Wednesday, September 2

Misteri "?" manusia.

Misteri "?" akan lahir bilamana manusia memerhati alam dengan indera-panca.

Pernah tak kita tertanya-tanya.. Kenapa aku dilahirkan..? Kenapa aku wujud di alam yang fana ini..? Jika betullah dunia ini akan binasa, apa pentingnya manusia duduk di sini..? Kenapa dan mengapa..

Kalaupun kita boleh menjawab soalan ‘kenapa’ dan ‘mengapa’.. Tentu soalan selepas itu lebih rumit dan mencabar! Soalan ‘Bagaimana’.. Iya,, jika alam ini ada pentingnya kepada setiap hidupan yang melata.. Khasnya kepada manusia yang mampu membina tamadun.. So, bagaimana nak hidup?? Apa peraturan yang perlu dipakai..? Apa kewajiban dan tanggungjawab yang perlu dilaksana sesuai dengan taraf manusia sebagai makhluk yang termulia?

Seterusnya... Soalan selepas ‘bagaimana’ ini laagilah mustahil untuk dijawab oleh akal.. Akal tidak mampu menjawab diluar kemampuannya.. Persoalan ghaib.. ‘Apa yang akan berlaku selepas ini..?’ Selepas alam fana ini musnah berkecai.. Setelah usianya sudah menepati tarikh kemusnahan yang dijanjikan..

Alhamdulillah...

Sebenarnya kita sepatutnya meletakkan kesyukuran.. Lahir-lahir sahaja, soalan-soalan agung yang menentukan ciri dan rentak hidup kita itu sudah dijawab.. Allah dengan sifat kasih dan sayangNya telah menurunkan wahyu kepada para Rasul untuk memberi jawaban kepada misteri “RASA INGIN TAHU” manusia itu.. Sifat fitrah semulajadi yang memang sedia maujud dalam kalbu hati manusia!

Allah sedia tahu bahawa manusia punya persoalan seperti ini.. Dan Allah juga tahu bahawa manusia tidak akan ada kesanggupan untuk menjawabnya jika tiada pertolongan dari Allah.. Pencarian yang tidak akan ketemu sebarang jawaban.. Ini bukan jawaban yang boleh ditemui secara langsung dalam kebuk wasap makmal sekolah!

Ketika malam telah menjadi gelap, dia (ibrahim) melihat bintang lalu dia berkata, “Inilah Tuhanku. Maka ketika bintang itu lenyap dia berkata, “Aku tidak suka kepada yang terbenam”.

Lalu ketika dia melihat bulan terbit dia berkata, “Inilah Tuhanku”. Tetapi ketika bulan itu terbenam dia berkata, “Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.

Kemudian, ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata, “Inilah Tuhanku, ini lebih besar!”. Tetapi setelah matahari terbenam, dia berkata, “Wahai kaumku! Aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.”—[Al-An’am: 76-78]

Hati bertanya.. Wahyu menjawab!

Jika kita lihat kisah Nabi Ibrahim AS ini, ada beberapa point yang kita boleh lihat secara maknawi.. Iaitu misteri “RASA INGIN TAHU” manusia adalah terbahagi kepada beberapa peringkat;

Peringkat pertama..

Nabi Ibrahim, sebagaimana fitrahnya manusia yang dikurniakan “RASA INGIN TAHU” menanggapi bahawa bintang itu adalah Tuhannya. Tapi apabila bintang telah lenyap di langit malam, maka logika akal telah memberikan jawaban. Apakah Tuhan itu boleh lenyap? Layakkah dianggap “benda” seperti itu sebagai Tuhan?

Sebenarnya di sini Allah swt cuba mengajar kita akan kaedah untuk berdepan dengan ahli Sains dan Falsafah yang tidak mahu mengakui kewujudan Tuhan.. Kita mesti mengemukakan hujah yang berlandaskan fenomena biologi dan fizik yang turut bersandarkan logika akal. Itulah kaedah TERBAIK untuk mendekatkan mereka kepada Tauhid yang sahih!

