Thursday, April 1

Thiqah


Awal pagi tadi terkejut bilamana Ibrahimovic dikeluarkan terlalu awal... Sedangkan dia telah meledak dua gol cantik mengatasi Arsenal di gelanggang lawan.

Kalaupun tujuannya ingin memberikan laluan kepada bekas penyerang Arsenal iaitu Henry bermain sebagai meraikan bonus komersial yang diistilahkan ‘Welcome back’, sepatutnya bukan Ibrahimovic yang dipaksa keluar. Tapi boleh jadi Keitha atau yang lain.

Hipotesis awal: Guardiola melakukan kesilapan taktikal.

Barcelona tampak goyang sehingga berlarutan dengan gol balas dari Walcott. Kemudian dalam keadaan serba tak kena itu, sekali lagi percaturan Guardiola amat memeranjatkan. Messi pemain yang diminati itu dikeluarkan dan digantikan dengan Milito yang tak dikenali dan tak diminati oleh siapa-siapa. Akhirnya, gol penyamaan Fabregas menyimpulkan hipotesis awal penonton bahawa Guardiola sebenarnya memang silap!

Titik.

Itu cerita bola. Bola yang hanya seronok ditonton 45 minit ke 90 minit.

Ada lagi cerita yang lebih kurang sama....

Ada orang terkejut dengan hasil mesyuarat Syura oleh pimpinan tertinggi Jemaah. Mereka memberi ulasan itu dan ini. Ini tersilap. Itu tak strategis. Dan pelbagai ulasan yang terlalu bijak sehingga akhirnya seolah tampak yang benar adalah pada tangan yang menulis dan bukannya pada pimpinan yang ahli pada tempatnya. Mengapa terlalu gopoh?

Pelik tapi benar.

Hakikatnya... Manakan sama orang yang duduk mengurus di gelanggang dengan manusia yang sekadar cuma menjadi penonton luar. Sudahlah berada jauh diluar, tambah pula hanya bersumberkan layar perak yang cuma selebar 12 inci. Percayalah kalau mereka ini ‘ditakdirkan’ untuk duduk di tempat pimpinan tadi, nescaya itulah juga keputusan yang akan dibuat!

Itu sebab perlunya tarbiyyah Thiqah (kepercayaan). Thiqah kepada keputusan bukan kerana pilihan itu diminati atau disukai. Tapi kerana yang memutuskan dipercayai dan diyakini.

Kalau keputusan dari orang seperti Guardiola kita sanggup terima, inikan pula dari pimpinan Jemaah....

7 comments:

taztar said...

hebat...memang hebat amsal yg enta bagi dol...tak terjangkau dek akal yg kecik ni...gourdiola termakan pujuk rayu assistant nya tu?!!!!

myikhwanfiideen said...

Salam....

Meminjam amsal dari ust bhs Arab kt skolah dlu..

Amsal diskalikn ngn geram sbb team ksygn skdr seri je smlm. Spatutnya boleh kalahkn arsenal.

apapun Chelsea xde dlm list.

p/s-Jgn slhkn Guardiola. 'Ijtihad' die x semestinya btol kan?

taztar said...

mengapa, kenapa dan why nama CHELSEA dibabitkan secara tiba2 dalam komen amsal enta ni dol????mana aci main provok2 ditempat umum sebegini...lom dapat cuti blajar lagi coz ana tak tau yg tutor kena ambik test IELTS! namun masih belom terlambat lagi ni...UTM here I come! go go Hiccup.. moga post akan datang enta akan ulas citer "How to Train Your Dragon" pulak..try la ajak usop g tgk kat MBO Giant tu.

LegendZ said...

daku juga kecewa dgn 'belum menangnya' manchester ke atas bayern..tiada amsal yg dpt ku berikan..duduk terdiam mengharapkn sinar kembali di gelanggang sendiri akan datang..huhu

myikhwanfiideen said...

Tuan Aizat...

Sinar yg dtunggu takkan dtg melainkan engkau menyinsing tangan turun ke gelanggang...

Rooney sudah cedera. Siapa lg pejuang MU?

hamba yg kurg ilmu said...

salam..emm..nak tnye ckit ni,..jemaah pa ka yg di mksdkan itu?..adakah jemaah Islam Malaysia?..skdr ingin tahu..maaf jika prtanyaan ini melmpaui bts prtnyaan..=)

myikhwanfiideen said...

Waalaikumussalam warahmatullah....

Jemaah Parti ISlam SeMalaysia (PAS).