Friday, May 7

Di mana Allah???


Tidakkah mereka memerhatikan burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya... Tidak ada yang mengapungkannya selain yang Maha Pengasih.-Surah Al-Mulk

Saya berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail pada pukul 9.35PM.

Dan ketika menulis entry ini, saya sudah berada di ketinggian lebih kurang 1000m dari aras laut...

Flight malam ini amat berbeza dengan flight lain yang pernah saya naiki. Ya, amat berbeza.... Tidak pernah saya alami pengalaman unik seperti ini walaupun dah naik ‘Garuda Merah’ atau ‘Wau Besar’ berpuluh kali...

Seperti biasa sebelum berlepas, pramugari akan membuat announcement keselamatan. Kebetulan tempat duduk saya, 24C, berada terlalu hampir dengan sayap. Tempat paling favourite... Cuma malam ni tidak berada di sebelah tingkap.

Habis sahaja announcement, lampu dalam pesawat dimatikan sebagai prosedur take off.

Alhamdulillah.... Sudah menjadi rutin saya, ketika inilah waktunya saya akan mengangkat tangan untuk berdoa. Moga Allah SWT berikan keselamatan pada kami....

Dan cerita yang sebenar bermula sejurus selepas ini!!

Pesawat meluncur laju di atas landasan..... Malam terlalu pekat di luar sana.

Sebaik sahaja muncung ‘Garuda Merah’ terangkat sedikit ke udara, tiba-tiba terasa satu gegaran dan diikuti bunyi ‘pop’!—Penumpang masih relax ketika ini... Tak ramai yang sedar.

“Fire! fire.... Can you see the fire!” Seorang uncle yang duduk di bahagian tingkap sebelah kanan mula bersuara dengan cemas. Jarinya menunjuk bahagian sayap kanan pesawat!

“Fire?? Where is it?” Sahut seorang penumpang disebelah.

“Api??? Mana api??” Sahut yang seorang lagi. Beberapa orang penumpang mula berdiri.

Api! Api! Api!!—Apalagi.... Kecoh bahagian tengah tempat duduk.

Tiga orang pramugari datang berlari-lari.... Meninjau ke tingkap. Cuba memastikan keadaan.

“Please make a call to the cockpit!!” Jerit seorang pramugari kepada rakannya. Bau hangit mula masuk ke hidung. Bukti yang ‘api’ tadi memang benar!

Aunty di sebelah kanan saya mula bertafakur... Kelihatan juga beberapa orang penumpang mula mengangkat tangan tanda isyarat doa...

Dan saya??

Bohonglah kalau saat ini kita tak merasa cemas. Sudah fitrahnya manusia bila dia tidak mampu berbuat apa-apa, maka saat itulah baru teringat akan Tuhannya... Allah, Allah, Allah! Selamatkan kami ya Allah...

Masa ini, tak kiralah dia free hair, berskirt, berjubah, bertudung, Muslim, bukan Muslim,,,, Semua pakat-pakat angkat tangan. Bermunajat pada Allah SWT!

Ya.... Saat inilah teringat Tuhan. Saat inilah mencari Allah. Di mana Allah???

Firman Allah:

“Tangan (kekuasaan) Aku di atas tangan-tangan mereka!”—Quran

Bayangkan kapal terbang yang tergantung di udara begitu.... Bila-bila masa ia akan terhempas jika itu kehendakNya. Tidak ada siapa yang mampu menolak jika itulah takdir dariNya. Jangankan Pramugari, Pilot sekalipun tidak akan mampu berbuat apa-apa! Noktah.

Darah yang naik di kepala saya sebentar tadi beransur surut apabila pramugari mengumumkan tidak ada apa-apa yang berlaku. Kebakaran tadi hanyalah kerana seekor burung yang termasuk ke dalam kipas turbo pada bahagian enjin. Alhamdulillah.... Lega sebentar.

Seekor burung ye?? Hmmm.... Saya TERSENTAK sebentar.

Seorang kakak di sebelah kiri saya memeluk anak kecilnya sambil mulutnya tak berhenti mengumat-kamit... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Ya kak, Alhamdulillah, hari ini Allah masih berikan kita peluang untuk hidup.

Seekor burung yang datang tadi sebenarnya dihantar oleh Allah sebagai duta yang menegur kesemua 335 penumpang boieng AK5464. Ingatlah Allah itu terlalu hampir dengan kita! Hampir yang macam mana??

Firman Allah SWT:

“Ketahuilah kami terlalu hampir dengan kamu (wahai manusia) iaitu lebih dekat dari urat leher kamu sendiri!!”—Quran.

Kepada diri saya, Ingatlah Allah di mana-mana... Tak kiralah masa senang atau susah. Jangan bila susah barulah kita nak bersuara, Di mana Allah???

myikhwanfiideen, seat 24C

Flight AK5464 bound to KK from JB....

3 comments:

daeimuslimah said...

alhamdulillah yg tidak terhingga krn ustaz masih dipjgkan umur dan diberi kesempatan menikmati erti sebuah kehidupan dalam meneruskan perjuangan...
dimana Allah? biarlah senang@susah,kaya@miskin,lapang@sempit,muda@tua dan hidup@mati...semuanya kerana Allah, bersama Allah...

tasnim said...

Alhamdulillah..

Syukur dia atas pemeliharaan Allah. Masih diberikan peluang utk mndah tgn kpdNya..

Setiap saat dan detik, hanya Allah yang tahu..hanya Allah pendamping setia..Kita tidak tahu apa y bakal terjadi..

myikhwanfiideen said...

Alhamdulillah Sykran.
MAri kt guna sisa umur yg ada utk bramal dgnNya... Insya Allah.