Sunday, November 22

Masihkah kamu mengingat?

Segalanya bermula di sini... Masjid Al-Irfaan.

“Allaaahu Akbar!”—Takbir pemula solat dari Ustaz Wan bergema memenuhi ruang Masjid Al-Irfaan..

Ketika itu, semuanya pasti mengambil suapan terakhir. Tekejar-kejar untuk menghabiskan sisa juadah berbuka dalam talam yang dikongsi berlima. Nak kejar rakaat pertama..

“Biar ana yang basuh..”—Saibul, sahabat kami memberikan ‘offer’. Sambil anak matanya mengisyaratkan pada talam.

“Takpa, biarlah ana yang basuh..”.—Aizuddin, menolak.

“Ish.. Takpelah. Ana lah pula.. Antum berdua kan dah selalu basuh..”. Kali ini, Hafiz pula mencelah.

“Takpa takpa takpa.. Ana yang basuh..”.. Dengan pantas, Zihad mencapai talam tadi dan membawanya lari.. Tergelak kami berempat.

Subhanallah.. Berebut-rebut untuk membuat amal kebajikan.. Walaupun sekadar basuh talam. Inilah antara kenangan yang takkan terkikis dari lubuk hati kami. Dan, pastinya bukan kami sahaja.. Sesiapa pun yang pernah melaluinya.. Di sini.. Irfaan!

“Astaghfirullah al-aziim.. Allazii laailaha illah hualhayyul qayyum wa atuubu ilaih..”—Ustaz Wan, Imam Masjid memulakan zikir selepas solat. Macam biasa, beliau akan memandang kebelakang.. Melihat berapa ramai anak pelajarnya yang hadir ke masjid barangkali..

Saya tenggelam dalam kelazatan berzikir..

Ya Allah.. Ya Rahman wa Rahiim.. Maha Suci Engakau yang punya Kuasa membuka hati-hati Kami yang berhimpun di sini.. Bukalah pintu hati kami ya Tuhan.. Pertautkanlah hati kami ya Rabbi..

Tanpa sedar, air mata berlinangan dalam pelupuk mata.. Air mata kesyukuran.. Syukur kerana terpilih untuk berukhuwah bersama sahabat-sahabat seperjuangan..

“Enta mengantuk kan..?”—Saibul mengaju soalan..

Jarum jam Irfaan dah menunjuk angka 1 pagi. Padanlah mengantuk!

“Mengantuk shiekh.. Tapi, banyak lagi tak cover nie..”. Kebimbangan sebab esoknya ada test mengalahkan keinginan untuk tidur. Walaupun sekali-sekala tersengguk.

“Oh kesiannya.. Ana tolong urut belakang ye..”. Macam biasa.. Sahabat yang ada membantu. Tak kira apa sahaja..

“Ana buat air.. Kita minum kopi ‘kaw kaw’ (pekat). Mesti tak mengantuk punya.” Zihad pula dengan hobinya.. Membuat air kopi..

“Ana hanya tolong minum..”. Nukiman membuat lawak.

“Abang Nuki tak boleh minum. Nanti perut tambah ‘besar’..”. Zihad mengusik.. Hahaha. Kami ketawa.. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak “kesenggukan” menelaah pelajaran hilang kerana kehadiran sahabat-sahabat.

Tatkala berasa penat, mereka meberikan motivasi..

Dikala bersa lemah, mereka menginspirasi..

Dikala berasa duka, mereke mghiburkan..

Bila masa kita jatuh, mereka menghulur tangan untuk membantu.

Itulah sahabat.. Dan, saya menjumpai nilai seorang sahabat yang sebenar di sini.. Irfaan!

Tapi, benarlah kata-kata.. Sebuah PERTEMUAN takkan selamanya kerana pasti akan bertemu dengan PERPISAHAN.. Inilah antara hukum karma Alam kerana tiada yang akan kekal melainkan hanya Dia sahaja.. Allah swt!

“Akhir sekali.. Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi.. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Irfaan, mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambung pengajian selepas ini.. Harapan saya, walau dimana pun kita berada selepas ini, Islam mesti sentiasa dijulang..”.

Air mata sudah tak tertahan ketika itu.. Sabar sabar.. Masih di atas pentas nie..—Hati cuba menenangkan. Alhamdulillah, saya dapat juga menghabis beberapa bait kata-kata yang terakhir.

Sebaik turun dari pentas, saya dipeluk oleh beberapa puluh sahabat pimpinan dan juga ahli Jawatankuasa Irfaan yang lain. Tiada apa yang mampu diucap.. Melainkan Allah swt sahaja yang layak untuk disebut..

“Ya Allah... Betapa indahnya sebuah pertemuan.. Tapi, betapa peritnya sebuah perpisahan..”

Sudah bertahun peristiwa itu berlalu.. Rasanya dah masuk tahun yang kelima..

Sahabat-sahabat, masihkah kamu ingat??

Kata-kata saya yang terakhir..

“Di mana pun kita berada.. Islam mesti sentiasa dijulang..”.

Maksud saya begini..

Pada Irfaan, cinta kita berputik.. Kasih kita membunga.. Bukan hanya untuk sesama sahabat.. Tapi, pada Islam yang digenggam..

Perpisahan bukan membawa makna untuk kita berhenti.. Berhenti dari kerja yang sudah dimulakan di sini.. Tapi, perpisahan bermaksud kita perlu mencari..

Mencari mana gunung yang belum didaki.. Dakilah! Sambil membawa Islam yang digenggam.. Untuk ditanam di sana..

Mencari mana lembah yang belum diteroka.. Terokalah! Sambil menggengam Islam dengan tangan.. Untuk disemai di sana..

Mencari mana lautan yang belum diredah.. Redahlah! Sambil Islam digenggam. Untuk disuburkan di sana..

Inilah maksud lafaz saya..

Moga semuanya masih mengingat!

3 comments:

adibpujangga said...

bagai turut merasai ape yg dirasa...
kenangan selalu merundum pilu...
pilu mengenang perpisahan...

myikhwanfiideen said...

terima kasih krn sggup merasainya bersama..

putaralam said...

anyway,ape pkmbgan prog kita d sg congkak itu hari?huhu.skadar mgenang kmbali Al Irfan meenting last2 month