Thursday, October 15

Ini hadiah untuk kamu..

Sahabat..

Tika kamu ada disamping..

Jiwa sentiasa merasa aman.. Entah ubat apa yang kamu bagi untukku makan..

Senda gurau kita bersama.. Memori yang sukar dipadam.

Apatah lagi saat kita menangis bersama..

Kala itulah kamu datang mententeram.

Merangsang.. Memberi pandangan.. Dan mendoakan.

Hingga kaki ini mampu melangkah..

Terus.. Lantas terus kedepan.

Terjatuh.. Tersanggul.. Terjelopok..

Itu sudah lumrah orang berjuang..

Tapi, hati waja tiada istilah putus asa..

Kaki wajib berdiri semula..

Beban di pundak harus dipikul..

Hinggalah nyawa ini ditarik oleh Allah swt.


Sahabat.

Kita bertemu kerana Allah, dan kita terpisah juga kerana Allah..

Ingat! Kita dah bersumpah pada malam itu..

Di depan Tuhan dan bersaksikan cahaya bulan..

Barisan pimpinan yang sedang memerhati..

Sumpah setia kita,,

Agama ini akan didaulatkan...

Walau di mana kita berjejak.

Kalau di laut kita dibuang, Di sana kita bina PULAU Islam,,

Kalau di lembah kita dilempar. Di sana kita bangun GUNUNG Islam.

Saban waktu kita ulangi dalam solat..

Lafaz sumpah setia serta ikrar hati dan lisan,

Bahawa, mati dan hidup kita hanya kerana Tuhan!


Sahabat,

Ukhuwwah bukanlah terbina lantaran kita sentiasa bersua..

Bukan juga dengan rasa menatap wajah berhari-hari..

Ukhuwwah terasnya iman..

Jika benar kita mahu berukhuwwah,,

Buktikan!

Buktikan dengan cintamu pada Allah swt..

Kerana janjiNya...

“Hablun min Allah wa hablun min annaas”!

Maka, jangan suka mempersoal ikatan kasih sahabat..

Walhal diri kita yang terlupa mempererat kasih kepada Tuhan.

Sekali lagi...

Ukhuwwah bukan suatu retorik.

Retorik itu fitnah yang patut dikikis pada namanya sebuah persahabatan..

Ukhuwwah itu maujud!! Ada di keliling.. Berbunga malah berbau harum..

Oh!, sayang..

Hanya orang yang punya kasih yang dalam pada Tuhannya..

Mereka itu sahaja yang merasai maujudnya sebuah ukhuwwah!

Sahabat,

Jikalau Allah tidak beri peluang semula untuk kita bertemu..

Bersemuka di dunia yang fana..

Mari kita merafak sujud..

Agar..

Peluang bertemu dan berkasih-kasih sebagaimana ‘dulu’..

Bisa lagi kita jumpai dan nikmati..

Kalau bukan di sini..

Tapi, di sana..

Di dunia yang abadi..

Dalam syurga mawangi.. Bersama para ahli Muqarrabin.. Serta Ashabul Yamiin.

Di temani lu’ lu’ al-maknuun.. Iaitu ‘yang tersimpan rapi—never touched before!’

Yang pastinya..

Semua itu bisa digapai..

Dengan sebuah kerja buat; Berjuang di jalan Allah swt..

Berjuanglah dan terus berjuang!

Kerana sekali lagi janjiNya,,

“Intansurullah.. Fansuruukum!”

Jika kamu tolong agama Allah,, maka Allah tolong kamu!

Allah akan pasti tolong mempertemu kita..

Di sana..

Alam yang kekal abadi.. Ameen.

4 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam semua..

Makluman: kpd sume shbt2 A4. Kite ade "rehlah KOMANDO" hujung mgu nie (18/10/2009).. So, hrp sume bole join. Dari perlis hingga ke swak.. Sume djmput dtg!

Tempat: "Dirahsiakan.."

Syukran..
Yg bnr- Timb. Ketua..

LegendZ said...

tak tau pun tuan..

kalau dari perlis ke sarawak lalu melaka tak..kalau lalu mai la dtg rumah,jln2 d melaka sambil menikmati asam pedas melaka..hehe

anyway, lawa gambar..mcm bisa ku lihat..

myikhwanfiideen said...

Tuan empunya melaka..

Bole nk singgah melaka. Tp,kene depends on kputusn Syura ler dlu.. Kalu diorg ON.. ana ON je. Kalu OFF, nk wat camne.

Tuan kene dtg rehlah nie,, kite ade 'BIG RESOLUSI' yg x selesai2 lg.. =)

p/s-Gamba yg enta kirimkn utk daku tempoh hari.. Ek eleh,, buat2 lupe plak ek

Sunah Sakura said...

salam..dr perlis ke sarawak? bole join? bole la balik rumah...hurm

Blog Archive