Wednesday, February 10

Lalu, apa yang kita perbuat?

Agak lama juga saya tidak melihat video ini. Kali terakhir mata saya menatapnya iaitu ketika Islamic Summer Camp (ISC kali-2). Tahun 2008 kalau tak silap..

Semalam kebetulan ingin mencari bahan untuk program Motivasi pelajar Islam hujung minggu ini untuk adik-adik SMK Mutiara Rini, Johor. Allah takdirkan mata ini untuk menontonnya semula.

Saksikanlah... Moga ada manfaat buat saya dan anda.




myikhwanfiideen:-

Bukanlah orang yang benar-benar beriman jikalau hatinya tak langsung terusik tatkala melihat saudaranya yang sedang kesengsaraan...

Air mata yang gugur adalah tanda cinta kita pada saudara seakidah yang lain walaupun tidak pernah bertemu wajah.. Berbeza warna kulit dan berlainan bangsa..

Tapi.. Air mata sahaja tidak cukup untuk mengubati luka umat ini.. Apa yang ada dengan air mata? Ia menitis beberapa saat dan kemudian kering begitu saja.. Tak lama bukan?

Nabi SAW sayang dengan umatnya lebih dari segala-galanya.. Tak tergambar sayang Nabi pada kita semua.. Bahkan ketika nazak sekalipun Nabi masih menyeru dengan kata, Ummati... Ummati.. Ummati..

Tanda cintanya Nabi bukan dengan kata ‘ummati’ itu saja.. Nabi luka kerana umat. Nabi sakit kerana umat.. Nabi hidup kerana umat. Nabi menangis kerana umat. Segala-galanya kerana umat. Itulah cinta yang sebenar! Dibuktikan dengan pengorbanan yang segala-galanya.. Usah berkata ‘Aku Cinta’ kalau tak mampu membuktikannya!

Lantas kita hari ini.. Apa yang kita telah buat?

Kita masih alpa. Lalai dengan gejala ‘ananiyyah’..Pragmatisme yang merosakkan kesatuan Umat. Seronok dengan kitar hidup yang sekadar; belajar, kerja, kahwin, beranak, dan tunggu mati (maaf).

Ya Allah.. Pimpinlah kami.. Berilah kekuatan pada kami.. Kefahaman dan penghayatan yang abadi..

No comments: