Tuesday, April 27

KCB: 7 hari lagi.


KETIKA CINTA BERTAKBIR|-->(Siri 1)

Tinggal 7 hari lagi untuk berlepas..

Petang tadi Pengarah program, Al-Fadhil Dr Ismail Musytari, merangkap Ketua rombongan Global Outreach kami ke Egypt dan Saudi Arabia menyampaikan satu berita yang cukup mengharukan...

Insya Allah rombongan kami akan bertemu dengan Syeikh Sudais. Insya Allah juga diberitakan kami akan sempat untuk mendengar kuliyyah beliau secara langsung di Masjidil Haram nanti. Alhamdulillah... Terlalu mengujakan!

Sudah lama saya mengkagumi Syeikh Sudais dan sahabatnya Syeikh Syurim. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi saya mendengar alunan bacaan mereka yang terlalu syahdu. Pengubat hati yang resah. Hati yang gersang pasti akan menjadi basah.. Apalagi bila bersemuka secara LIVE nanti.

Saya membayangkan betapa seronoknya solat berjemaah di belakang Syeikh yang cukup terkenal itu. Nikmat mendengar alunan bacaannya sambil muka dihadapkan secara langsung di depan Kaabah Allah SWT. Subhanallah... Saya tak boleh bayangkan kenikmatan tersebut.


Surah Al-Fatihah oleh Imam Syeikh Sudais.

Ya Allah... Pertemukanlah kami yaRabbi. Amin ya Allah..

Beberapa orang sahabat menemui saya dan rakan-rakan lain. Mengirimkan doa khusus untuk mereka di sana nanti.

Insya Allah... Akan kami sampaikan doa untuk kalian (Sediakan nota catitan bagi setiap doa Khusus yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat anda. Itulah pesan Ustaz Dr Ismail Musytari).

Ibu tercinta di kampung juga tidak ketinggalan. Ibulah yang mendoakan saya selama ini dan pastinya ibu jugalah manusia pertama yang saya akan doakan di sana nanti...

Beberapa hari yang tinggal ini, saya cuba melangsaikan segala kerja yang masih bersisa. Laporan RESEARCH untuk sem ini, keperluan untuk program IGCESH, persediaan untuk INATEX, program SENI, Sukaneka PASTI, dan pelbagai lagi tanggungjawab yang ada.

Walaupun begitu, syukur pada Allah kerana sempat juga saya menelaah barang sebentar Kitab Sirah RAHEEQUL MAKHTUM tulisan Syiekh Mubarak-Furi. Membangkitkan semula rasa cinta pada setiap jejak perjalanan kehidupan insan bernama Muhammad di dua kota suci itu!

7 hari lagi sebelum kaki berjejak di Arkanul Kinaanah, saya semakin tenggelam dalam hembusan angin Takbir Cinta.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!!


p/s-Saya bercadang untuk membawa laptop. Dengannya, bolehlah saya berkongsi setiap siri kembara kami di sana. Cuma, saya agak bimbang.. Takut ia sedikit sebanyak akan mengganggu FOKUS saya untuk beribadah sepuas hati.......

5 comments:

Pn Siti Fatimah Idris said...

subhanallah..selamat mengembara di tanah suci Makkah...doakan kami juga...:')at

aina said...

salam...masyaAllah..teringin nak pergi jugak, tapi mungkin Allah belum jemput lagi..doakan ana dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, cepat dapat kerja tetap yang baik2 huhu. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana :)

putaralam said...

salaam,doakan ana dpt isteri solehah dlm masa tdekat ni...oDeNzz

myikhwanfiideen said...

Ukhti Fatimah,
Insya Allah.... Moga kami dipermudahkan.

Ustzh Aina,
wkmslm wbkth. Ameen... Smbg trus pHD tu, dah abis nnt, insya Allah dpt la keje...

Putralam,
Nanti ana doakan enta di Jabal Rahmah! Sblm pegi, sms lg... Takut trlupa.

Anonymous said...

ya Allah...permudahkanlah segala urusan mereka kelak!
semoga segalanya selamt dalam segalanya...