Friday, August 8

Tarbiyyah.. Baina AL-FAHMU wa AL-TAQLID

"Inilah tarbiyyah yang kita terima dari Abang-abang Senior dahulu.. Mereka adalah orang yang paham akan perjalanan sistem pentarbiyahan ini.. Maka, apa yang dibuat ini adalah hasil kajian yang kita nampak akan hasilnya terhadap senior-senior dulu.. Mereka mantap, hebat, serta berkomitmen..."

Ya.. setiap percaturan serta susunan yang di buat adalah bersumberkan kajian dan dalil.. Bukan tindakan sesuka hati.. Jadi, kesimpulannya apa yang kita nak hasilkan ialah ahli-ahli yang mantap serta boleh berdikari dalam menggerakan Organisasi ini.. Mereka juga akan menjadi orang yang tabah serta tahan Ujian!.... dan..."

Alhamdulillah.. Saya cukup gembira dengan rakan-rakan seperjuangan yang menekankan soal pentarbiyyahan serta pembentukan Rijal-Rijal Agama.. Mereka ini saya umpamakan bagai Sang Guru yang tidak mengenal penat lelah serta sanggup menegenepikan kepentingan diri semata-mata atas tujuan membentuk serta melatih adik-adik bagi mengenal akan erti perjuangan/mujahadah sebenar dalam kehidupan seharian..

Tarbiyyah dan Mujahadah...Perkataan tarbiyyah adalah satu kalimah yang tidak boleh dipisahkan dari mana-mana organisasi.. Bahkan, jika kalimah ini dihapuskan dari nya maka kita akan bakal menyaksikan organisasi itu akan lumpuh serta tidak bermakna.. Itulah hakikat kepentingannya..

Hakikat inilah yang menjadikan rakan-rakan dalam organisasi serta mana-mana mereka yang menyeru di atas landasan dakwah akan mementingkan serta mendahulukan persoalan tarbiyyah sebelum melangkah kaki ke alam mujahadah.. Malah, walaupun kita berada pada paksi mujahadah persoalan tarbiyyah ini tidak dihentikan begitu sahaja..

"Tegakkanlah Islam pada dirimu, nescaya kamu melihat Islam pasti tertegak"

Kalam ini mungkin selalu kita dengar.. Sebenarnya inilah jua matlamat utama pentarbiyyahan serta pembentukan insan yang bakal bergelar sebagai seorang Daie agamaNya.. Seruan serta program yang berunsurkan tarbiyyah ini hanyalah semata-mata merupakan usaha bagi menghasilkan produk yang berkualiti sebagai langkah-langkah terawal bagi melakukan perubahan di tengah-tengah masyarakat..

Kalau kita melihat rentetan Sirah Nabawiyyah khususnya ketika period Makkah, bagaimana selama 13 tahun fasa Dakwah Nabi adalah menjurus kepada tumpuan kepada pembinaan generasi awal Mukmin yang mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dalam segala aspek iman, akidah, akhlak, dan lain-lain.

Maka, kesimpulannya pentarbiyyahan adalah suatu program yang mesti dijalankan sebelum proses membawa seseorang insan untuk terjun ke dunia dakwah serta medan mujahadah bagi memepersiapkan mereka dengan kekentalan jiwa dan mentaliti bagi menghadapi lapangan juang yang sebenar.

Baina AL-FAHMU wa AL-TAQLID...Saudara,

Kefahaman kepada matlamat pentarbiyyahan tadi adalah mesti jelas kepada kita semua khususnya bagi mereka yang diberikan amanah tentangnya.. AL-FAHMU atau kefahaman yang mendalam akan menjana tenaga luar biasa kepada kita untuk menggerakkan program yang berkaitan mengenainya serta usaha implimentasi sistem yang sedia ada..

Tetapi, bagi saya apa yang paling penting dalam Al-Fahmu terhadap tarbiyyah itu sendiri adalah keupayaan yang tercetus bagi meneladani sistem pentarbiyyahan sedia ada sehingga ia mampu meneroka idea-idea serta alternatif-alternatif baru ke arah mencapai matlamat pentarbiyyahan yang amat penting itu tadi..

Kesempurnaan hakiki dalam proses mentarbiyyah adalah kemampuan untuk kita untuk mencapai matlamat pentarbiyyahan dan bukannya kesempurnaan tadi diukur dengan sejauh mana kita mampu mengaplikasikan sistem tarbiyyah yang sedia ada.. Cumanya, sistem itu adalah pemudah cara ataupun kita panggil sebagai salah satu jalan untuk mencapai matlamat pentarbiyyahan.

Nah! jika kita berfikiran begini maka sudah pasti kita mampu memperincikan sistem yang sedia ada serta mampu mengimbang-tarakan dengan situasi baru serta sasaran yang berbilang back-groubd serta identiti. Sebagaimana ciri thabit wa murunnah dalam Dinul Islam itu sendiri, maka proses tarbiyyah turut tidak terlepas dari ciri flexibility iaitu DINAMIK dan bukannya STATIK.

Saya bukannya Anti-Sistem..Berkali-kali saya menegaskan hal yang sama selepas meluahkan beberapa pandangan yang dilihat agak picisan dalam persoalan tarbiyyah.. Dan saya juga tidak bertujuan membelakangkan pandangan serta pendapat mereka-mereka yang terdahulu kerana merekalah Guru sehingga kita semua faham akan perjuangan.

Cumanya saya berpegang kepada suatu prinsip, kerana kita di ajar untuk menyampaikan sesuatu walaupun ia amat pahit untuk ditelan.. Oleh itu, apapun jalan pentarbiyyahan yang kita pilih adalah pastinya bertujuan untuk membina insan agar produk itu tadi sesuai dengan tuntutan pasaran semasa dunia dakwah serta lapangan medan perjuangan yang sudah pasti berhadapan dengan segala macam mehnah dan tribulasi.

Dan.. Saya amat yakin akan perkara itu! Cumanya amat malang apabila kita kadang-kadang meninggalkan aspek situasi serta tuntutan semasa dalam menegaskan pelaksanaan suatu sistem! Kadang-kadang kita tidak mampu melafazkan matlamat serta tujuan sesuatu part dalam sistem itu sendiri lantaran ianya memang agak asing dengan suasana serta tuntutan semasa! Nah.. Bukankah ini suatu hal yang membimbangkan kita semua.. Malah, amat menyedihkan jika ilmu ini diperturunkan kepada pelapis bagaikan ia ilmu warisan yang tidak lain dan tidak bukan menghasilkan peneraju baru yang berTAQLID dalam berfatwa..

Saudara...

Persoalan bermujahadah dalam dunia dakwah serta cabaran yang menunggu sang Daie memang suatu perkara yang tiada sesiapa pun yang menyangkalnya.. Tetapi, adakah kita pernah mengkaji sejauh mana cabaran 10 tahun dahulu dengan cabaran masa kini..? Sejauh mana keperluan Daie 10 tahun dahulu dengan tuntutan pada diri Daie masa kini? Sebabnya, jika kita bercerita kisah sang kancil dengan buaya kepada budak dahulu dengan sekarang, sudah pasti kita akan mendapat dua jawapan yang saling berlawanan.. Ini kerana orang sekarang berfikir dan berubah sebanyak 360 darjah!

Begitu juga persoalan tarbiyyah..

Kita mungkin ada produk yang sanggup di pukul lantaran berdakwah tetapi kecundang dengan selimut ketika subuh dipagi hari..
Kita mungkin ada produk yang sanggup berhadapan dengan FRU tetapi kecundang serta berlinangan airmata ketika berhadapan dengan cerita korea..

Kita mungkin ada produk yang petah berbicara umum tetapi terkial-kial membaca ayat-ayat suci Al-Quran..

Maka disitulah pentingnya usul saya yang menjurus kepada penelitian semula serta pengkajian sistem pentarbiyyahan ke arah menyesuaikan produk kepada demand semasa serta demand tambahan bagi pasaran dakwah... Mudahan-mudahan Al-FAHMU sebenar dapat direalisasikan!
Wallahu a'lam.

No comments: