Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.
UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".
Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.
"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat pengetua kolej berkenaan profesor madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.
Malaysiakini belum berjaya mendapatkan reaksi pihak kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.
Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.
SUMBER : Malaysia Kini
_______________________________________________________
HEP mengganas lagi! Kali ini dua orang ahli PMIUPM menjadi mangsanya.. Mungkinkah tindakan itu suatu amaran kepada para Mahasiswa bersempena dengan pilihan raya kampus kali ini? Ya.. saya rasa ada kebarangkaliannya.. Seolah-olah inilah jawapan HEP kepada barisan student yang membuat demonstrasi menuntut PRK yang adil di depan Kementerian Pengajian Tinggi tempoh hari lepas. Dan mungkin juga pihak HEP mula tertekan dengan kemenangan bergaya calon-calon Pro-Mahasiswa di UPSI baru-baru ini!
Aktivis Mahasiswa VS HEP KPT
:: Siapakah yang akan menang..? Tolong bagi respon dan komen anda sebagai Mahasiswa!!
No comments:
Post a Comment