Sunday, October 4

Kasih yang abadi.

Pagi 1 syawal.

Seperti selalunya.. Usai sahaja solat sunat hari raya, orang kampung akan berpusu-pusu ke tanah perkuburan.. Pergi beramai-ramai ke sana bersama sanak-saudara.. Suasana yang hanya boleh dilihat setahun sekali. Mengunjungi orang tersayang yang sudah lama berpergian jauh..

Ibu adalah orang yang tak pernah miss.. Memang rutin hari rayanya begitu.. Boleh dikatakan tanah perkuburan itu bagaikan ‘rumah terbuka’ yang wajib dikunjungi setiap kali syawal menjengah. Bukan juga sebab jarang ke sana, seingat saya ramadhan lepas ibu sudah pun berkunjung ke situ.. Membersihkan apa-apa yang patut.

“Sudah siap? Cepatlah.. Nanti lewat pula..”. Ujar ibu bila melihat saya yang masih kelalaian di ruang tamu.. Melayan ketupat dan rendang yang free tak perlu berbayar.

“Owh, ok. Saya bawa diorang si Ewan ya..”. Memang pagi itu dah janji dengan ‘anak-anak kecil’ saya.. Nak bawa mereka menziarahi kubur ayah yang juga datuk mereka.

Ibu hanya mengangguk.

***

“Inak (ibu), kenapa si ama’ (ayah) tinggal di sini..?”. Soalan spontan yang terpacul dari bibir kecil anak buah saya.. Anak-anak kecil dalam keluarga ini memang dah terbiasa memanggil nenek mereka sebagai ibu. Datuk tak dipanggil atuk, bahkan ayah lah juga..

“Ama’ buat apa di bawah sana?”. Ewan pildacil saya yang berumur 4 tahun itu bertalu-talu menanyakan soalan.. Dia mengulangi soalan yang sama.. Menunggu respon dari ibu yang sibuk mengalihkan daun-daun kering dari atas pusara ayah..

Saya duduk bersimpuh di tepi pusara orang tersayang.. Sekali-sekala mengutip daun kering.. Tak banyak sebenarnya yang perlu dibersihkan sebab bulan ramadhan lepas dah berkunjung ke sini.. Soalan dari anak kecil itu saya biarkan tak terjawab.. Biarlah ibu sendiri yang menjawabnya..

“Ewan, Ama’ kamu tengah “TIDUR”.. Dia berehat sebab dah terlalu penat bekerja..”. Akhirnya mak bersuara.. Tidur?

“Owh.. Ama’ tidur di bawah nie.. Seronok ke tidur kat bawah tue?”.. Allah.. Banyak pula soalan anak kecil nie..

“Mestilah seronok Ewan.. Itulah Ama’ tak nak bangun-bangun lagi..”. Saya diam.. Hanya menjadi pendengar setia dialog antara nenek dengan cucunya..

“Kalau macam tue.. Kenapa Inak tak temankan Ama’ kat bawah sana..? Kesian Ama’ duduk sorang-sorang..”. Ya Allah.. Kenapa anak kecil ini boleh terfikir sampai begitu jauh sekali..

“Ewan.. Adalah masanya nanti Inak temankan Ama’ kamu di bawah.. Semua orang di dunia nie kelak tiba masanya akan ‘tidur’ di bawah sana juga.. Tiada yang terkecuali”. Jawaban ibu yang sungguh dalam maksudnya.. Sambil itu tangannya mengusap ubun-ubun Ewan.. Alhamdulillah, anak kecil itu nampaknya puas hati dengan jawaban neneknya..

Saya memalingkan wajah..

Tak sanggup nak menonton sketsa nenek dan cucu di pagi syawal.. Ada perasaan sedih yang menyelinap dalam hati.. Jawaban ibu tadi terasa seperti dihalakan juga kepada saya.. Nak bagi tahu bahawa orang tersayang sepertinya tidak akan kekal berada di sisi sepanjang masa. Tiba masa, kami akan berpisah juga.. Oh Tuhan!

Kasih yang Abadi..

“Ewan.. Mari sini sayang.. Jom ikut uncle duduk kat bawah pokok.. Kita tunggu inak kat sana ye..”. Saya memanggil si anak kecil.. Sebenarnya nak bagi “masa privacy” untuk ibu duduk bersama ayah.. Tak nak menggangu mereka berdua.

Saya memang tahu keinginan ibu.. Sebab itulah ibu takkan lepaskan peluang 1 syawal untuk bersama ayah walaupun cuma seketika.. Berhari-raya di ‘rumah terbuka’ ayah sambil-sambil menghulurkan sedikit buah tangan al-fatihah..

Peristiwa 13 tahun lepas masih segar dalam minda.

“Dah pandai cakap bohong ya?..” Tanya ayah dengan suara yang tinggi.. Saya tunduk pasrah.. Menyesal kerana singgah bermain GAME di rumah sepupu.. Sebelum keluar dah janji dengan mak nak balik cepat.. Tapi terlalai.

“Maknya, ambil rotan kat bilik..”. Pinta ayah dengan mak yang menjadi saksi petang itu..

Muka ibu agak serba salah.. Mungkin terkejut dengan hukuman rotan yang diputuskan oleh ayah.. Sebelum nie tak pernah lagi ayah jatuhkan hukuman seberat itu. Tapi, sebiji perkataan pun tak terluah dari mulut ibu.. Tanpa ada bantahan, rotan diambil dan diserahkan kepada ayah..

Zapp! Perdu kaki saya disinggahi oleh rotan bemban pusaka keluarga.. Serentak itu saya terasa dunia ini sudah terlalu gelap.. Bukan kerana rotan itu sakit dan terlalu kuat.. Tapi, impak moral sebenarnya yang terlalu sakit buat saya.. Apatah lagi bila dirotan oleh orang yang tersayang.. Ibu turut menangis.. Kenapa?

“Menangis kerana menahan EMOSI seorang ibu terhadap anaknya dalam masa yang sama wajib menjaga rasa SETIA pada suami yang menjatuhkan hukuman.”. Jawaban yang baru saya faham setelah melangkah ke alam dewasa.. Ada pertembungan dua jenis kasih di situ..

Lama juga saya melayan kisah-kisah silam.. Mata pula masih bulat memerhatikan ibu dari jauh..

Kelihatan ibu masih mengusap-usap batu nisan penanda pusara ayah.. Mulut pula kumat-kamit seperti sedang berbicara dengan orang yang hidup.. Entah, apalah topik perbualan mereka suami-isteri pagi itu.. Hati saya ikut terusik secara tiba-tiba..

Sungguh romantik..

Saya akur, inilah kasih yang abadi.. Kasih dan cinta yang tak pernah luntur.. Terlalu dalam sehingga tidak ada pembaris yang mampu mengukurnya.. Sebenarnya kalau direnung-renungkan, orang-orang dulu nampaknya lebih memahami maksud KASIH, CINTA, dan SAYANG lebih dari kita.. Bahkan, lebih faham berbanding kita yang menelaahnya dengan buku, forum, seminar, kursus dan pelbagai sumber yang ada.. Mengapa??

Ikhlaslah berkhidmat..

Mengandungkan anak-anak.. Kemudian melahirkan, kemudian menyusukan, kemudian membesarkan, kemudian mengasuh dan mendidik, dan dalam masa sama membantu suami mencari nafkah kehidupan bukan suatu yang mudah untuk diharungi.. Banyak GARAM dari GULA sebenarnya.. Orang anak satu pun dah termengah-mengah jadinya.. Terpaksa jumpa kaunselor untuk menguruskan stress. Orang dulu-dulu kursus perkahwinan pun tak pernah pergi.. Tapi mengapa rasa kasih mereka boleh abadi? Pelik bin ajaib juga..

So, apa sebenarnya yang kita tidak ada dan orang dulu ada..?

“Bu.. Apa dia ya tips nak kekalkan rumah-tangga supaya berpanjangan..?”. Cungkil saya ketika bersembang-sembang dengan Ibu.. Saja nak belajar sesuatu dengan orang-orang veteran.

“IKHLASLAH BERKHIDMAT..”. Pendek saja jawaban ibu.. Ikhlas? Apakah kita hari ini masih kurang ikhlasnya..?? Sehingga kasih yang dimeterai tidak terabadi selamanya!

Saya berfikir-fikir.. Ikhlas nie suatu benda yang terlalu seni untuk diteropong.. Rahsia yang Allah sembunyikan dari manusia.. Hanya Dia yang tahu ikhlaskah atau tidak.. Cuma, kalaulah orang dulu-dulu punya 100% ikhlasnya untuk berkhidmat.. Hari ini kita juga kena 100% bahkan kalau boleh lebihkan lagi sehingga 300%. Apatah lagi kes-kes kegoncangan rumah tangga zaman kini semakin pesat jadinya.. Na’uzubillah.

Masih ikhlaskah kita..??

Saat seorang lelaki asyik membelakangkan soal kepentingan agama dan ilmu untuk mendidik anak dan isteri.. Ikhlaskah si lelaki?

Saat seorang suami duduk goyang kaki di ruang tamu lagak seperti “big boss” lalu membiarkan isteri seorang diri menguruskan rumah dan anak-anak.. Ikhlaskah si suami?

Saat seorang ayah tidak langsung menjaga akhlak dan tingkah-laku peribadinya dalam rumah dan luar rumah atau di depan anak mahupun di belakang mereka.. Ikhlaskah si ayah?

Saat seorang isteri meminta-minta sesuatu di luar kemampuan suaminya dan sering mengeluh dengan kepayahan hidup.. Ikhlaskah si isteri?

Allahu Akbar! Rupanya banyak lagi peratusan KHIDMAT IKHLAS yang tak terkejar...



p/s-Kepada sahabat-sahabat seangkatan matrikulasi yang melangkah ke jinjang perkahwinan pada awal syawal yang lepas, saya doakan anda semua dikurniakan ikhlas 300%++.. Moga anda bertemu kasih yang abadi.. Ameen.

Saturday, October 3

Yang namanya KEHORMATAN.

Sering kita menafsirkan kehormatan adalah maruah, ataupun dengan kasarnya, masih punya dara, sedangkan kehormatan itu pada peringkat awalnya lagi,
saat diri hilang malu, hilang santun, saat itu kehormatannya hilang.

saat terkinja di jalanan, pub-pub, diri masih senang menyatakan, ya, aku masih punya maruah, walaupun tubuh habis disentuh.
dan hingga tiba masa 'kehormatan' itu benar-benar diragut, mula merasa tidak tentu arah.

saat suara bergemersik berbual dengan bukan muhrim, ya, aku masih punya maruah, aku bijak menjaga maruahku.

saat fikiran membuai mengenang si dia, ya, masih, aku masih punya maruah.masih.

saat tubuh ditayang semahunya, juga masih, aku masih punya maruah.

lelaki, mohon hormatilah perempuan.


kehormatan bagi seorang perempuan adalah segala-galanya, boleh saya katakan yang lebih tegas.

jika anda kata anda menghormati wanita dengan berbicara anta-anti berdua tanpa muhrim itu menghormati, saya kata tidak.

jika anda kata, anda menghormati wanita dengan hanya berhubung dengan sms untuk bertanya khabar, maaf, saya kata tidak.

jika anda katakan, anda sering menghantar pesanan yang berbaur nasihat pada seorang wanita itu menghormati, saya kata tidak.

jika anda katakan, anda sering menghubungi ibu bapa si gadis yang anda minati untuk merapatkan hubungan dengan kedua ibu bapanya,
sedang anda tidak punya hubungan dengan perempuan itu, saya katakan tidak.

sekali lagi, kehormatan bagi perempuan itu adalah segala-galanya.bayangkan malunya si perempuan bila ayahnya mengetahui perihal anaknya yang disangka sudah
mula bermain cinta, itu kehormatan bagi perempuan?.

mencintai seorang perempuan bukan sesuatu yang mudah, sekali anda tersilap langkah, membawa padah.

kerana bagi saya. mencintai perempuan adalah dengan anda menghormatinya, bukan membuktikan betapa anda mencintainya.
menghormati yang bagaimana.berakhlak dengan akhlak Al-quran, mencinta bukan beerti anda akan menghubunginya setiap hari.
mencinta bukan beerti anda perlu membuktikan betapa dalamnya cinta anda, mencinta bukan beerti anda perlu mengambil hati orang tuanya sebelum anda punya ikatan yang sah.

mencinta bukan dengan anda bisikan pada rakan anda, dialah calon isteri idamanku.

mencinta bukan beerti anda peru mendoakan dengan sesungguhnya, untuk disatukan dengannya.maaf.

anda perlu merasakan betapa hipokritnya diri bila mengadap Allah dengan harapan menjadi baik, supaya kita sesuai dengan pasangan impian kita.

mencinta bila saat anda melepaskannya pergi dan anda mencari Allah agar dikuatkan hati untuk lebih dekat dengan-NYA.
mencinta bila saat namanya semakin meluput dari fikiran anda, kerana anda sangat malu pada Tuhan untuk berfikir tentangnya.
mencinta bila saat anda menyerah soal jodoh kerana yakin dengan calon pilihan Allah.

itukan yang sepatutnya.

bila hanya dengan cinta, anda ingin mengahwini si gadis, cinta itu semakin hilang.
tapi jika anda betul- betul menghormatinya sebagai seorang perampuan, sampai anda menjadi datuk, anda akan masih
menghormati si nenek yang telah melahirkan anak-anak anda.

what you give, you get it back.

bukan salah lelaki seorang, pening bukan sang lelaki, mahu menghormati perempuan yang sering sms, mahu menghormati perempuan yang sering berbicara kasar denganmu, bagaimana ya mahu menghormati perempuan yang sering meluah rindu padamu, mahu menghormati wanita yang mengajakmu kerumah untuk diperkenalkan pada orang tuanya.bagaimana pula mahu menghormati perempuan yang sering sering mengajak keluar, kesian ya si lelaki.