Peringkat kedua..

Manusia di peringkat kedua ini tergolong dari ‘ahli agama’ yang sesat.. Mereka mengakui kewujudan Tuhan tetapi sayangnya mereka mengabdi kepada selain Allah.. Mereka mengakui kenabian dan kerasulan, tetapi mereka mengagungkan Rasul sehingga mengangkatnya sebagai Tuhan. Lantas, mereka itu menjadi sesat lagi menyesatkan!

Berdepan dengan mereka perlulah menggunakan wahyu sebagai petunjuk yang jelas.. Quran yang memperbetul semula segala pembohongan yang diada-adakan dalam kitab Taurat dan Injil.. Sehinggalah mereka itu kematian hujah dan mengakui bahawa hanyasanya wahyu Quran sahajalah yang satu-satunya BENAR.

Peringkat ketiga..

Manusia yang bertanya pada peringkat ini ialah manusia yang sememangnya sedia beriman di sisi Allah.. Tapi, megapa mereka masih bertanya?? Kenapa?

Pertanyaan mereka bukanlah tercetus atas ketidak-yakinan kepada Ilahi.. Tetapi pertanyaan mereka itu adalah berpunca dari perasaan untuk ingin lebih dekat di sisi Allah swt. Pertanyaan yang akhirnya akan meningkatkan keimanan dan membersihkan diri dari segala rasa syak wasangka dan ragu-ragu. Proses pendakian dari thabaqat BERIMAN ke puncak BERTAKWA..

Tuntas, sepatutnya kita tergolong dalam manusia yang duduk di peringkat ketiga ini!

Ghairah bertanya yang semakin terkikis..

Pernah tengok bayi tak?

Bila bayi keluar dari rahim ibunya... Apa yang bayi buat dulu? Kenyit mata? Saya rasa kalau bayi itu berkenyit mata nescaya satu dunia akan gempar.. Bayi ajaib di Malaysia.. “Berkenyit mata sejurus lepas lahir!”

Umum mengetahui bila bayi keluar dari rahim ibunya, bayi itu akan menangis sekuat-kuat hati.. Kenapa? Jawaban peribadi saya ialah sebab bayi itu merasa PELIK dan tersangat AJAIB.. Sehingga ia merasa TAKUT lantas menangis..

Betapa sangat ajaib dan sungguh pelik muka doktor dan nurse yang menyambut kelahirannya.. Betapa sungguh pelik dan ajaib serta menakutkan sekali wajah ibu yang mengandungnya.. Dan amat menghairankan sekali wajah ayah yang mengazankannya.. Semuanya pelik dan semuanya ajaib dan semuanya menakutkan!

Perhatikan bila bayi itu mula bercakap..

Kalau bayi terjumpa dengan kucing misalnya.. Dia akan melonjak-lonjak dari kereta sorongnya serta mengacu-acu tangan sambil berkata..”meow meow”.. Kita yang dah besar nie, sampaikan naik rimas nak layan si baby tadi.. “Iyalah.. meow lah tu.. Ok, dah.. Duduk diam-diam.”. Kita tak hairan pun melihat kucing itu sebab kita dah melihatnya berjuta kali sebelum ini!

Tetapi ironinya, apabila bayi tadi meningkat dewasa dan kucing yang ajaib serta pelik sebelum ini dah dilihat beratus-ratus kali.. Maka kekaguman mereka terhadap sesuatu perkara semakin hari semakin menyusut.. Kucing yang sangat mengkagumkan itu sudah amat biasa dan familiar kepadanya.. Tidak lagi terlonjak-lonjak sepertimana ketika di alam bayi.

Bukti sifat “INGIN TAHU” manusia semakin terkikis tanpa disedari.

Misteri “?” yang patut diteroka.

"Apakah saban hari kita menemui suatu perkara yang mengkagumkan dalam agama kita yang tercinta dan seterusnya kita bisa jadikan ia sebagai modal untuk berdakwah? Kalaupun tidak,, cukup untuk menghargainya!

