Alhamdulillah… Syukur pada Allah SWT.
Kursus Umrah baru sahaja selesai.
|4 SAHABAT|
Banyak perkara sempat diulangkaji walaupun sebenarnya kesemua rukun dan syarat wajib umrah itu sudah dipelajari semasa sekolah menengah dahulu. Namun, tetap tidak sama dengan yang sekarang ini. Tambah pula perasaan teruja untuk sampai ke rumah Allah SWT sudah tidak tertahan-tahan lagi...
“Kalian akan alami perasan yang sukar untuk diucapkan... Hanya airmata yang mengalir bercucuran...”. Al-Fadhil Imam Hj Siraj ketika beliau menceritakan pengalamannya semasa pertama kali menatap Baitullah.
|UCAPAN KETIKA MELIHAT KAABAH: ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!|
Subhanallah.. Ya Tuhan kami, berilah kami ruang menatap rumahMu.
Insya Allah... Di Madinah nanti, jemaah akan berpeluang menziarah maqam baginda Nabi SAW. Iaitu dialah Muhammad insan yang teragung dimuka bumi ini...
“Assalamualaika ya Rasulullah....”—Tak terbayang betapa syahdunya suasana ketika ini!
|SESIAPA YANG MENZIARAHI MAQAMKU (NABI), SAMALAH IA SEPERTI MENZIARAHI DAKU SEMASA HAYATKU|
Wahai kekasih Allah, aku datang menziarahimu.. Maka terimalah daku sebagai umatmu...
Kemudian banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang akan dikunjungi insya Allah. Perkuburan Baqi’, masjid Qiblatain, medan Uhud, Hudaibiyyah, parit Khandaq, dan sebagainya. Saya masih membaca sirah berkaitan dengan tempat-tempat yang telah disebutkan...
|JABAL RAHMAH|
Jabal Rahmah! Tersenyum bila mendengar nama tempat ini. Bukit dimana bertemunya Nabi Allah Adam AS dengan Saidatina Hawa. Kata ustaz, berdoalah di sini bagi sesiapa yang masih mencari jodoh... Benar atau tidak, saya pun tak pasti.
Akhir kalam, doakan kami semua... Moga selamat pergi dan selamat kembali. Doakan kami mendapat umrah yang Mabrur!
|ROMBONGAN GLOBAL OUTREACH MUSLIMIN|
Mari kita bertalbiah beramai-ramai:
Labbaikallahumma labbaik....
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Labbaikala syarikalakalabbaik...
HambaMu datang menyahut panggilanMu Engkau yang tiada sekutu bagiMu
Innalhamda wannikmata laka walmulk
Sungguh! Segala puji, nikmat, dan kuasa kepunyaanMu
Laa syariikalak...
Tiada sekutu bagiMu
3 comments:
salam,
moga urusan kalian utk kesana dipermudahkanNya..Amin..
p/s: tumpang gembira dgn pemergian kalian semua..
salam
wah~ dah nak berangkat masih sempat update blog ustaz, doakan ana pula yang dijemput Allah kesana.
waalaikumussalam...
>Kak Farah
syukran atas doanya...
>Ustzh Syahirah
Alhamdulillah. Smpt curi masa sdikit. Brkongsi ats mksud mgajak shbt2 lain utk ke sana juga...
Ameen. Insya Allah ana doakan....
"Faizza 'azamta, Fatawakkal 'alallah!"
Post a Comment