Saturday, April 17

Pakcik, nak baby tak??


Sudah tidak ada lagikah jalan?

Sekujur tubuh kerdil yang masih merah dihurung semut.

Jelas sudah hilang tangisnya bersama embun subuh yang menjadi selimut. Kaku tidak bernafas. Kerana ditinggalkan oleh tangan yang tiada erti perimanusia.

Apakah terlalu murah nyawa yang ada pada tubuh kerdil ini? Sehingga tiada lagi sedetik pun rasa belas kasihan dalam hati?

Ia diciptakan sesuci sunnatullah kejadian Tuhan. Alangkah sedihnya, tubuh kerdil ini juga yang disalahkan oleh tangan terkutuk yang membuat maksiat. Lantas, Allah mematikan ia semula setelah hanya menghirup 3 sedut nafas di dunia.

Kalaulah bayi 3 saat itu boleh berbicara.....

“Layakkah engkau bergelar ibuku?”

RINGAN-RINGAN PUNYA PASAL

“You ni lawaklah... Hikhikhik” Kata gadis itu kepada boyfriendnya. Mengilai seperti pontianak.

“Wah.. Kiutnya bila you ketawa.” Balas lelaki ‘3 suku’ tadi sambil cuba-cuba menyentuh daerah sulit pada tubuh gadis ‘malang’ itu.

Pasangan yang sudah mabuk kepayang! Sekalipun berderet mata yang menjeling, mereka sudah tidak peduli lagi. Tiada apa-apa kerana sekarang dunia ini kami yang punya!

Kalaulah di tempat awam seperti itu sudah ada adegan yang lain macam..... Hmm bayangkan, dengan manusia yang boleh dilihat oleh mata kepala itupun tiada malunya, inikan pula dengan Allah yang hanya boleh nampak dengan mata hati!

Bila malu sudah dilondehkan, tinggallah maruah tanpa pakaian.

Sedikit demi sedikit. Seinci demi seinci. Akhirnya, Apa yang dinginkan oleh iblis dan syaitan pun terlaksana...

Iblis ketawa kerana menang.

Lelaki senyum kerana puas.

Perempuan menangis kerana sesal.

Tapi sayangnya, sesal tadi cuma sementara saja!

SEKALI MANA CUKUP

Manusia yang dipandu iman, sedar yang sesaat, akan menemukannya pada jalan keampunan dan taubat dari yang maha Kuasa.

Tapi...

Manusia yang dipandu nafsu, leka yang sebentar, akan menjahanamkannya untuk melakukan maksiat hasil ilham iblis laknatullah.

Bermula dari ringan-ringan. Kemudian kepada yang berat. Kemudian berat-berat. Dan... Akhirnya gian!

Manusia bila sudah gian, sekali mana cukup. Astaghfirullah!

Ilham terus datang. Idea kreatif untuk ‘bijak’ melakukan onar. Menyembunyikan maksiat di balik wajah manis. Hinggakan ibu-bapa di rumah tak sedar yang perut anak gadisnya sudah besar 3 bulan!

Itupun... Si anak masih lagi terus dengan aktiviti ‘sekali mana cukup’nya.

AKHIRNYA PECAH TEMBELANG

Ibu yang baik ialah ibu yang memerhati gerak geri dan tingkah laku anaknya.

Ayah yang waras ialah ayah yang merasa tanggungjawab mengawal aktiviti anaknya.

Kata orang, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Prihatin seorang ibu boleh mengenal perubahan anak gadisnya. Lambat laun, perasan juga yang perut anaknya sudah membusung 4 bulan!

Air mata seorang ibu takkan dapat ditahan. Bagaikan air bah turun mencurah-curah. Tergamak sekali engkau lakukan seperti ini wahai anak gadisku?

Ayah pula jarang yang boleh bersabar. Tangan terlalu laju menghayunkan lempang. Bertuah punya anak!

Mana mungkin tembelang pecah bertaut semula... Lambat laun bau busuknya akan meriuhkan satu kampung.

