berada dalam kebenaran, tetapi ia mesti disokong oleh sistem yang sistematik!

-Tuntas... Di sinilah jua “RULE of tHE GAME”... Hukum sunnahtullah...

-Penuhi dua pra-syarat, syari’atullah dan sunnahtullah insya Allah Islam pasti akan menang.

***

Jazakumullah ya Ustaz...

Sebelum melangkah keluar dari ‘RaudhatuL JannaH’ kami, sekali lagi perkataan ini berulang..

“Ilal Liqa’ semua... Syukran sudi tumpangkan ustaz di sini..”—Kali ini Abi SaiF pula yang bersuara. Jangankan nak tumpang semalaman, tinggal terus pun boleh ustaz.—Saja nak bergurau..

Kereta berlalu pergi...

“Insya Allah.. Kalau ada jodoh, pasti Allah akan pertemukan jua.”—Bisik hati kecil ini. ‘Kuatnya’ sebuah perkataan ‘ilaL Liqa’!—Law of Attraction.

myikhwanfiideen:-

“Apa yang berlaku dalam hidup itu MUNGKIN penting.. Tetapi yang PALING penting ialah sejauh mana kita “RESPON” kepada setiap apa yang berlaku dalam kehidupan...”. (Rujuk Surah Al-Mulk ayat pertama)

No comments: