Tuesday, April 6

usrah

Kelong Ayah Man

Miss call…

Saya masih berbuka puasa dengan Abang Azly dan Wafi. Walaupun hari ini tak berpuasa tapi temankan sahabat berbuka itu semestinya.

Miss call lagi dari Ustaz! Saya terpaksa bergegas pergi...

Kelihatan ustaz setia menunggu di depan pagar rumah. Apa nak jadi ni? Naqib yang tunggu anak usrah! Saya bermonolog.

“Maaf ustaz. Ana temankan sahabat tadi berbuka”. Ustaz hanya senyum. Saya malu sendiri. Teringat bila anak usrah saya yang di kampus lambat, itu juga alasan yang diberi.

Ini muhasabah....

Sudah tiga minggu tidak ke kampung Ladang. Ada sahaja perkara yang menggamit ke tempat lain. Hal yang lebih aula. Alhamdulillah hari ini dapat juga berusrah sekali lagi di sana.

Usrah. Apa yang istimewa?

“Malam ni mu gi usrah tak?”

“Tak tahulah. Banyak assignment ni. Sok ade test lagi.”

“Habis... Mu gi tak?”

“Hmmm... Tak kot.”

Titik.

Usrah adalah keluarga. Berjumpa ‘mak’ dan ‘ayah’. Berdiskusi dengan ‘tok’ dan ‘opah’. Bersembang dengan ‘bang’ dan ‘kak’. Bercit-cat dengan ‘adik-adik’ yang ada. Apakah untuk itu pun kita tidak ada masa?

Masa tetap ada.

Tapi cinta?

Cinta kepada ahli ‘keluarga’. Itu yang tiada....

“Eh ustaz... Kita nak gi mana pula?”. Ujar saya setelah haluan kereta berubah dari yang sepatutnya. Jam sudah pukul 12.30 pagi.

“Ada jutawan nak jumpa.” Jawab ustaz pendek.

“Jutawan? Biar betul?”

Sehelai cek diserahkan oleh ‘jutawan’ itu. Masya Allah! Tertera di atasnya angka RM 32,100!

“Untuk kelong Pak Man. Yakinlah, rezeki Allah ada di mana sahaja...” Kata ustaz sambil menepuk bahu saya.

Alhamdulillah... Kelong ‘Ayah Man’ kami pastinya akan lebih meriah...

Inilah keluarga. Dan inilah sebenarnya usrah!

Usrah bukannya mesti kena "SKEMA".

No comments: