Tuesday, October 20

Tahniah ust DzuL

Masih terkejut dengan SMS semalam..

“Sy akan b’kahwin pd 29 Nov.Walimah d rumh mat pd 29/11 (tapah,Perak).Rmh sy (pulai chondong) akn diadakan pd 5dis,semua d jemput hadir.”—Ust Dzul.

Daripada saya dan 'family ZON SELATAN';

Tahniah dan takziah untuk Ustaz Dzulkhairi yang akan melangsungkan walimah dengan “penyiasat muda”. (www.dzulkhairi.blogspot.com). Moga satu lagi model "Baitul Dakwah" [link] akan terbina.. Insya Allah..

Tahniah, telah dikurniakan pelengkap kehidupan.. Pembantu di kala kepayahan.. Takziah, kerana selepas ini tanggungjawab semakin bertambah. Apapun,, “TERBAIK untuk USTAZ…”

Daripada Rasulullah saw:

-Dunia adalah perhiasan. Perhiasan yang terbaik ialah isteri solehah. (HR Muslim)

-Sesiapa yang bernikah maka sebahagian daripada imannya telah sempurna. Sebahagiannya lagi hendaklah dia bertakwa kepada Allah. (HR At-Tabrani)

1 comment:

Anonymous said...

Salam..

Penyiasat muda? Ehem.. Gelaran apakah itu?

Teringin nak tau bakal zaujah ust.Dzulkhairi..

Moga terus berkembang perjalanan dakwah mereka

p/s:sampaikan salam anonymous dr selatan juga.. =)

Blog Archive