“Ha! Tau takpe.. Ingat enta sorang jer ker yang banyak kerja…? Ana pun bertimbun lagi kerja nak buat.. Takde masa nak layan enta.. Cubalah independent sket..”
Telinga saya tertangkap perbualan ini.. Walaupun bukan ditujukan kepada saya tetapi terasa degupan jantung saya terhenti buat seketika.. Sungguh bisa kata-kata ini.. Sungguh tidak bertimbang rasa ucapan ini..
“Buat penggerak kelab KRU KK.. Janganlah bikin malu kawasan kami.. Lain-kali jangan sombong sangat.. Dahlah ambik hasil kami tanpa kebenaran!”
“Buat kerja tue.. Buat betul-betul.. Jangan macam orang tidur jer.. Takde guna jadi ahli yang berjuang..”
Mata saya tertangkap kalimah ini dalam cbox blogspot.. Aah.. Mengapa ucapan sebegini yang dilemparkan.. Sudah habis ke kalimah thoyyibah di dunia ini yang boleh digunakan untuk menegur.. Hati saya membentak!
Paling teruk..
“Ana nak, baik enta sebagai pimpinan koyakkan jer kertas laporan tue.. Buang masa kami jer dengar pembentangan enta..Bukan ini yang kami nak.. Kami nak.. Bla-bla-bla.... “
Dan.. Macam-macam lagi.. Entahlah.. Mungkin budaya tembak-menembak nie sudah menjadi tradisi pilihan singkat untuk menyatakan pandangan..
Bosan dan pedih!
Hati saya terluka.. Pedih tak terkata.. Lalu kitab Sirah Shiekh Mubarakfuri, Raheequl makhtum menjadi teman di kala berduka lara.. Teringat cinta dua orang insan yang tercatat utuh dalam kitab ini.. Kisah Abu-Bakar serta Rasulullah tika berlindung di Gua Thur, cukup mencemburukan saya.. Perasaan rindu untuk bertemu dengan sahabat seperti ini cukup menyeksakan.. Alhamdulillah, Allah tidak menhampakan permohonan hambanya..
Cuma.. Kalaulah semua boleh berkongsi pengharapan yang sama.. Alangkah indahnya suatu perbincangan. Malah, ukhuwwah yang dimeterai pasti lebih indah dari sangkaan.. Tapi, begitulah sunnahtullah.. Segalanya sudah ditakdirkan..
“Erm.. Mungkin enta nie jenis yang senang terasa kot.. Itulah, manja sangat.. Biasalah tue.. Kita kena terima setiap teguran..”
Seorang sahabat cuba mententeramkan jiwa saya tatkala nestapa.. Betul.. Memang betul kata-katanya.. Setiap teguran mesti diterima.. Saya cukup bersetuju.. Sedangkan Nabi menerima teguran dari Allah tatkala berlaku peristiwa yang dirakamkan dalam Surah ‘Abasa. Sekali-kali tidak! Peristiwa itu tidakkan dilupakan..
Cuma..
Mengapa teguran itu tidak boleh menggunakan bahasa yang lembut tanpa menjejaskan maksud asalnya..? Mengapa perlu disertakan dengan unsur provokasi dan hentaman sentimental yang kurang nilai adab dan akhlaknya..? Bukankah memelihara ukhuwwah itu juga tuntutan WAJIB dalam berorganisasi? Tambah pula kita berada dalam satu bahtera pelayaran menuju matlamat yang sama..
Dalam sungguh penghayatan dan kefahaman As-Syahid Guru kita Al-Banna menegenai apakah dia ukhuwwah yang sebenar.. Sehingga beliau meletakkan ukhuwwah sebagai rukun di dalam Arkaanul Baiah!
