Friday, April 2

Insya Allah


Assalamualaikum dan Sobaahal Khier.

Alhamdulillah… Pagi jumaat yang amat indah!

Kepala amat ringan dua tiga hari ini. Cuti panjang setelah hempas-pulas membuat persediaan untuk Seminar Evaluation 1. Alhamdulillah sekali lagi kerana markah pun dah keluar. Syukur sangat-sangat. Allah itu maha Esa dan maha Kuasa!

Thousand thanks to my beloved Supervisor, Dr. Yanuar.

Bila kerja dirasakan selesai, maka malas pun datang. Maklumlah masih bujang. Inilah masa yang sesuai untuk bermalas-malasan. Itu teori seorang sahabat. Betul atau tidak? terpulang...

Namun, ada baiknya tinggal beramai-ramai. Abang Azly saya busy menanda paper pelajar. Usop masih menunggu tarikh viva. Anis berdepan final exam. Syed dengan persediaannya. Dan Faiz dengan kerja RAnya. Maka saya? Saya tidak jadi bermalasan. Noktah.

Saya doakan semua sukses terutama kepada Usop. Sukses buatmu...

Hari ini datang meronda makmal. Kot-kot boleh tolong makcik cleaner buang sawang.

Pagi ini dapat sms lagi dari supervisor.

“Awak dah isi tak borang Monbukagakusho (Japan Govt.)?”

Tak tahu nak jawab apa. Tak isi pun. Bukan tak nak. Tapi, saya menunggu sesuatu. Ya, ada sesuatu yang ditunggu dan belum datang-datang lagi. Menunggu kata dari Tuhan!

Tambah 4 tahun lagi untuk pengajian ke negeri orang bukan kerja mudah. Nie Jihad syeikh... Jihad.. Masih teringat kata-kata Usop beberapa hari lepas. Saya tersenyum. Dalam hati mengaku. Memang jihad. Mampukah aku bersendirian?

Takpelah siapkan apa yang patut dulu.

Sebulan lagi kaki ini akan berjejak ke bumi Anbiya. Negeri Mesir, Makkah, dan Madinah. Hati merasa tidak sabar. Insya Allah saya akan singgah ke Taman Raudhah untuk mengalungkan sekuntum doa. Doakan saya untuk ke sana. Insya Allah saya akan doakan anda di sana! Ameen.

Selepas dari Evaluation 1 tempoh hari. Saya diajar sesuatu oleh salah seorang panel penilai. Katanya:

“Intensity better than many”.

Oh ya. Sebelum terlupa... Pagi ini pastikan solat dhuha dengan membaca surah Al-Kahfi. Bacalah... Di dalamnya ada satu ayat yang amat bermakna:

“Dan jangan sekali-kali kamu menyatakan sesuatu: “sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok pagi”. kecuali dengan menyebut: “Insya Allah.”—Surah Al-Kahfi: 23-24.

Moga kita tidak terlupa,,,, Insya Allah.

No comments: