Subhaanallah!!
Berjalan-jalan di alam maya... Saya terjumpa gambar ini. Masya Allah....
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya seorang Ibu dan Ayah yang punya anak seperti ini.
Semalam sempat hadir ke Forum Akhlak Remaja oleh Al-fadhil Ustaz Dr Ismail Musytari dan Al-fadhil Ustaz Dr Azhar Muhammad. Membicarakan tentang kebejatan akhlak remaja kini. Implikasi, dan peranan Ibu-Bapa.
Banyak yang didiskusikan...
Salah satu point yang saya masih ingat, pendidikan Akidah. Itulah juga pesan Mahaguru Tarbiyyah anak-anak Muslim iaitu As-Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan. Sudah baca buku beliau? Kalau belum, cepat-cepatlah untuk dapatkannya...
Kita bukan sekadar nak anak yang kiut, comel, montel dan sebagainya... Tapi, apa yang terpenting ialah anak yang punya AKHLAK serta ADAB yang Islami. Inilah yang disebutkan dalam doa harian, “Qurrata A’yun”. Si Penyejuk Mata!
Ada orang bertanggapan, “Saya belum jadi ibu dan saya belum jadi bapa.. Apa hal nak bicara soal anak pula?”.
Silap sebenarnya... Kerana proses tarbiyyah untuk medapatkan anak yang soleh ataupun solehah adalah mesti bermula sekarang. Mendidik diri sebelum orang lain. Dalam erti kata, Nak anak yang Soleh, kita perlu jadi Soleh terlebih dahulu... Itulah Tarbiyyah Islami yang hakiki.
Saya teringat pesan Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihyanya..
Akhlak ialah hiasan perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak. Maknanya, akhlak bukanlah lakonan. Akhlak juga bukannya skema yang punya musim. Tapi, akhlak adalah pakaian yang memancarkan peribadi seorang Muslim dalam setiap masa dan detik kehidupan.
Mudah-mudahan kita semua dikurniakan permata seperti ini.
Berdoalah.. Ameen...
No comments:
Post a Comment