|PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)| Menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.
Arak kata orang Melayu.
Khamr kata orang Arab.
Beer kata orang Putih.
Minuman keras kata orang-orang media.
Montaku kata orang Dusun….
Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan menenung nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.”—Al-Maidah: 90
Dan itulah kata Allah SWT!
Samada ia terkandung dalam Hudud ataupun Ta’zir, yang pasti dosa tetap dosa.
Dan dosa, siapa yang mampu ‘ampunkan’ dosa?
Dialah sahaja SATU-SATUNYA..... Iaitu ALLAH SWT!
No comments:
Post a Comment