Ibu, ayah...

Bila terantuk baru tengadah.

Mengapa menunggu tembelang pecah barulah nak bertindak?

TAK NAK RIUH SEKAMPUNG

Kerana tidak mahu dicop anak penconteng arang, dek ayah ibu tidak mahu riuh sekampung...

Maka. tubuh kerdil dibiar kesejukan di sana sini. Lalat menghurung, semut api bertandang. Menjadi saksi akan tubuh yang masih melekat uri. Tambah mengharukan, tertampal satu nota kecil, “Pakcik, nak baby tak? Tolong jaga ye. Saya jahil”.

Ah! Sudah tidak ada lagikah jalan?

Bayi dibuang lagi!

Bayi dalam tong sampah!

Bayi mati dalam singki!!

Riuh satu kampung juga. Satu negeri. Bahkan satu negara.

Sejarah berulang lagi kata pak menteri. Kita masyarakat prihatin tidak sanggup melihat bayi seperti ini dibuang lagi, tegasnya.

Ops! Bukan macam tu sebenarnya.

Kita masyarakat beriman tidak mahu setiap perbuatan yang mendekati zina dilakukan lagi!

Yang ini barulah benar. Tidak mahu ada lalang di sawah? Jangan sekadar cantas pucuknya, pastikan cabut sekali akarnya.......

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembailkan kepada kami (untuk menerima balasan).”—Al-Ankabut 57.

5 comments:

ct said...

hukuman ke ats ibu yg buang baby pun tak setimpal..sepatutnya kalau dh mnyebabkan kematian sbb buang baby..ibu tu jugak patut d hukum mati...sampai bila2 laah takkan selesai masalah manusia kalo penyelesaiannya bukn dr Allah,tap dr manusia sendiri..kadang2 nk menagis tgk baby comel2 ni d buang kejam

Anonymous said...

salam ct, kalau menurut s 318 kanun kesiksaan, kalau buang anak dgn niat ingin menyembunyikan kelahiran hukumnnya hanya penjara 2 thn @ denda @ kedua2nya skali.hukmn ni boleh dikenakn ke atas ibu dan ayah bayi begitu juga s 318, dedahkn n buang kanak2 bwh 12thn termasuk bayi br lahir berat skit.7 thn pnjara @ denda yg blh jd kesalhn s 300(bunuh) n 299(culpable homicide)myybbkn mati.tp bg saya, hukum tinggi mcm mn pon, mcm tak mkn. tgk je la hukum bunuh d hukum mati, tp ada lg yg mmbunuh, begitu jg dgn ragut.. mkin mnjadi2. bg saya baik bg through hukmn menurut Islam.. lg bagus wat double, zina+mmbunuh.

Siti Hapizah Binti Hj Soud said...

sungguh saya tidak punya kekuatan untuk melihat fenomena ini berlaku, a picture of this child, very poor he was! manusia terlalu kejam,bahkan lebih teruk dari haiwan for acting such this dump action!

Mutiara Bernilai said...

Astarghfirullah..

Astarghfirullah..

Astarghfirullah..

ini adalah masalah dedahan buruk yang berpunca dari akar akidah yang rapuh..

Sesungguhnya ummah sedang menantikan jalan penyelesaian, hakikatnye solusi itu telah termaktub dalam Quran dan sunnah..

myikhwanfiideen said...

Salam'alyk..

>Cik ct

Trima kasih atas komentar.

Stuju dgn pndgn, hnylah Hukum Allah penyelesai mutlak. Konsep: Nakaalamminallah. Ini wajib diimani oleh stp muslim.

>Anonymous

Trima kasih info prundangan..

>Hapizah

Bila mata sudah buta. Hati takut pd manusia bkn pdNya... Jalan itu jugalah yg dipilih.

Zina-->Bunuh

>Cik Mutiara

Akidah tanpa lindungan Syariat.

Pasakkan Akidah, tegakkan Syariat, insya Allah barulah akan terbit buah Akhlak.