Tuesday, November 24

Sebiji durian, selaut Tawakkal.

Angin malam yang sepoi-sepoi menerobos masuk ke dalam kabin.. Kereta Vios coklat milik Ustaz Zaifidin tetap meluncur tenang membelah kepekatan malam.. Sekali sekala bunyi suara ustaz tenggelam dengan deruman kereta yang berselilih dengan Vios coklat.

Seperti selalunya, Isnin malam selasa sudah menjadi kerutinan saya menemani Ustaz untuk “USRAH” Kampung Ladang. Dulu, yang tersemat di dada adalah sekadar menjadi teman.. Tapi, sejak kebelakangan ini hati sudah terpaut dengan pengisian usrah yang disampaikan..

Ya Allah.. Rupanya banyak lagi khazanah ilmu Fikrah yang saya belum terokai.. Apatah lagi mengamalkan. Alhamdulillah! Untuk itu saya semakin punya keazaman untuk lebih konsisten..

Malam ini.. Banyak yang ustaz kongsikan sepanjang perjalanan balik.. Dah banyak yang diajar dan ditabur ketika usrah, tapi ustaz memberikan suntikan ‘special’ buat saya.. Yang masih menagih ilmu dan mutiara kata daripada orang Alim sekeliling..

Itulah untungnya bermusafir dengan orang yang alim.. Sedikit sebanyak mutiara mereka berguguran untuk kita kutip dan simpan..

“Petang tadi anak ana ‘meronta-ronta’ nak makan durian..”—Ustaz memulakan bicaranya sebaik saya melabuhkan punggung di dalam perut Vios.

Kanak-kanak yang meronta-ronta mungkin akan diam setelah mendapat durian.. Tapi, belum tentu bagi 'Orang besar'. Kerana makin besar orangnya, makin besar juga mahunya..

“Bayangkan anak ana tue dia menjerit-jerit.. Nak Durian, nak durian, nak durian..”

“Kita pun cakaplah.. Iya, Abi tahu.. Nanti Abi belikan.. Tunggu sampai kat kedai..”—Saya masih tak faham.

“Tapi.. Ya Allah.. Punyalah dia berdegil.. Nak durian sekarang juga.. Meronta-ronta dia di belakang kereta”.—Saya tersenyum. Tersenyum membayangkan seorang budak kecil yang melompat-lompat meminta seulas durian.

“Sebenarnya, anak kecil nie dia tak faham.. MASANYA BELUM SAMPAI.. Kalaulah kita berhenti di tepi jalan tadi, bolehkah kita sampai kat kedai.. Kalau tak sampai di kedai, bolehkah anak kita makan durian?”—Ustaz berkias.

“Sebenarnya, kita sebagai Ayah memang nak bagi makan durian.. Cuma, kita tahu masanya belum sampai. Tunggulah sampai kat kedai, nescaya dua ke lima biji durian pun kita boleh bagi..”—Makin dalam ustaz berkias..

“Jadi, moral of the story ialah..”—Cepat-cepat Ustaz memberitahu moral cerita. Tidak mahu saya terus kepinga-pingaan.

“Samalah situasinya kita dengan Allah swt..”

“Saban hari kita meminta sesuatu pada Allah.. Kita berdoa; Ya Allah, bagilah ya Allah.. Percepatkanlah ya Allah.. Perkenankanlah ya Allah.. Tapi, anehnya masih tak dapat-dapat lagi!”..

“Bukan Allah tak dengar semua itu.. Sama dengan situasi Ayah tadi.. Bukan dia tak dengar jeritan hati anaknya.. Tapi, MASANYA BELUM SAMPAI.. Allah swt lah yang Maha Tahu bila masa yang sangat sesuai untuk memperkenankan permohonan hambanya..”

“Sebab itu, saban hari kita yang berdoa hendaklah dengan meniatkannya sebagai Ibadah.. Bukanlah tujuan doa tadi untuk “MEMAKSA” Allah membuat keputusan segara untuk kita!”—Konklusi yang kemas dari Ustaz..

Saya mengelamun seketika..

Betullah apa yang Ustaz perkatakan.. Jangan sampai seolah kita “memaksa”.. Hak Hamba adalah berdoa dan bertawakkal.. Hak Allah untuk mengabulkan hajat hambanya.. Terpulanglah kepada Allah bila masanya yang sesuai.. Di sinilah tawakkal itu berputik.

Dia Maha Tahu sedangkan kita langsung tak tahu!

Bila Allah nak bagi?

Bila sampai masanya,, insya Allah, PASTI Allah swt akan bagi. Percayalah dan Yakinlah! Buktinya, Allah swt dah berjanji:

“Berdoalah kamu padaKu, nescaya akanKu kabulkan..”—Quran.

Monday, November 23

Projek: Generasi Al-Fateh

Suasana 1:

“Ummi.. Ummi.. Malam nie Zammi nak dengar kisah Al-Banna!”—Sebaik sahaja doa tidur habis dibaca, si kecil yang baru masuk usia tujuh tahun itu merengek-rengek manja..

Ummi duduk bersimpuh di tepi katil anaknya, Zammiluni.. Tersenyum berseri.

Sampai bila buku Bed Time Story untuk anak-anak kita ditaja oleh Walt Disney?

“Bukan semalam sayang dah dengar kisah tu.. Malam nie kan kita nak dengar kisah yang baru.. Syed Qutb.”—Tangan ummi cuba mencapai buku, “Bed time Story” di dalam almari bilik anaknya..

“Ala.. Semalam Ummi tak habis cerita kisah Al-Banna lagi.. Zammi nak tahu kenapa Al-Banna dibunuh? Bukankah dia pemuda yang baik.”—Si kecil memaut tangan ibunya,, Ummi..

“Oh.. Ummi tak habis cerita ke? Oh ye.. Ummi terlupa. Ok sayang, malam nie kita sambung kisah hebat As-Syahid Al-Banna ye..”—Ummi menyelak buku “Bed Time Story”.. Mencari kisah yang bertajuk; “AL-BANNA”.

Ummi bercerita.. Dan terus berceita..

Buku “Bed Time Story” yang dipenuhi oleh kisah-kisah para Mujahid dan Mujaddid Agama itu amat menarik minat si anak.. Termasuklah helaiannya yang penuh warna-warni dengan gambar-gambar tokoh yang dimaksudkan..

“Al-Banna menjadi baik di mata orang kerana perangainya.. Walaupun dia dibunuh, tapi Al-Banna tetap mulia sehingga kini. Siapa lagi yang mengajar sebegitu kalau bukan Ayah dan Ibunya.. Jadi, Zammi pun kena ikut cakap Ummi dan Abi ye.. Insya Allah nanti jadi hebat macam Al-Banna juga.”—Tangan Ummi mengusap-usap rambut Zammiluni.. Mata hati yang diharapkan menjejak langkah Al-Banna!

“Baik Ummi! Zammi nak tidur awal.. Esok nak cerita pasal Al-Banna kat kawan-kawan di sekolah! Nak cerita dengan Syafiq dan Najmi..”—Teruja benar anak ini..

Ummi hanya tersenyum. Moga-moga engkau menjadi Al-Banna.. Amin ya Allah..

Lampu dimatikan..

Tidurlah si anak dengan bermimpikan Al-Banna.. Watak yang akan menginspirasi!—Bayangkan, kanak-kanak sepertinya dah boleh bercerita dengan rakan-rakan perihal Al-Banna! Bukan cerita Doreamon atau Power Rangers..

***

Suasana 2:

“Erm.. Kisah apa pula malam nie?”. Abi bertanya sebaik Ummi masuk ke kamar..

“Malam nie anak kita Zammi nak sambung dengar kisah Al-Banna..”. Abi tersenyum bangga.. Good job my sweet heart!—Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat pembantu yang memahami..

Pembantu yang memahami visi ketua.. Mahukan anak yang Soleh dan Solehah.. Tidak cukup sekadar dua itu, tapi visi yang akhirnya merealitikan generasi Al-Fateh; Pembuka.. Membuka kota-kota hati manusia yang masih berdegil dari cahaya Kebenaran.. Moga-moga..

“Hujung minggu nie kita ada Usrah Aulad (anak-anak), Abang dah tengok modul apa yang nak dibawa?.”.. Ummi mengingatkan.

“Oh ya.. nasib sayang ingatkan..”. Abi pantas mencari buku “Usrah; Al-Fateh” dalam rak buku yang tersusun..

“Kita bincang sekejap ye.. Abang pun tak berapa arif.”—maklumlah, Ummi yang banyak handle usrah Aulad ini.. Abi sering tersibuk dengan Usrah Luar; Usrah orang Dewasa..

Hakikatnya, psikologi orang dewasa dengan kanak-kanak amat jauh bezanya.. Maka, kaedah pembawaan usrah pun mestilah berbeza.. Metodologi yang berlainan tapi matlamat kefahaman yang tetap sama..

Sebagai contoh, tidak patut membawa Usrah dengan buku Risalah Ta’alim umpamanya secara direct kepada anak-anak yang masih punya tahap pemikiran rendah.. Apa yang patut ialah, kita mengekstrak kandungan buku fikrah itu sesuai dengan tahap faham mereka..

Tuntas, usaha pengekstrakan itulah yang akhirnya menatijahkan Buku Usrah; Al-Fateh, khusus untuk anak-anak harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

“Minggu lepas Ummi dah start tajuk Arkanul Bai’ah.. Tajuk JIHAD; Bersungguh-sungguh”. Ummi memberitahu..

“So, minggu nie abang kena sambung Tajuk TADHIYYAH; Pengorbanan lah ye?” Cepat Abi menangkap maksud Ummi..

Arkaanul Bai'ah: Saya yakin ia boleh disampaikan dan seterusnya diaplikasi secara PRAKTIKAL oleh kanak-kanak seawal usia mereka..

“Ha’ah.. Pandai pun abang saya nie..”. Alhamdulillah.. Sepakat antara suami dan isteri seperti inilah yang kita mahukan. Agar generasi yang baharu nanti bukan hanya cemerlang akademianya.. Bahkan, minda dan paradigmanya untuk kemenangan Islam..

Saya panggil generasi itu nanti.. Generasi Al-Fateh!

***

Saya masih mencari idea dan bahasa yang amat tersesuai untuk diungkap pada level akal seorang kanak-kanak..

Mungkin ada idea yang hadir hasil dari perbincangan dengan beberapa teman yang merelakan diri mereka untuk menjadi “Team” kepada saya.. Team untuk menghasilkan Modul usrah; Al-Fateh ini.

Idea ada, tapi mencari dan memilih BAHASA yang sesuai untuk MENYENTUH jiwa kanak-kanak itu bukan mudah.. Kita perlu menyelami alam mereka lebih dalam lagi.. Perasaan mereka, ilusi mereka dan dunia kira-kira mereka..

Buku Usrah Al-Fateh yang cuba untuk digagaskan setakat ini masih belum mengalami pengembangan yang betul-betul mantap dan perlu diperhalusi lagi..

Saya ingin membawa idea “PENERAPAN” sebagai kerangka metodologi utama untuk pembentukan anak-anak Harakah Islamiyyah itu nanti.. Atau dalam terminologi yang saya citrakan sebagai; Generasi Al-Fateh!

Setakat ini progress idea kami hanya mencakupi dua Metod yang terkait pada dua sitausi tadi.. Modul kisah-kisah untuk diguna pakai setiap malam.. Dan, modul usrah mingguan yang berbentuk pengisian melalui permainan.

Metod Pertama; Cerita-cerita sebelum Tidur.. (bed time Story)

Saya cuba menggambarkan metod pertama melalui suasana 1 pada mukaddimah entry ini.. “Bed time Story” kalau bahasa orang putihnya..

Secara umumnya, modul ini lebih kepada kaedah PENERAPAN melalui PENGKISAHAN yang BERTURUTAN kepada seorang anak.. Dengan kata lain, jiwa mereka cuba dibelai secara halus untuk disuntik dengan kisah-kisah penuh Inspirasi.. Tokoh-tokoh Islam berbanding cerita-cerita lain yang tidak berpijak pada asas Islam.

Cuma kritikalnya di sini ialah, kaedah pengkisahan tadi perlu dibuat dengan lebih menyentuh lagi.. Elemen KLIMAKS cerita dan NILAI terungkap perlulah lebih mudah dan cepat untuk ditangkap oleh otak kanak-kanak.. Maksud saya, tidak Complicated!

Lagi satu.. Grafik pada buku ini amat penting.. Sebab, terbukti peringkat kanak-kanak banyak mengembangkan pemikiran mereka dengan bantuan alatan grafik.. Kaedah dokumentasi yang menarik minda dan minat seorang kanak-kanak adalah antara faktor kejayaan sebuah proses PENERAPAN.

Metod kedua; Modul Usrah berbentuk PERMAINAN..

Ideanya ialah, bahan-bahan Usrah yang ada sekarang ini cuba untuk diekstrak dalam bentuk permainan yang menarik minat kanak-kanak..

Apa sahaja yang Fikrah yang dituntut bagi mebentuk seorang Kader Harakah Islamiyyah akan cuba disampaikan dengan kaedah yang bertepatan dengan nature seorang kanak-kanak kecil.. Tanpa meninggalkan faktor keseronokan sebagai elemen yang mengistiqamahkan mereka untuk terus mengikuti modul-modul tadi..

Apakah sukar untuk membuat modul yang membawa maksud JIHAD; Bersungguh-sungguh? Atau TADHIYYAH; Pengorbanan umpamanya?

Saya rasa tidak.. Cuma, tidak ramai yang berfikir ke arah itu..

Biarlah kanak-kanak mengetahui dan faham pada usia yang lebih awal.. Banding dengan kita, dekat Universiti baru tahu akan semua itu!

***

Kalaulah kita bercita-cita untuk melahirkan tokoh-tokoh sehebat Al-Banna, maka di sinilah kita sepatutnya bermati-matian untuk mentunaskan mereka.. Iaitu seawal zaman kanak-kanak.. Dan, ini perlukan peranan dan sarana ibu bapa!

Ibu bapalah yang berperanan paling penting.. Bukan menyandarkannya atau menangguhkan proses itu sehingga anak-anak tadi bertemu proses tarbiyyah di kampus atau di sekolah.. Bahkan, ia bermula di rumah masing-masing..

Lupakah kita.. Al-Banna itu menjadi sedemikian kerana didikan Ayahnya? Begitu juga tokoh-tokoh lain.. Mereka bertunas di dalam rumah, bukan di sekolah atau bukan dengan tangan orang lain..

Tidak mahukah kita, generasi nanti mengenali lebih awal apa yang kita telah kenali sekarang?

Tapi, kaji punya kaji.. Rupanya antara faktor ibu bapa tidak dapat membuat kesinambungan proses tarbiyyah yang jelas pada anak-anaknya ialah KEKURANGAN SUMBER. Sumber mungkin berlambak, tapi sumber yang dah diekstrak itu amat kurang.. Apatah lagi untuk dinamakan ia sebagai SILIBUS..

Insya Allah..

Kami mengharap PROJEK seperti ini akan merungkai dan memudahkan lagi usaha pentunasan Generasi Al-Fateh. Kalau tak pun ia jadi satu SILIBUS, harapnya boleh menjadi rujukan sampingan.. Atau cerita-cerita malam yang menginspirasi..

Kami mengalu-alukan sumbangan dan korban tenaga dan Idea dari sahabat-sahabat yang ada FIKIR dan MAHU untuk menjayakan Projek ini..

Tiga Team telah ditubuhkan..

Team BRAINSTORMING, Team GRAFIK&DOKUMENTASI, Dan Team EDITOR (pakar-pakar Bahasa berada di sini).. Pilihlah nak bantu yang mana satu?

Apa yang saya nampak, hari ini kita Buat.. Insya Allah, esok lusa kita yang pakai.. Percayalah!

Bukanlah sebutir Bintang...

“Memang tak nak balik ke?”—Ibu bersuara dihujung gagang..

“Insya Allah tak. Boleh kan?”. Saya menguji ibu.

“Boleh.. Cuma takut kamu sahaja yang tak mampu nak bertahan..”. Ibu yang menguji saya pula. Terbalik.

“Anak ibu dah besar. Insya Allah tak menangis punya.”. Strategi untuk mengelak.

“Oh ya ke? Kita tengok siapa yang menangis nanti..”. Saya tergelak dengan cabaran ibu.

Hari raya memang sinonim dengan balik kampung.. Tak kiralah namanya hari raya puasa atau haji.. Bila tiba sahaja hari yang dipanggil raya, terlontar di dalam benak segala perihal tentang kampung laman. Kerinduan akan tak tertahan jadinya...

Tapi tak bermakna, dikala raya sahaja kita mengingat.. Atau mengenang..

Pada namanya Ibu yang duduk berjauhan..

Pada namanya kampung laman yang mendamaikan..

Atau pada namanya sahabat sejuang yang tertunggu-tunggu kepulangan.

Malah, saban masa sepatutnya mereka semua perlu diingat dan dikenang. Apatah lagi buat ibu, satu-satunya permata berharga yang saya ada.. Sehingga tak sanggup melihat sinarnya malap dirundung duka bila tidak semua anak-anak balik berhari-raya di rumah.. Apakan daya, saya terpaksa belajar untuk lebih dewasa..

Bersabar wahai ibu, insya Allah saya akan pulang jua.

Begitu juga buat teman sperjuangan di sana.. Apa khabar kalian? Pastinya tersibuk dengan gerak kerja yang ada..

Apapun, bukanlah bermakna kita merasa diri ini terlalu berharga buat orang.

Apalah yang kita ada.. Tulang empat kerat ini masih ‘cacat’ untuk memberi.. Sehingga kadangkala merasa malu bila ada orang menggelar bintang yang ditunggu kepulangannya [sumber]..

Ah! Saya bukanlah sebutir bintang.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Akhir serta Khas untuk ibu..

Sempena Aidil Adha, saya mencuba untuk lebih menghayati kisah Nabi Ismail dengan ibunya Hajar. Pengorbanan seorang ibu untuk melepaskan anaknya pergi menyahut seruan Tuhan.. Itulah manifestasi kasih tertinggi seorang ibu. Biarpun, hati terlampau sayang.. Tapi, seruan Tuhan tetap ditunaikan.

Sama keadaannya tapi mungkin jauh makamnya.. Kerana belajar, ia juga ibadat yang diseru Tuhan..

Oh Ibu! Terima kasih kerana sekali lagi sudi melepaskan anak ini.. Untuk terus menjadi PELAJAR KEHIDUPAN.. Kalaupun ia menjadi Bintang, tapi bukan untuk orang.. Hanya untukmu ibu yang seorang.

Sunday, November 22

Masihkah kamu mengingat?

Segalanya bermula di sini... Masjid Al-Irfaan.

“Allaaahu Akbar!”—Takbir pemula solat dari Ustaz Wan bergema memenuhi ruang Masjid Al-Irfaan..

Ketika itu, semuanya pasti mengambil suapan terakhir. Tekejar-kejar untuk menghabiskan sisa juadah berbuka dalam talam yang dikongsi berlima. Nak kejar rakaat pertama..

“Biar ana yang basuh..”—Saibul, sahabat kami memberikan ‘offer’. Sambil anak matanya mengisyaratkan pada talam.

“Takpa, biarlah ana yang basuh..”.—Aizuddin, menolak.

“Ish.. Takpelah. Ana lah pula.. Antum berdua kan dah selalu basuh..”. Kali ini, Hafiz pula mencelah.

“Takpa takpa takpa.. Ana yang basuh..”.. Dengan pantas, Zihad mencapai talam tadi dan membawanya lari.. Tergelak kami berempat.

Subhanallah.. Berebut-rebut untuk membuat amal kebajikan.. Walaupun sekadar basuh talam. Inilah antara kenangan yang takkan terkikis dari lubuk hati kami. Dan, pastinya bukan kami sahaja.. Sesiapa pun yang pernah melaluinya.. Di sini.. Irfaan!

“Astaghfirullah al-aziim.. Allazii laailaha illah hualhayyul qayyum wa atuubu ilaih..”—Ustaz Wan, Imam Masjid memulakan zikir selepas solat. Macam biasa, beliau akan memandang kebelakang.. Melihat berapa ramai anak pelajarnya yang hadir ke masjid barangkali..

Saya tenggelam dalam kelazatan berzikir..

Ya Allah.. Ya Rahman wa Rahiim.. Maha Suci Engakau yang punya Kuasa membuka hati-hati Kami yang berhimpun di sini.. Bukalah pintu hati kami ya Tuhan.. Pertautkanlah hati kami ya Rabbi..

Tanpa sedar, air mata berlinangan dalam pelupuk mata.. Air mata kesyukuran.. Syukur kerana terpilih untuk berukhuwah bersama sahabat-sahabat seperjuangan..

“Enta mengantuk kan..?”—Saibul mengaju soalan..

Jarum jam Irfaan dah menunjuk angka 1 pagi. Padanlah mengantuk!

“Mengantuk shiekh.. Tapi, banyak lagi tak cover nie..”. Kebimbangan sebab esoknya ada test mengalahkan keinginan untuk tidur. Walaupun sekali-sekala tersengguk.

“Oh kesiannya.. Ana tolong urut belakang ye..”. Macam biasa.. Sahabat yang ada membantu. Tak kira apa sahaja..

“Ana buat air.. Kita minum kopi ‘kaw kaw’ (pekat). Mesti tak mengantuk punya.” Zihad pula dengan hobinya.. Membuat air kopi..

“Ana hanya tolong minum..”. Nukiman membuat lawak.

“Abang Nuki tak boleh minum. Nanti perut tambah ‘besar’..”. Zihad mengusik.. Hahaha. Kami ketawa.. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak “kesenggukan” menelaah pelajaran hilang kerana kehadiran sahabat-sahabat.

Tatkala berasa penat, mereka meberikan motivasi..

Dikala bersa lemah, mereka menginspirasi..

Dikala berasa duka, mereke mghiburkan..

Bila masa kita jatuh, mereka menghulur tangan untuk membantu.

Itulah sahabat.. Dan, saya menjumpai nilai seorang sahabat yang sebenar di sini.. Irfaan!

Tapi, benarlah kata-kata.. Sebuah PERTEMUAN takkan selamanya kerana pasti akan bertemu dengan PERPISAHAN.. Inilah antara hukum karma Alam kerana tiada yang akan kekal melainkan hanya Dia sahaja.. Allah swt!

“Akhir sekali.. Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi.. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Irfaan, mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambung pengajian selepas ini.. Harapan saya, walau dimana pun kita berada selepas ini, Islam mesti sentiasa dijulang..”.

Air mata sudah tak tertahan ketika itu.. Sabar sabar.. Masih di atas pentas nie..—Hati cuba menenangkan. Alhamdulillah, saya dapat juga menghabis beberapa bait kata-kata yang terakhir.

Sebaik turun dari pentas, saya dipeluk oleh beberapa puluh sahabat pimpinan dan juga ahli Jawatankuasa Irfaan yang lain. Tiada apa yang mampu diucap.. Melainkan Allah swt sahaja yang layak untuk disebut..

“Ya Allah... Betapa indahnya sebuah pertemuan.. Tapi, betapa peritnya sebuah perpisahan..”

Sudah bertahun peristiwa itu berlalu.. Rasanya dah masuk tahun yang kelima..

Sahabat-sahabat, masihkah kamu ingat??

Kata-kata saya yang terakhir..

“Di mana pun kita berada.. Islam mesti sentiasa dijulang..”.

Maksud saya begini..

Pada Irfaan, cinta kita berputik.. Kasih kita membunga.. Bukan hanya untuk sesama sahabat.. Tapi, pada Islam yang digenggam..

Perpisahan bukan membawa makna untuk kita berhenti.. Berhenti dari kerja yang sudah dimulakan di sini.. Tapi, perpisahan bermaksud kita perlu mencari..

Mencari mana gunung yang belum didaki.. Dakilah! Sambil membawa Islam yang digenggam.. Untuk ditanam di sana..

Mencari mana lembah yang belum diteroka.. Terokalah! Sambil menggengam Islam dengan tangan.. Untuk disemai di sana..

Mencari mana lautan yang belum diredah.. Redahlah! Sambil Islam digenggam. Untuk disuburkan di sana..

Inilah maksud lafaz saya..

Moga semuanya masih mengingat!