Apakah saban hari kita sudah meneroka dan menjawab setiap persoalan yang tercetus sehingga iman kita semakin bertambah-tambah? Seperti golongan peringkat ketiga yang kita ulas tadi..

Atau.. Kita seperti bayi yang semakin hari semakin merasa ‘biasaaa jee’..? Sehingga pandangan hati kecil kita telah digelapkan oleh Allah dari merasa KAGUM dan YAKIN dengan wahyu yang diturunkanNya.. Na’uzubillah!"

Realitinya umat islam hari ini semakin terkikis rasa ‘ghairah’nya dalam mendalami ilmu-ilmu agama.. Apatah lagi menjawab persoalan-persoalan yang dirasakan berat.. “Ala.. Biarlah tanya dengan ustaz.. Buat apa susah-susah nak fikir!”.. Sering alasan seperti ini terungkap. Sedangkan memerhati alam dan kemudian berfikir akan kekuasaanNya itu adalah salah satu metod untuk memperkukuh serta memperhebat Iman!

Misteri ini patut diteroka lagi!

“Maka tidakkah mereka memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? [Surah Al-Ghaasyiyah: 17-20]

2 comments:

HerfianaMohdRapi said...

Assalamualikum...

Umum mengetahui bila bayi keluar dari rahim ibunya, bayi itu akan menangis sekuat-kuat hati.. Kenapa?

Ni jawapan medikal yang telah 'diringkaskan' dari istilah perubatan untuk pemahaman umum .

bayi yang baru keluar dari rahim ibu yang baru deliver baby menangis sebab 'masa nilah baby ni nak bernafas secara berdikari'.9 bulan sebelum ni asyik bergantung dengan ibu & berkongsi segala2nya dengan ibu.Kemudian, bila sampai waktu & dah cukup 'matang' untuk keluar melihat dunia, sistem respirasi , GIT ( gastrointestinal tract ) , CVS (cardiovascular/ peredaran darah ) & banyak sistem lagi akan berpisah dari ibu.

hipotesis 1-
mungkin baby tak bersedia untuk berpisah dengan ibunya & hidup sebagai 1 nyawa.

hipotesis 2-
tangisan 'pertama ' baby membantunya untuk bernafas secara solo dengan menggunakan paru2 sendiri .Bila dah mula menangis, paru2 baby akan mngembang &jantung akan berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badannya untuk membantunya bernafas, bergerak & elkukan aktiviti lazim bayi yg lain.

jadi, jangan 'ayah2 ' jangan marah & terkejut kalau terlihat seorang dokter tiba2 menepuk punggung bayi mereka yang baru lahir dalam bilik bersalin.

Jangan lekas naik angin & pukul dokter ni!

Kesian depa..Mereka cuma nak trigger bayi ni menangis untuk tangisan yg 'pertama',
supaya bila baby dah start nangis, masa tulah jantung & paru2nya dah berfungsi tanpa bantuan ibu.
( ni untuk kes baby yang tak nangis2 lagi bila da keluar )

kesimpulannya....Tangisan pertama itu penting untuk perjalanan hidup seorang 'baby' di dunia baru.

sumber- Ass.Prof.Dr.Akram Hussein-Anatomy department USMKk ( dijawab semasa kuliah beliau )

myikhwanfiideen said...

Walaikumussalam wbkth..

-Syukran atas jwbn based on disiplin ilmu perubatan.

-Betapa hebatnya Allah menciptakan stp wanita krn mampu menumpangkan nyawa kpd manusia (ketika tempoh pregnant)..

-Semulia2 manusia, pasti ia jg menumpang nyawa kpd manusia lain.. Iaitu ibunya.

-Tp hari ini.. Selain terkikis "rasa ingin tahunya'.. Manusia jg kdg2 trkikis "rasa kasihnya" pd wanita.. Bahkan, pd ibunya sendiri.

Na'uzubillah.