“Aku maksudkan dengan ukhuwwah ialah; “Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah ikatan paling kuat dan berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi Iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialahkekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang...”—Risalah Ta’alim
Saya tersentuh membaca bait-bait kata dari As-Syahid Al-Banna ini.. Betapa beliau sangat teliti bila membicarakan persoalan ukhuwwah agar ia bukannya retorik semata-mata. Lihat sajalah bagaimana beliau mendahulukan bab Ukhuwwah dan kesatuan tatkala peristiwa perbalahan mengenai bilangan solat tarawih yang perlu di laksanakan.. Inilah maqasid sebenar suatu ucapan yang biasa kita dengar tetapi jarang kita teliti dan hargai iaitu BERUKHUWWAH!
“Tidak shiekh.. Demi Organisasi, kami tegur direct je.. Ini untuk kepentingan Organisasi juga.. Apa yang terasa tak betul, kami hentam jer.. So, harap semua boleh terima. Ok!”
Ini juga suatu kata-kata liar yang tak berasas.. Hanya menggunakan paksi nafsu dan akal yang terbatas untuk melontarkan kalam.. Hati saya bak empangan Bakun untuk melontarkan pertanyaan balas.. Jadi, berapa orang sudah yang jadi baik lepas enta tegur macam tue?? Nasib pertimbangan kesabaran saya dapat menampan empangan Bakun tadi. Astaghfirullah.. Itulah ucapan balas yang terpacul.
Belajarlah dari Abu Bakar dan Umar...
Kedua sahabat nabi ini mempunyai sifat yang sangat berbeza antara keduanya.. Ingatlah ketika kedunya ditegur oleh Allah dalam suatu peristiwa mereka berbahas mengenai usul cadangan ketua bagi Bani Tamiim. Bukankah kisah agung itu sering kita tadabbur dalam Surah Al-Hujurat. Walaupun, Umar mempunyai pandangan yang bersifat new idealisme tetapi beliau juga wajar menghormati pandangan Saidina Abu Bakar yang sedia kita ketahui kematangan dan penglibatan awalnya dalam siri dakwah Nabi SAW.
Begitu juga buat para adik-adik junior...
Tidak salah anda melontarkan pandangan serta cadangan bernas yang baru tetapi janganlah sampai kaedah anda itu menggores perasaan abang/akak ataupun sahabat-sahabat lain.
Buat abang-akak senior pula...
Tidak salah anda menegur kami tetapi biarlah teguran itu bertujuan untuk MEMBINA dan bukannya MELEBUR..
Buat sahabat-sahabat lain..
Tidak salah kita saling bercakaran demi untuk orhanisasi.. Tetapi pastikan cakaran anda tadi bukan akhirnya MELUKAI dan mungkin hanya untuk MENGURUTI mana-mana yang terlalai..
Ayuh! Binalah tradisi baru
Bukanlah tujuan utama saya berkongsi perkara ini atas sebab mahu menghentikan elemen tehur-menegur dalam Organisai.. Sekali lagi Tidak! Anda tersalah tanggapan jika berfikiran begitu.. Cuma apa yang saya nak bawa ialah pembaharuan KAEDAH yang diguna pakai dalam proses menegur itu tadi!
Sudah ramai yang ku lihat kecundang,
Dek kata-kata dari seorang teman seperjuanagan,
Kata-kata tanpa tali kekang,
Akhirnya sahabat sepi berpanjangan.
Oleh itu marilah kita bersama merenung buku yang ditulis oleh Abu ‘Ashim Hasyim Bin Abdul Qadir ‘Uqdah iaitu VIRUS-VIRUS UkHUWWAH.. Sejauh manakah perjanjian UKHUWWAH itu dilandaskan atas keikhlasan dan persaan ithar kepada teman. Apatah lagi ia merupakan teman yang membantu kita dalam perjuangan yang penuh onak duri ini. Ya.. Mungkin hari ini di belum bisa menyumbang serta memberi seperti apa yang kita pinta atau sepatutnya.. Tetapi, yakinlah bahawa dia pasti akan maju setapak lagi jika diberikan peluang dan dorongan.. Insya Allah! Moga perkongsian ini ada manfaatnya bersama kearah menjaga nilai sebuah persahabatan!
No comments:
Post a Comment