Tuesday, March 9

sekuntum Makrifat...(siri 1)


"Padanya bukan CARI yang penting...Tapi KENAL yang utama...".

“Kau nie kan kolot lah… Kenapa pula tak boleh. Kita bukan buat apa-apa pun. Sekadar kawan je.”. Kata Nasir dengan nada yang agak meluat.

“Kawan yang special?”. Nawar menguji.

“Hmmm... mungkin. Kan dia tu bakal isteri aku nanti. So, aku kena ambil masa untuk faham ‘fiil’ dia. Itu je..”

[Fiil=perbuatan]

“Oooo... Itu sebab korang keluar date sama-sama.. Sebab nak make sure well understanding each other la nie. Before nak married nanti?”.

“Iyelah... Habis tu kenapa? Salah ke?”

“Kalau tak boleh nak understanding? Amacam... Berpisah macam tu je?”. Uji Nawar lagi...

Nasir terdiam. Lemas dengan pertanyaan Nawar. Pada masa yang sama kepalanya berfikir ligat. Syima gadis pujaan hatinya datang menjelma. Melambai-lambai manja. Aduh... Teringat sms yang dikirim kepada Syima tadi. “i nak ajak keluar malam nie. Tunggu kat kolej pukul 10pm”.

[i=kata ganti nama (saya)]

Sekarang dah pukul 10.15pm. Nawar punya pasallah nie aku lambat!

“Entahlah War... Aku bosan la dengar ceramah kau nie!”

Nawar tersenyum. Wajah sepupunya ditenung dalam-dalam. ‘Masanya sudah tiba... Tapi jalan yang engkau pilih salah!’—Hati Nawar bermonolog.

“Baik... War nak tengok berapa lama kau nak ‘understanding’!”

Nawar melangkah keluar dari rumah sewa sambil langkahnya menghayun ke masjid. Ya Allah, berikanlah hidayah kepadaku dan kepada sepupuku.......

***

“Hai sayang.... Dah lama tunggu? Maaf i terlambat. Ada hal.”—Ucap Nasir sebaik turun dari kereta Satria hadiah dari mamanya.

Syima membisu... Wajahnya mencuka.

“Ala... Please... Janganlah marah macam ni.” Nasir cuba membujuk.

“Syima paling tak suka manusia yang tak menepati janji!”

“Haih..... Kan i dah cakap, i ade hal tadi... Susah sangat ke nak terima?”

“Setiap hari ade hal. Alasan sama je... You memang macam tu. Tak pernah nak faham persaan orang!”

“Kenapa dengan you nie? Hari-hari i je yang kena faham. Hari-hari i je yang salah.. I tak fahamlah!”. Nasir mula bengang.

“Suka hati you lah! Sekarang i tak nak ikut keluar. You keluar sendiri!”—Bentak Syima. Sejurus dengan itu dia meluru masuk semula ke dalam pagar kolej. Tinggallah Nasir sendirian.

DUM!!!

Rim kereta Satria yang tak bersalah itu menjadi ‘mangsa’ kaki Nasir. Tendangan melepaskan geram. Sudah 2 tahun mereka bercinta... Hakikatnya selama dua tahun itulah mereka juga ‘berperang’. Cinta-->Perang-->Cinta semula-->Perang lagi! Aduih.... Tensionnya!

Kereta satria warna hitam dipacu selaju-lajunya...

Meter sudah hampir ke angka 160km/hr... Kereta terus dipacu...

Kereta pemberian Datin Zarina (mama Nasir) itu pantas memotong kereta-kereta lain...

Nasir kebuntuan. Tak tahu nak menghala ke mana. Kalau Syima ada, pasti Danga Bay menjadi tempat mereka mengadu cinta. Merehatkan kepala yang berselirat dengan segala macam Jurnal dan kertas-kertas proceeding conferences yang mesti direview... Tapi, malam nie? Haih.... Syima, oh Syima. Apa yang tak kena dengan you ni?—Nasir mengeluh.

[proceeding conferences=terma yang digunakan untuk seminar-seminar akademik bagi pelajar pasca-siswazah]

Tiba-tiba... Terpacul wajah Nawar dalam lamunannya... Berdengung kepalanya dengan kata-kata Nawar tadi;

~~“Baik... War nak tengok berapa lama kau nak ‘understanding’!”~~

Nawar!!!—Nasir memekik dalam hati. Spontan dengan itu tangannya mengilas stereng kereta terus menghala membuat u-turn. Tak jadi untuk ke Danga Bay!

***

“Hai... Balik awal nampak?”—Nawar kehairanan.

Jam dinding rumah sewa dijeling beberapa kali. Baru pukul 10pm! Selalunya Nasir takkan balik selagi pintu gate universiti tak ditutup untuk pelajar undergraduates seperti Syima.

[undergraduates=pelajar yang masih dalam fasa ijazah]

Nasir berpura-pura tak dengar. Membisu.

Dilihatnya Nawar tengah sibuk dengan buku-buku Islamik dan kertas-kertas nota usrahnya. Arif benarlah dia dengan hobi sepupunya ini. Membaca, usrah, mesyuarat, persatuan, forum, dan segala yang membosankan itulah yang dia suka... Engkau nie pelik lah... Nasib baiklah mama yang perintahkan dia duduk dengan Nawar. Kalau tidak, dah lama dia angkat kaki!

Nawar senyum. Hmmm... Gaduh lah tue... Tue sebab balik awal.—Hati Nawar berbisik.

Nasir melangkah masuk ke bilik. Badannya dihempaskan di atas katil.

Kepalanya berat untuk berfikir. Kosong. Kelam dan terus gelap. Hanya bunyi dengkuran yang kedengaran..

***

“Ya Allah.... Berikanlah Taufik kepadaku... Juga kepada sepupuku...

Ya Allah.... Sesungguhnya dia terleka... Dia tertipu sebentar.........

Ya Allah... Sungguh, aku saudara untuknya.. Aku tak tergamak masuk syurga sendirian tanpanya... Maka, kasihilah dia Tuhanku. Panggillah dia dalam dakaban hidayahmu ya Rabbi.....”

Dalam kesamaran cahaya lampu ruang tamu, mata Nasir menangkap bayang sosok tubuh manusia sedang merintih sendu dengan bunyi tangisan hiba... Siapa dia? Nawar??

Hati Nasir diserbu rasa sayu.... Telinganya terasa longlai dan jiwanya bergetar beberapa saat. Manusia jenis apakah aku? Diri ini tak pernah rasa berdosa dengan Tuhan... Bahkan orang lain yang merintih memohon ampun untukku..... Ya Allah, dosaku menggunung tinggi!

Beberapa titis air mata keinsafan terjun dari pipi yang penuh keegoan. Tersentak dengan lamunan dosa dan nikmat dunia yang kadang-kala melalaikan... Bila hidayah tembus ke sanubari seorang manusia yang dipanggil insan, tiada siapa yang boleh menghalang. Tiada hijab yang mampu membendung... Dia akan jadi manusia berupa bayi yang kudus. Esakan tangis akan menghapuskan dosa-dosa lampau... Percayalah ia sudah terbukti!

Nawar melipat sejadah. Kemudian masuk ke biliknya yang berada di sebelah...

Nasir bingkas. Air mata diseka perlahan.. Cepat-cepat ia ke bilik air. Lantas mengambil wudhu dengan hati yang masih kusut. Solat Taubat... Ya, aku mahu solat taubat malam ini juga!!

Beberapa detik kemudian, usai sahaja salam... Terbitlah monolog panjang seorang hamba beriringan derai air mata... Mencari jalan pulang!

“Aku terbangun ditengah malam gelita nan senyap….
Jantungku bergemuruh entah mengapa…

Tuhan…
masih pantaskah kusebut nama-Mu yang Maha suci?
Desah nafasku memburu seperti cepatnya denyut nadiku yang berpacu.
Masih pantaskah tubuhku yang kotor ini bercengkrama dengan KeMahaan-Mu?

Punyakah ruang bagiku menghadap-Mu untuk kembaliku?
Aku malu pada-Mu ya Khalik
Setiap hari aku bersentuhan dengan dosa
Tiap hari aku berpelukan dengan noktah hitam......

Tapi seperti orang yang telah kehilangan jati diri dan harga diri aku merayu-Mu
Sungguh tak tahu dirinya aku…
Sungguh tak tahu malunya aku…

Tuhan…
Aku selalu menyebut asma-Mu dengan mulutku yang penuh dengan kemunafikan!
aku… aku… Ah! aku kelu.....

Berat hatiku pada-mu ketika ada pintaku
Kerana kutahu aku telah ‘patah arang dari asa’

Tapi malam ini dadaku bergemuruh lagi…
Aku ingin pulang
Aku ingin kembali
Aku mahu petunjuk
Aku perlu Engkau... ya Tuhan.

Tuhan…
Pada-Mu jua kembaliku
Sisihkan ruang bagiku bagi sujudku
Kerana dalam rangkul-Mu
Aku seperti seorang anak kecil yang kembali suci
Walaupun raga telah penuh dengan sisa-sisa lumpur dosa... Oh Tuhan”.

***

“Tak keluar malam nie?”—Nawar menyapa Nasir yang duduk termangu di ruang tamu. Selalunya malam minggu begini pantang bagi Nasir. Sebelum isyak lagi dia akan prepare untuk berjumpa dengan Syima. Iyalah, nak guna masa nie untuk ‘understanding’ kan....

Nasir diam.

Matanya mengekori Nawar yang bersiap-siap untuk ke ‘Usrah’. Kitab “Aqidah dan Perjuangan” dijinjing dengan tangan kiri sambil tangan kanan Nawar mengetip Terjemahan Al-Quran rasm Uthmani.

[Usrah=Islamic Discussion Group]

“Kau nak pergi mana?”—Terpacul pertanyaan dari mulut Nasir. Walhal dia dah tahu apa jawabannya.

“Aku...? Nak pergi usrah. Kenapa? Kau nak ikut?”—Pantas Nawar menjawab. Jawaban yang disertakan soalan yang sememangnya dia juga tahu apa jawaban Nasir nanti. Takpe... Kita cuba.. Dalam dakwah nie mesti istiqamah untuk mencuba!

“Ya... Aku nak ikut.”. Haaaa?? Kau biar betul? Nawar tercengang...

“Kau mimpi apa malam tadi?”. Nawar menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Nasir pula membiarkan sepupunya dengan aksi tak percaya. Lantak kaulah kalau tak nak bawa aku... Salah aku juga sebab dari dulu tak pernah nak teringin untuk pergi usrah!

“Astaghfirullahal’aziim.....”. Terus Nawar menekup mulut. Sedar akan kesilapannya. Sepatutnya dia bersyukur dan bukannya ‘merapu’ macam-macam.

Alhamdulillah ya Allah... Alhamdulillah....

“Tapi aku takde helmet lebih lah... Macam mana nak bawa kau?”. Teringat Nawar akan motosikal Krisnya yang hanya ada satu helmet lusuh sahaja!

“Apelah kau nie.... Kereta Nas kan ade... Kita pergi ngan kereta lah..”

“Oh. Ya tak ya juga ek..”—Nawar tersenyum. Rezeki aku malam nie. Datang usrah dengan kereta siap ada ‘pemandu’ lagi. Alhamdulillah.... Allah tambah lagi satu orang ahli keluarga!

--Insya Allah Bersambung--

3 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam ziarah.....

Cerpen ini tiada kaitan dgn individu yg masih hidup ataupun yg tiada.... Hanya cebisan2 rasa dan ceraian nota diari kembarasanghamba....

Nama-nama watak adalah rekaan imiginasi semata-mata.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Sunah Mohammad said...

salam...

menarik~ jangan lupa buku yang nak dipublish Julai ini...

myikhwanfiideen said...

waalaikumussalam warahmatullah...

Syukran. Insya Allah... Moga dipermudahkan.

(penulisan masih trtangguh...Idea ade, cuma tukang taip yg brmslh)