Thursday, November 5

'mata hati' yang tersembunyi..

Ghaddhul Basar—Tundukkan pandangan..

Allah swt menggunakan terminologi “Basar”—pandangan dan bukannya “’ainun”—mata.. Tuntas, yang perlu ditundukkan ialah ‘pandangan’ yang meliputi seluruh pancaindera dan bukannya mata sahaja..

Manusia memandang dengan dua pancaindera.. External dan juga Internal.. Pancaindera external ialah memandang menggunakan MATA KEPALA. Manakala, pancaindera internal pula ialah memandang dengan menggunakan MATA HATI. Mata hati inilah yang jarang dijaga oleh kita..

Ya.. Sama pentingnya kita menundukkan mata kepala begitu jugalah pentingnya mata hati ditundukkan. Bahkan perlu lebih lagi. Mata hati bukan boleh dikawal dengan satu anggota seperti mana kita mengawal mata.. Tapi, mata hati terlalu mencapah kuasanya sehingga apabila ia tidak dikawal maka bertapaklah segala bentuk pengaruh syaitan di dalamnya..

Ingat. Yang perlu dijaga bukannya “‘ainun” sahaja.. Tapi, seluruh indera yang berkait dengan “basar”.

Hari ini aplikasi perhubungan internet adalah terlalu pelbagai.. Antara yang ter’famous’ sekali, FACEBOOK. Bagi saya, tak salah menggunakannya.. Manfaatkanlah apa yang kita kira ia boleh menguntungkan Islam.. Itu pra-syarat yang seminimumnya.. Terbukti, ramai yang mampu menjadikannya bermanfaat untuk umat.

Cuma, dalam ‘kesibukan’ memanfaatkannya.. Mata hati mesti selalu dijaga.. Jangan sampai “tegur-sapa” di alam maya menjadikan ia terbekas dan tertempel pada mata hati yang sepatutnya ditala sepenuhnya kerana Allah swt.. Takut, akhirnya ia tumpul lantas patah dek onar maksiat sesama hamba.. Tidak semua “tegur sapa” itu boleh berukhuwwah kerana ukhuwwah bukan ukuran rancak tegur sapanya..

Kalau merasakan ‘tak perlu’.. Tak salah ia ditinggalkan untuk menjaga sucinya mata hati. Insya Allah kita akan untung.

Wahai wanita..

Berdiskusilah.. Tapi niat mesti “Lillahi ta’ala”.. Iaitu kerana ILMU dan KEPERLUAN. Wanita diberikan kelonggaran untuk berdiskusi dan bercakap kerana dua matlamat tadi. Saya sokong untuk itu.. Tapi, entah kenapa.. Dari ilmu dan keperluan boleh terpaling hingga ke perkongsian EMOSI dan PERASAAN.. Sehingga mengundang komen yang berturutan dari bukan mahramnya.. Apakah ia masih perlu?

Tambah sedih lagi..

Wanita menjadi gembira melihat komen untuk kongsi perasaannya hari itu berjela-jela.. Ya Allah.. Tak perlu semua itu.. Simpanlah perasaan dan emosi kamu duhai wanita.. Kongsikan secara rahsia kepada orang yang sepatutnya sahaja. Ayah, ibu atau suami kamu. Itu lagi mendapat pahala dan mengelak dosa..

Jangan kita terperangkap.

Mari kita sama-sama mujahadah.. Nak cetuskan perasaan taabbud kepada Allah bukanlah dengan kita mampu posting sesuatu kalimat indah di alam maya.. Bukan dengan kita mampu ‘cakap’ kepada orang yang betapa kita merindui Allah swt tepat pukul 3 pagi..

Tapi, apa yang terpenting ialah.. Kita bisikkan kalimat itu hanya kepada Allah.. Dia dan kita sahaja. Dia tahu sejauh mana ikhlas kita dan Dia yang akan memberikan ganjaran buat kita.. Apakah tidak cukup lagi untuk kita?

Saya bukan ahlinya untuk dirujuk atau dicontoh. Masih banyak kurang dari lebihnya.. Cuma, sekadar lontaran pandangan atau pendapat dari yang cetek ilmunya.. Moga kita diperjelaskan. Insya Allah..