Tuesday, March 16

Kenapa semakin kerap terlupa?


-Gambar cuma Hiasan-

Duhai wanita…

Saat engkau sebelum datang ke Kafe, datang ke kuliah atau muncul di ‘dunia maya’. Cuba ambil sedikit masa untuk tenung-tenungkan diri. Apakah anda sudah lengkap berpakaian?

Kerana mungkin anda bisa terlupa menyarungkan pakaian ini pada tubuhmu... Hijab malu!

Malu ibaratkan pagar yang kukuh yang tidak nampak oleh mata kasarmu. Ia memagari mahkota dan segala istana maruahmu. Kain, baju, dan tudung yang engkau labuhkan pada jasadmu takkan lengkap jika tidak disekalikan dengan selendang malu!

Maka beringatlah...

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas:

“Maka datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu sambil berjalan dengan penuh rasa MALU lalu ia berkata, “sesungguhnya Ayahku ingin memanggil kamu untuk memberi balasan akan kebaikan kamu memberi minum ternakan kami.”

Bukan ingin memisahkan kamu untuk berinteraksi dan bersosial dengan dunia keliling. Tidak... Cuma sedikit peringatan agar pakaian malu itu jangan dilondehkan lagi.

Noktah.

1 comment:

MJ (madam j) said...

erm..boleh tafsirkn lebih detail selendang malu yg dicoretkn dlm post nie..
mgkn ad yg sy terlupa juga..
utk muhasabah diri