jadi, mahu dengan perempuan yang begitu?

bukan, yang penting, perbaiki diri, jangan sebab cinta, kita persetankan gundah hati kita yang tidak tenang saat berbuat dosa, jangan sebab cinta, kita menghalalkan segalanya, saya yakin, hati mana yang tenang sewaktu berdua-duaan dengan perempuan, habis, mengapa kamu menepis rasa tidak tenang itu, dan mengambil jalan syaitan?kesian ya lelaki, cinta..cinta.

siapa yang sempurna?

berbalik pada perenggan diatas,

mencinta bila saat anda melepaskannya pergi dan anda mencari Allah agar dikuatkan hati untuk lebih dekat dengan-NYA.
mencinta bila saat namanya semakin meluput dari fikiran anda, kerana anda sangat malu pada Tuhan untuk berfikir tentangnya.
mencinta bila saat anda menyerah soal jodoh kerana yakin dengan calon pilihan Allah.

***

PESAN BUAT DIRI-Manusia mana yg tak pernah berbuat Khilaf dan dosa.. Itu sudah lumrah bagi insani.. Tapi, bknnya boleh dijadikan alasan utk kita tdk mahu berubah.. Bila jalan kebenaran telah dilorongkan oleh Allah.. Hargailah dgn mengambil inisiatif utk merobah angle hidup kita. Moga Allah snts prmudahkan. Ameen.

Terima kasih x trhingga kpd pemilik artikel asal: www.nessasyahirah.blogspot.com

Wednesday, September 30

Antara SINGLE @ DOUBLE...

“Aish.. Bang, takkan mahu balik sudah??”.. Laung Fauzi dari jauh dengan bahasa loghat sabahannya.. ‘Abang’ yang baru nak start enjin kereta tadi tersipu-sipu jadinya..

“Ala bang.. Awal lagi bah nie.. Baru pukul 10 pm bah.. Kerja masih bertimbun nie..”.. Tambah sahabat saya Fauzi.

“Bukan bah.. Anak ndak berapa sihat bah tadi.. Zaujah pula satu orang jak di rumah tue..”. Jawab abang tadi dengan perlahan.. Kaki sebelah sudah masuk dalam kereta.. Dah tak sabar nak balik..

“Hmm.. Ya ka? Bah.. Nda apalah..”. Sahabat saya tiada kata jadinya untuk menghalang.. Mungin cuba untuk memahami.. Saya diam sahaja di tepi.. Sesekali memandang curi muka abang kesayangan kami itu.. Cabaran bagi orang-orang yang sudah berumah tangga..

Ada riak serba salah di mukanya.. Hati teringin untuk stay, nak bergelumang dengan kerja-kerja kawasan yang bertimbun.. Tapi, apakan daya.. Tanggungjawab banyak di rumah perlu dilangsai.. Takut nanti bini tarik muka masam pula.. Fuh..

Lama saya dan Fauzi berdiri di tepi jalan.. Memerhati kereta yang hilang di sebalik pekat malam.. Mengelamun sebentar di dunia gelap malam..

“Cabaran tuan..”. Mulut sahabat kesayangan saya itu berbunyi.. Walaupun tak nampak, tapi saya yakin itu suara dia..

“Hmmm.. Memang cabaran.. So, macam mana kita nie?”..

“Kita?? Kita ikut “manhaj imam Nawawi” jak lah tuan.. Azam tuan!”.

Saya tersenyum.. Faham benar apa maksud sahabat saya ini.

Antara SINGLE @ DOUBLE?

“Saya ada soalan.. Apa status abang sekarang?”.. Wah.. Soalan macam nie yang agak menguji emosi untuk menjawabnya.. Soalan yang selalu terpacul dari mulut junior-junior.. Yang tak tahannya tue, tanya masa program formal pula.. Saja nak menyakat lah tue.

“Owh.. Status, masih pelajar dan sedang belajar.”. Eleh, macam saya tak boleh mengelak..

“Bukan status yang itu.. Maksud saya, yang satu lagi..”. Aiseh, nie dah kira main kasar nie..

“Oh.. Kalau yang itu, tak boleh jawab di sini.. Kena jawab di sebalik tabir. Noktah!”. Alhamdulillah, nasib baiklah saya pernah berguru dengan seorang Abang Naqib.. Jawaban di ‘sebalik tabir’.. Agak lucu juga bila teringat pasal nie.. Macam-macamlah idea untuk menangkis.

Sebenarnya.. Tak kisahlah apa status kita, yang penting di sini kerja tetap berjalan.. Samada kita selesa dengan kedudukan “SINGLE” hingga ke tua.. Ataupun “DOUBLE” di awal usia muda.. Sekali lagi, yang penting kerja terus berjalan dan semakin perkasa dari masa ke semasa.

(p/s-DOUBLE=maksudnya bernikah awal..)

Ada orang memilih SINGLE kerana dengan kedudukan sebegini mudah bagi dia untuk bergerak ke sana ke mari bagi menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan.. Iya, balik lewat malam pun takpe.. Tidur mana-mana boleh.. Kat markas, kat masjid, kat surau,, semuanya itu bagaikan ‘hotel’ untuknya.. Bak kata sahabat saya, JANGAN TIDUR KAT JALAN RAYA SUDAH.. NANTI ORANG KATA SUDAH GILA!

Ada pula orang memilih DOUBLE kerana mahukan kehidupan yang lebih teratur dan terancang.. Sebagaimana sabda Nabi SAW, “berkahwinlah kamu kerana di sana kamu akan dipertemukan dengan SAKINAH (ketenangan)”.. Maknanya orang-orang yang sudah berstatus DOUBLE sepatutnya lebih ‘tenang’ serta ‘aman’ berbanding orang-orang yang bersatus SINGLE.

Tapi.. Kadang-kadang realitas yang berlaku dalam alam kehidupan nyata lari dari konsepsasi manusia. Maksud saya, bukanlah janji Nabi itu tidak benar.. Sungguh! Janji Nabi itu tetap akan benar dari dulu, kini dan selamanya.. Makanya kelompangan itu berlaku kerana atas kelemahan dan kesilapan diri kita sendiri.

Na’am.. SINGLE @ DOUBLE, kedua-duanya tetap ada cabaran tersendiri.. Terpulang kepada tangan kita untuk menanganinya..

Hujah yang ada kebenaran @ Alasan yang dibuat-buat?

“Saya minta kita cadangkan nama untuk PIC program nie.. Ada cadangan?”. Suara garau pengerusi mesyuarat memecah kebuntuan malam itu..

“Saya cadangkan ‘.....’ untuk PIC. Lagipun sahabat nie masih bujang.. Bolelah nak pergi mana-mana..”. Jawaban standard yang berlaku untuk gerak kerja berbentuk misi berhari-hari masuk ke pedalaman..

Saya berfikir seketika.. Ini HUJAH atau ALASAN..?

Kalaulah macam ini fikir dan zikir kita,, sudah pasti untuk akan datang si ‘bujang’ tadi akan menuding jari kepada si ‘bujang’ yang baru pula untuk mengepalai misi.. Jadi, kita saban hari tetap berada di takuk lama.. Kuantiti dan kualiti misi-misi yang dibuat tidak akan bertambah atau meningkat.. Cuma yang berbeza ialah orang yang mengetuainya.. Akhirnya, misi bertukar kepada program warisan semata-mata hanyasanya untuk mengisi takwim tahunan.

Apakah SINGLE tidak ada cabarannya..?

Bagi saya sama sahaja.. SINGLE @ DOUBLE tetap ada cabaran tersendiri.. Sama-ada tinggi rendah yang sama atau tidak itu bukan persoalan utamanya.. Yang pasti cabaran tetap ada untuk kedua-duanya. Apa yang penting ialah, kita berawas dari “menjadikan cabaran sebagai alasan”. Ini yang kita tak mahu!

Jadikan hati macam ‘SPAN’.

“Hah.. Apesal balik lagi..? Kenapa tak terus tidur situ..?”.. Sedap sindiran kakak sebaik membuka pintu rumah untuk saya.. Saya cuba nak menyerap segalanya.. Iyalah, siapa tak angin kalau tetiba dikejutkan tengah-tengah malam buta macam tue.. So, senyum jaklah.. Buat-buat tak dengar.

Prinsip yang saya pegang mudah je.. Mereka bukan marah sebenarnya.. Cuma mereka adalah insan yang mahukan kita sentiasa berada disamping.. Kalau boleh, kita nie duduk kat rumah 24 jam.. Itulah, marah kerana sayang!

Sama juga dengan aduan seorang sahabat saya baru-baru nie.. “Nak.. Engkau nie pergi beraya macam setengah tahun bah..”. Leter mak kesayangannya selepas menganjurkan program jelajah raya.. Jelajah baru setengah hari, tapi mak dah anggap itu macam setengah tahun.. J

Itu antara cabaran KATA-KATA yang datang dari orang-orang yang kita tak boleh nak “kawal”.. Ibu-bapa, abang-kakak, dll.. Mereka semua adalah insan yang sepatutnya kita lebih hormati.. Mereka punya ‘kuasa priority’ lebih dari apa yang kita ada.. So bila mereka “marah sayang” dengan kita, apa yang kita kena buat ialah.. “Serap” guna “HATI SPAN”!

Dan, bila tiba satu masa kita dah tak boleh tanggung, dalam erti kata—‘air dalam span tue dah terlalu banyak’.. Perahlah semuanya di atas tikar sejadah sewaktu sepertiga malam.. Menangislah dan mengadulah dengan ‘azza wajalla.. Dialah empunya segala hati-hati yang ada termasuklah hati mak bapa kita!

Orang DOUBLE: Manfaatkan ‘kuasa priorty’ anda.

Bagi orang DOUBLE pula.. Cabaran datangnya dari insan yang bernama isteri.. Tak terkecuali samada background isteri itu dari orang yang faham atau tidak faham.. Cabaran tetap ada, tapi mungkin ‘yang faham’ ini agak kurang “demandnya” berbanding ‘yang tak faham’.. (Entah pembaca faham atau tidak pusingan bahasa sastera saya ini. Hopefully faham..)

Tapi.. Ini dah dikira satu kelebihan buat kita.. Sebab, ‘kuasa priority’ ada di tangan kita sebagai lelaki atau suami. Berbanding orang-orang SINGLE tadi.. Cuma bukan pula maksud saya untuk meminta para lelaki menyalah-guna kuasa yang ada.. Sehinggakan mengabaikan segala tanggungjawab dalam rumah dan menyerahkan secara total 100% kepada perempuan. Itu sudah menjadi salah!

Apa yang sepatutnya ialah, bila lelaki sudah menjadi ketua dalam kedudukan DOUBLE ini serta dipinjamkan kuasa sementara oleh Allah swt.. Maka aturlah dengan sebaiknya.. Kuasa sudah ada, tinggal lagi ilmu bagaimana untuk memanfaatkannya..

Sesibuk-sibuk Rasulullah, baginda masih ada masa untuk berjenaka bahkan berlumba lari dengan Aisyah.. Rasulullah juga ada masa untuk mandi bersama dengan para isterinya yang ramai.. Bahkan, Rasulullah juga ada masa untk BERDAKWAH.. Juga ada masa mengepalai misi-misi negara madinah!~so,, Bolehkah kita bagi alasan tiada masa??

Maka, mari kita belajar urus masa dan ‘kuasa’ dari Nabi tercinta.. (Ini nota untuk diri saya juga!)

Peranan wanita ‘SOLEHAH’..

Bagi para wanita yang berstatus DOUBLE atau bahasa melayunya, ISTERI.. Berusahalah untuk membantu suami anda memperkasakan kuda-kudanya di jalan perjuangan.. Bukankah itu janji anda sebelum bernikah dulu?

Mungkin anda tidak pernah berkata, “Kenapa balik lewat sangat nie..?”.. Atau.. “Lain kali jangan pergi program lagi..”.. Tapi, tanpa sedar dengan menarik muka masam itu sudah menjadi signal yang membuatkan suami merasa tidak selesa lantas gundah gulana jadinya.. Apa yang berlaku, terpaksalah sang suami balik awal selalu bila ada program-program waktu malam.. Itu kira dah ok sebab masih sanggup datang, kalau lesap langsung?

Perhatikan,, “Wanita solehah adalah hiasan termahal dunia”-Hadis Nabi.

Mahal kerana harganya yang tak ternilai.. Bila sebut NILAI, nilai di sini bukan kerana wajahnya.. Atau akhlaknya.. Atau agamanya semata-mata.. Tapi, termasuk juga nilai tadhiyyahnya.. Iaitu SEMANGAT PENGORBANAN yang terkandung dalam dirinya..Maka, bila seorang wanita mahukan darjat solehah tadi, elemen tadhiyyah ini sepatutnya dijadikan salah satu bekalannya dalam melayari rumah-tangga..

Perlu diingat perkahwinan yang dilangsungkan bukan matlamatnya sekadar untuk menjanjikan belaian seorang suami yang sah.. Setakat untuk beristirihat di atas katil yang empuk.. Atau bergurau manja sepanjang masa.. Atau keluar bershopping-shoppingan bersama-sama.. Bukan! Kalaupun ada, itu hanya ‘BONUS’.

Berkahwin dengan orang yang nak “mewakafkan dirinya kepada Tuhan”.. Wanita tadi kena sabar apabila ditinggalkan.. Kena bermujahadah bila kehabisan wang simpanan.. Kena berdikari bila anak-anak sakit.. Kena menahan deraian air-mata bila disindir oleh sanak-saudara yang ‘tak faham’.. Ibaratnya, kena jadi seperti SITI KHADIJAH isteri Nabi yang sanggup mewakafkan tulang-belulang semata-mata untuk menjayakan misi dakwah sang suami..

Wahai wanita.. Sanggup menjadi ‘solehah’??

Dan.. Bila dah mengatakan janji kesanggupan itu.. Janganlah meminta seperti ini lagi bila dah kahwin.. “Bang.. Sudahlah pergi program tue.. Asyik-asyik program.. Tak habis-habis dengan program.. Bila la abang nak berehat??”—Contoh bicara seorang isteri di waktu malam.. Sebelum nak tidur.

Ya Allah.. Bergegar ‘arasy Allah swt apabila ada mulut isteri meminta macam ini dengan suaminya.. Jangan sekali-kali ucapkan kerana ketahuilah jasad suamimu itu hanya milik kamu sementara waktu.. Ketahuilah bahawa Allahlah pemilik mutlak kepada jasad lelaki pendamping kamu itu.. Bukan setakat jasad, bahkan nyawanya sekali!

Pesan bagi yang SINGLE mahupun tengah DOUBLE.

Apapun kedudukan kita, kita nak kejar ‘Mardhatillah’..

Kita bukanlah insan yang baik atau alim sangat.. Kita pasti punyai kelemahan dan kelompangan serta masih melakukan dosa-dosa di sisi Allah swt.. Apa yang kita boleh lazimkan kepada diri kita ialah mengusahakan istiqamah dengan gerak buat islam yang ada serta tetap teguh berdoa kepada Allah agar Dia sentiasa memilih kita.. Kunci: USAHA+DOA.

Kita jangan terburu-buru nak kejar status DOUBLE, kerana kita tak tahu samada boleh survive atau tidak dengan cabarannya nanti.. Ada hikmahnya Allah masih melambatkan ketibaan jodoh kita.. Yakinlah, Allah suka dengan keadaan kita sekarang!

Bila kita DOUBLE pula.. Kita janganlah pula selalu mengungkit status kita yang SINGLE sewaktu masa dulu.. Contoh, “Kalau abang masa bujang-bujang dulu, satu orang jak buat kerja nie..”.. Bukankah berumahtangga itu menjanjikan nikmat yang lebih memerkasakan kerja kita.. Sepatutnya, kita kena jadi CONTOH kepada mereka-mereka yang masih SINGLE.. Bukannya “IMPOTENCY” yang berlaku.. Itu mind-setting yang salah dan perlu diperbetulkan.

Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan ‘survivors’! Ameen..

Monday, September 28

Masih ada jalan pulang..


Saya duduk termangu di bawah masjid negeri yang tersergam indah.. Sambil-sambil itu tangan cuba mencatit sesuatu benda rutin dalam laptop peribadi.. Saja nak ‘melepak’ sini.. Hati tenang sket.. Dalam masa yang sama boleh berkenalan dengan pelancong yang datang.

Lama juga cuba mengimbas benda-benda yang mahu dicatit.. Cuti kali nie agak busy dengan macam-macam program.. Agak bersawang juga blog nie..

“Bang, buat apa tue..?”. Tiba-tiba ada suara menegur dari belakang.. Hmm.. Rupa-rupanya dah lama budak remaja ini memerhatikan gelagat saya..

Spontan itu, tangan saya menarik handphone yang diletak ditepi.. Respon yang berlaku secara automatik.. Barangkali pengalaman lepas yang mengajar urat saraf saya untuk bertindak sedemikian rupa.

“Oh.. Tiada apa.. Abang saja nak taip sesuatu..”. Saya men’scan’ budak remaja tadi.. Atas bawah.. Bawah atas.. Budak sekolah menengah, siap ada logo tertera di bajunya..

Saya menghentikan kerja sementara waktu.. Sambil mata masih memerhatikan dia.. Laptop saya cuba dijeling-jeling beberapa kali..

“Panggil jak Abg Zul.. Kamu pula siapa nama?”. Saya cuba bermesra..

“Alan”.. Jawabnya pendek..

“Bang.. Boleh tolong tak?”..

“Yup.. nak tolong macam mana tue eh?”

“Tolong belikan simkad.. Handphone saya tiada simkad.. Saya nak kol mak ayah nie..”

Hmmm.. Saya gigit bibir seketika.. Cuba merenung anak mata dia.. Petua orang-orang tua, kalau nak tahu kejujuran seseorang.. Tengoklah pada anak mata.. Tapi, dia tunduk.. Tak berani nak bertentang mata..

“Alan.. kamu sekolah di mana?”. Saya tidak terus menjawab permintaan dia tadi..

“Kat ‘tuuuut’..”. Saya tahu sekolah itu.. Hampir benar lokasinya dari Masjid negeri..

“Tak pegi sekolah ke hari nie..?”

“Tidak bang.. Saya tiada tali pinggang..”. Petah benar dia menjawab.. Macam dah pakar pula.. Walaupun jawaban tue kalau dibahas belum tentu boleh lepas..

“Memang perlu sangat ke simkad tue..? Nak buat apa juga?”.. Saya mengalih topik ke tajuk asal..

“Mestilah bang.. Nak cakap dengan mak ayah.. Diorang dah lama out-station..”

“Mak ayah tak marah ke kamu tak pegi sekolah hari nie...?”

“Tidak jugalah bang.. Itulah nak beli simkad sangat.. Nak bagi tahu yang Alan tiada tali pinggang untuk pergi sekolah..”

Saya seluk poket tepi seluar.. Nak keluarkan handphone..

“Apa nombor mak..? Biar Alan kol guna hp abang je..”. Saya menawarkan perkhidmatan.. Dalam masa yang sama, nak test sejauh mana kejujuran.

“Aaa.. Aaah.. Lupa la bang..”

“Nombor ayah?”

“Mmmm.. Alaaa.. Lupa juga lah bang..”. Haih.. Nie yang memusykilkan saya nie..

“Ok.. Kalau macam tue, biar abang belikan tali pinggang sekarang.. So, lepas nie abang boleh hantar pergi sekolah.. Esok tak perlu ponteng lagi.. Ok?”. Kebetulan kereta saya parking kat tepi masjid je..

“Ok bah bang..”. Mungkin dia ingat saya tak sanggup buat sampai macam tue sekali..

Saya apalagi.. Secepat kilat mengemas laptop, sedia nak menapak ke arah parking lot. Ingat nak main-main ke.. Rasa geram ada juga masa tue..

Saya bawa dia berjalan.. Sambil memegang bahu dia, kami berjalan bersama.. Bila dah dekat dengan kereta, muka dia tiba-tiba berubah..

“Bang.. Bang.. Saya nak kencing..”.. Eleh.. Nak buang air pula.. Sambil itu tangan dia cuba meleraikan tangan saya yang kemas memegang bahu dia sejak tadi..

“Nantilah.. Buang kat dalam kereta abang tue pun boleh juga..”.. Entah kenapa saya jadi ‘ganas’ tiba-tiba hari ini.. Mungkin ini peristiwa ulangan buat saya.. So, geram dah memuncak sampai ke kepala kot.

“Bang.. Ampun bang.. SAYA TAK TIPU LAGI !!”.. Waaah.. Perkataan inilah yang saya tunggu-tunggu sebenarnya.. Nada budak remaja itu agak tinggi juga.. Terkejut pakcik security yang berjaga di situ.. Nasiblah kami “kamcing”..

“Ooh.. kamu nak tipulah abang tadi..?”.. “Kenapa kamu buat macam tue?”.. “Cuba bagi tahu.. Abang tak marah..”.. Pegangan bahu saya lepaskan.. Cuba nak bagi dia keselesaan..

“Nak beli CD bang..”.. Serentak dengan itu dia menangis..

Ya Allah.. Demi sekeping CD, sanggup tak pergi sekolah.. Sanggup nak menipu orang.. Sanggup khianat amanah ibu dan ayah..

Saya terduduk di tepi kereta..

“Sudahlah.. Pergilah balik.. Nah duit tambang.. Lain kali,, Alan jangan tipu lagi!”.. Saya menepuk bahu dia.. Duit dua ringgit saya hulurkan.. Mudah-mudahan duit ini tidak dibelanjakan ke benda lain.. Khas untuk tambang balik rumah!

Dia berlalu sambil mengesat air mata.. Saya pula masih termangu di situ.. Hati masih berdebat.. Kenapa? Mengapa? Apa punca? Bagaimana nak selesai?.. Ini kira masih ‘peristiwa ringan-ringan’ melibatkan anak remaja kita..

Entahlah.. Kadang-kadang saya kehabisan kalam untuk mendiskusikan benda nie.. Ya benar, kita bukan Nabi Isa yang dikurniakan kemukjizatan sekelip mata.. Mana mungkin teguran yang sebentar mampu merubah seorang manusia yang sudah belasan tahun.. Tapi, at least adalah usaha yang dibuat..

Alan, kamu masih ada jalan pulang.. Mudah-mudahan Allah tunjuk kepada kamu! Ameen..

Thursday, September 24

Salam 'eidul Fitri...


"Dengan penuh kerendahan hati..
Kami memohon kemaafan atas segala kesalahan mahupun kekhilafan diri kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan teman-teman sekeliling.
Taqabalallahuminawaminkum.."

Selamat Hari Raya 'eidul Fitri 1430H, Mohon Maaf Zahir Batin!