Tuesday, October 7

The nuclear issue vs The secret agenda of Israel !!

US cool to Israeli strike on Iran
By Peter Hirschberg

JERUSALEM - Israeli Prime Minister Ehud Olmert will travel to Moscow this week for talks that will focus largely on Iran's nuclear program at a time when there seem to be growing signs that the US is unenthusiastic about the idea of an Israeli military strike on Iran's nuclear facilities.

Since President George W Bush's visit to Israel in May to mark the 60th anniversary of the Jewish state, there have been reports that Washington is sticking to its policy of sanctions on Iran and that, for now, Israel does not have a green light to strike at its nuclear sites.

Media reports emerged about two months ago that the US had denied an Israeli request for a weapons package that would have increased its capability of launching an attack on Iran's nuclear installations. Last month, the daily Ha'aretz reported that the security aid package included "a large number of bunker-buster bombs, permission to use an air corridor to Iran, an advanced technological system, and refueling planes".--ASIA ONLINE (7 October 08)
______________________________________________________

Realitinya Iran semacam anak rusa yang terpisah dari ribuan kawanannya. Dan sekarang ia diburu oleh beberapa ekor 'singa' di atas hamparan Sahara yang sangat luas. Tiada siapa yang mempedulikannya.. Anak rusa ini terkulat-kulat keseorangan kerana rusa-rusa yang lain hanya mahu memerhatikan sahaja. Mujurlah beberapa ekor Dubuk berani mempertahankan si anak rusa walhal Dubuk itu sama juga sifatnya dengan Singa.. Kedua-duanya karnivor!

USA+Israel+Sekutu=SINGA
Russia+Venezuela+Negara Komunis=Dubuk
Anak Rusa=IRAN
Rusa-rusa=Malaysia, Arab Saudi, Qatar, Jordan, ++++

OIC

OIC memang sinonim dengan sikap Oh I See.. But the result is nothing.. Orang kampung kata, just look-look.. Then speak-speak.. To do action, Never!..

Desakan demi desakan dibuat dan dipelopori oleh negara Israel Laknatullah untuk mempengaruhi dunia Europe supaya menyokong kempen serangan terhadap Iran dengan alasan Iran mempunyai agenda berbahaya iaitu membangunkan kuasa pemusnah nuklear. Malah, berita hari ini yang terpampang di atas adalah suatu usaha nekad Israel bagi mempengaruhi negara blok komunis seperti Russia supaya menyokong kempennya itu. Apatah lagi dengan kelantangan Mr President of Iran yang selalu mengkritik Israel secara terbuka.

Sebenarnya para penganalisis perang terkenal merumuskan bahawa penangguhan kempen perang terhadap Iran adalah berdasarkan kebimbangan mereka terhadap sikap Russia dan negara komunis lain yang agak cenderung terhadap Iran. Bukannya kerana mereka bimbangkan melambungnya pasaran minyak serta defisit stok bekalan ekoran dari Iran adalah pengeluar minyak kedua terbesar di dunia. Bahkan, jauh sekali bimbangkan kebangkitan negara OIC jika mereka menyerang Iran which is Iran also one of the OIC members!

Walaupun ada negara yang masih menyatakan sokongan terbuka terhadap Iran, tapi kita sebagai umat Islam perlu ingat bahawa mereka juga adalah karnivor. Maksud saya, sokongan yang diucapkan mungkin bermotifkan kepentingan politik orientasi komunisme dan kepentingan pasaran ekonomi kepada mereka khasnya bekalan minyak. Bukanlah sokongan yang betul-betul boleh dipercayai secara mutlak dan azali. Maknanya, sampai bila kita bergantung dengan kuasa-kuasa asing seperti Russia, China dan Korea ini. Mengapakah kita sebagai negara-negara umat Islam tidak dapat membangunkan suatu potensi kekuatan baru ( a new strength potential) sebagai mana Europe sehingga membolehkan kita menjadi kelompok negara yang tidak bergantung kepada orang lain. Bahkan, orang lain yang memerlukan kita!

This is not just dreaming. But it can be a reality

China menjadi antara SUPERPOWER yang digeruni blok barat

Sedangkan China boleh berdiri sendiri. Inikan pula kita yang terdiri dari gabungan semua negara Islam yang ada. Semuanya ada pada kita. Sebut sahaja apa yang anda mahu; minyak, sumber manusia, pasaran barangan, hasil galian, hasil laut, pertanian, semuanya ada.

Tapi apa masalahnya?

Masalahnya ialah OIC hanya tinggal I See. Setiap tahun berlaku persidangan tetapi hasilnya lebih di kertas tapi kurang di badan. Paling menyedihkan, OIC hanya mampu menganjurkan program seperti pertandingan Tilawah Quran peringkat antarabangsa sahaja sebagai ganti dengan program membebaskan bumi Palestin, Afghanistan, Selatan Mindanao dari cengkaman durjana musuh. Seoalah-olah OIC ini buta terhadap isu teras umat Islam kini. Tambahan pula pemimpin OIC di Malaysia misalannya bergelut dengan situasi ingin mengekalkan kuasa politik, Dubai dengan perbelanjaanya yang berbilion ringgit untuk membangunkan syurga dunianya, begitu juga Qatar dengan keghairahan duniawinya sehingga masing-masing hanya menutup mata dan telinga terhadap segala isu yang berlaku.

Manifestasi dari itu, OIC kehilangan POWERnya dan gagasan hanya tinggal nama dan tiada mobilasi yang bersifat 'CATASTROPHE" kepada negara-negara bongkak caturan zionis. Malah mereka tidak memandang pun kepada OIC walau sebelah mata sekalipun. Lihatlah kenyatan perdana menteri Perancis baru-baru ini berhubung ketegangan Syria-Israel, komen Nicolas Sarkozy bernada begini;

"I told Assad (Syrian President) that if the Israelis accept the principles and the direct negotiations begin, France ready to help diplomatically, politically, economically and militarily"

Nicolas Sarkozy; French President

Nah! bukankah sekali lagi Negara Umat Islam dipaksa mengikut jari telunjuk Isreal untuk menentukan nasib tanah-airnya sendiri.. Apa boleh buat semuanya bahana dari sikap OIC..!!

Wassalam.

Mohamad Zul Hilmey Makmud
Final Year Student,
Faculty of Electrical engineering.

No comments: