Friday, March 5

untuk pipi seribu kedut...


“Uwaaa uwaaa uwaaa….”

“Uwaaa uwaa waaaaaaaa…”

-Gambar Hiasan-

Bunyi tangisan semakin kerap. Saya kira baby comel itu mengalami keadaan ‘uncomfortable’. Mungkin kerana tekanan udara di dalam kapal terbang yang kurang, menyebabkan situasi tidak selesa pada telinganya.

Bunyi berdesing yang bagi baby ‘amat menyakitkan’ barangkali.... Akhirnya baby terus-terusan menangis!

[‘Uncomfortable’ condition. Saya tak pasti apa istilah medikalnya. Saya hanya tahu setelah terbaca dalam satu artikel beberapa tahun lepas..]

“Uwaaa uwaa uwaaa uwaaa...”

Saya serba salah.

Ibu muda yang duduk di sebelah juga kelihatan resah. Anaknya dipujuk. Dibawa berdiri, berjalan, lalu duduk semula.. Kemudian, beberapa orang pramugari datang menyatakan simpati serta memberikan bantuan kepada si ibu muda. Saya hanya mampu terkebil-kebil.

Alhamdulillah, setengah jam kemudian si anak menjadi tenang. Terlentok lena di bahu seorang ibu....

Saya hadiahkan satu senyuman.

“Tahniah kepada anda ibu! Tahniah kerana di saat ada orang menjadi binatang untuk makhluk kerdil ini, anda pula benar-benar manusia baginya... Di saat ada orang menjadi gila dengan runtunan tangisnya yang berpanjangan, anda pula masih siuman untuk melayaninya..”—Hati kecil saya bermonolog!

Sepanjang perjalanan ‘belon’ selama dua jam itu, saya mengelamun jauh..

Teringat akan ibu di rumah.

Tangisan. Ada apa dengan tangisan?

Apakah kita sudah lupa.... Tangisan itulah “BAHASA KOMUNIKASI” antara kita dengan ibu.

Perhatikan bagaimana hebatnya hikmah sang ibu menterjemah bahasa yang sesukar ini!

“Uwaaaa uwaaa uwaaaa”—Seorang ibu akan tahu. Maksudnya; “Aku lapar. Aku nak susu!”

“Uwaaa uwaaa uwaaaa”—Seorang ibu akan faham. “Lampin aku basah. Aku tak selesa. Ibu, tolong tukarkan lampin..”

Dan untuk kes tadi...

“Uwaaaa uwaaaa uwaaaa”—“Ibu, telinga aku sakit.. Sakit sangat..”!--Bagaimana mereka Faham? serta uniknya, mereka tak pernah Bosan!

Banyak lagi sebenarnya.........

Subhanallah!! Tanpa perlu berkursus bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, seorang ibu akan mengerti segalanya.. Walaupun bunyi lebih kurang sama, si ibu tetap akan faham dan berikan apa sahaja tepat dengan apa yang kita pinta ketika itu...

Tahniah dan terima kasih buat ibu-ibu semua.

[Tak perlu tunggu Hari Ibu Sedunia baru nak mengucapkan Terima Kasih.]

***

"Kasih sayang mereka bagaikan lautan luas yang tak ketemu akan pantainya dan tak terduga akan dalamnya..."-Gambar Hiasan.

Setiba sahaja di airport, seulas pipi yang dipenuhi kedut itu menjadi ‘mangsa’ oleh kucupan terima kasih... Air mata mengalir perlahan membasahi pipi yang pernah mengalir padanya seribu satu macam air mata gembira mahupun duka seorang ibu..

Syukran ya ummi.

Syukran kerana menjadi ‘pakar bahasa’ tatkala diri ini masih 'CACAT' untuk berkata-kata...

No comments: