Alhamdulillah!
Usai sudah program GRADUATION WORKSHOP 2009.. Terasa mahu mencoret sesuatu di laman sesawang yang ditinggal sementara waktu.. Walaupun badan masih tidak sihat sepenuhnya, tapi atas kasih-sayang Allah maka sempat jugalah menghabiskan program selama dua hari itu..
Ringkas, santai, tapi mampu mengasak minda untuk berfikir..
Itupun jua yang saya komen dalam borang soal-selidik yang diedarkan oleh AJK Penganjur..
Semangat membentang life planning sehingga tangan hilang?
Ya.. Walaupun program tidaklah seberat program-program kampus seperti yang dilalui ketika tahun-tahun pengajian yang awal, tapi program ini punyai kelainan yang tersendiri.. Sebab, apa yang dibincangkan dan dibahaskan adalah seputar startegi dan kaedah untuk menguasai suasana ALAM LUAR KAMPUS. Alam yang merujuk kepada situasi dan medan sebenar tempat berpencak bagi sesiapa yang mahu menggalas tanggungjawab sebagai Dai’e..
Alam kampus.. Dunia yang sudah ditinggal dibelakang.. Kalaupun orang membicara bahawa alam ini hanyalah tempat seketika untuk beridealisme atau dianggap retorika, tapi sebenarnya ia mengajar banyak perkara.. Sedikit demi sedikit ia menuang kematangan dalam berfikir sehingga proses “MEBUMIKAN sebuah IDEA” dapat direalisasikan di alam luar kampus..
Semua orang tahu.. Semua orang arif.. Apalagi bagi produk yang bergelar Mahasiswa akan bahawa iklim antara KAMPUS dan LUAR KAMPUS sangatlah jauh berbeza.. Kalau di kampus, kita mungkin hanya berfikir untuk beberapa cabang perkara sahaja.. DAKWAH dan AKADEMIK. Itupun sudah cukup memeningkan malah bukan sedikit yang ‘gugur’ awal kerananya.. Apalagi bila melangkah keluar, hakikat sudah menunggu dan memberitahu bahawa beban tadi akan bertambah satu demi satu.. Yang penting ialah DAKWAH pastinya masih nombor satu dan KERJAYA serta KELUARGA menyusul di belakang. Dan kalau mampu seiringkan ketiga-tiganya, itu lagi excellent!
‘Baitul Dakwah’
Tertarik dengan Ustaz Amin dalam pengisiannya mengenai persediaan rumah tangga, lalu terbitlah perkataan baru ini bagi menginterpretasi apa yang disebut sebagai BAITUL MUSLIM sebelum ini.. Betul.. Bahkan saya cukup setuju.. mendirikan baitul muslim sahaja tidak memadai di kala kebejatan yang meruncing sekarang.. Demi itu, hari ini jika sesiapa ada kemampuan untuk berumahtangga maka dirikanlah BAITUL DAKWAH!
Proses pendidikan bagi institusi baitul dakwah adalah bermula dari sini!
Baitul Dakwah sesuai dengan perkataannya sekaligus mencerminkan sebuah rumahtangga yang bukan hanya mengamalkan asas-asas islami dalam kerukunannya, tapi juga melaksana tugas dan taklifan sebagi Du’at..
Abi.. Abi tak pergi Usrah Abiyaat ke hari nie?
Ummi.. Ummi tak pergi Liqo’ Ummahat ke hari nie?
Alhamdulillah.. Kalaulah dua perkataan seperti itu terungkap dari bibir anak-anak sendiri, maka saya kira anak-anak ketika itu bukanlah sudah ‘ancaman’ kepada gerak buat dakwah bahkan ia sudah menjadi ‘mobilisasi’ yang membantu.. Sebab itulah perencanaan rapi yang diadun dengan rasa faham antara dua pasangan semestinya boleh menjawab persoalan; mengapa mereka bertemu lantas berumah tangga..? Maka, sepatutnya tidak ada jawaban lain yang diucapkan melainkan atas tuntutan dakwah!
(Keluar sebentar dari blok pengisian Ustaz Amin)
Galakan berdakwah kepada anak-anak sebenarnya mesti disemai sejak dari kecil lagi.. Malah, bagi saya manifestasi sunnah melaungkan azan di telinga seorang baby yang baru dilahirkan cukup signifikan untuk memberitahu bahawa sekecil-kecil baby itu sekalipun ia mesti diajar untuk berdakwah! Mengapa tidak.. Bukankah kandungan maksud azan itu punyai makna dakwah??
Samalah juga dengan anjuran sunnah membacakan surah-surah tertentu misalnya sahaja, surah Luqman bagi perut ibu yang mengandungkan anak lelaki.. Ataupun surah Maryam bagi yang mengandung anak perempuan.. Apakah maknanya semua itu kalau bukan bermaksud untuk mendendang kepada fetus yang masih di alam rahim supaya ingat akan salah satu kata masyhur Luqman kepada anaknya:
“Wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar dan bersabarlah dengan apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang penting.” (Surah Luqman: Ayat 17)
Nah.. Inipun juga membawa maksud anjuran berdakwah!
Sekufu.
Apakah ini yang dikatakan sekufu??
Itu sebab bila orang berbicara mengenai pasangan yang sekufu.. Saya ingat perkataan sekufu itu sangat luas maksudnya yang perlu kita teliti dan renungi bersama..
Sekufu pada FIKRAH (fikir&faham yang membentuk amal), suatu hal yang jarang-jarang diambil berat oleh masyarakat umumi ketika ini.. Sedangkan inilah yang akan mendasar sesuatu kesefahaman bersama akan metodologi yang bakal diguna pakai untuk mendidik anak-anak nanti.. Anak-anak, Aset tak ternilai sebuah pasangan suami isteri!
Bayangkan saja jika berlaku fikir yang TIDAK SAMA antara suami dan juga isteri akan hal wawasan meraka untuk anak-anak, sudah pasti tidak dapat tidak pertembungan kaedah mendidik anak-anak juga pasti berlaku.. Bertembung FIKRAH akan menjana pertembungan BUDAYA mencorak dalam institusi rumah yang akhirnya kata pepatah menatijahkan, Gajah sama gajah bersengketa, pelanduk mati di tenagh-tengah.. Hancurlah aset yang berharga iaitu anak!
Kalaulah kita merujuk Quran, sudah pasti akan ketemu ayat yang cukup berkias dalam merungkai situasi di atas.. Firman Allah:
“Hunna libaasullakum wa antum libaasullahunna”
Maksudnya: Mereka (isteri) itu ibarat pakaian bagimu (suami) dan kamu jua ibarat pakaian bagi meraka.
Analoginya mudah..
Apakah ada seorang tok bilal yang mahu pergi masjid tiba-tiba memakai baju t-Shirt dan seluar pendek seperti mahu bermain bola di padang?
Begitu juga sebaliknya..
Apakah ada seorang pemain bola profesional yang mahu ke padang tiba-tiba menyarung kain pelikat dan memasang serban di kepala seperti lagak bilal yang mahu melaungkan azan?
Renung-renungkan bersama..
Realitinya.. Cabaran demi cabaran pasti datang menyapa setiap dari kita untuk menguji sejauh mana komitmen dan daya usaha seorang hamba kepada Khaliq. Semuanya itu rempah-ratus yang pada hakikatnya menyedapkan lagi ramuan kematangan serta rasa redha kita dalam meniti lankah demi langkah menujuNya.. Moga kita sentiasa terpilih.. Ameen
Sempat lagi 'merembat' seguni rambutan sebelum balik...
p/s-Kepada ahli group perbincangan semasa kem, minta maaf banyak2 kalu ada silap & salah.. Sori x boleh nak fokus sangat sbb badan masih kurang ok.. Apapun terima kasih sbb m’doakan saya..
Syukran wa jzKK wahai shbt2.
12 comments:
salam tuan..
maaf x dapat bersama nta dlm program mggu ni..ada program d melaka.awlawiyatnya lebih d sini..huhu
anyway..senang hati ana bila baca posting nta kali ini.Senang bukan utk diri ana(sahaja) tapi senang bagi pihak nta..ahaha.
InsyaAllah tuan.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik..ini bukan teori omong-omongan kosong,tp ini janji Allah.Soal jodoh itu urusan Allah,cepat dan lambat itu juga urusan Allah.Urusan yang perlu untuk kita adalah Sabar disamping Doa dan Usaha.
Ana doakan yang terbaik buat nta.Sama2 kita usaha kearah masa dpn yang cemerlang,gemilang,terbilang dan bukan temberang..ahaha
p/s:salam rindu buat sahabat2..insyaAllah kita jumpa konvo nanti ya.
Hmm..
Nta ni ana tengok dua tiga menjak ni macam dah ke arah bait al-muslim je?
hehe..dah ada rancangan ke?
insyaAllah tuan.
Azam, usaha dan tawakkal. :)
Ingat tu..
salam sayang untuk semua.. ana pun nak mintak maaf sebab tak dapat join.. rasa macam rugi pulak bila baca posting nta ni.. ada urusan di 'kampus baru'.. sorry.. apa pun.. at least ana dapat cikit ilmu yang dibincangkan dari posting nta ni.. dengar dah ada rumah baru??
salam.. syeikh.. macam kenal je hamba Allah yang berbaju biru disebelah syeikh tu... beliau dah sampai tahap kritikal tu.... perlukan bantuan...... dari ejen2 bertauliah.... huhu...
InsyaAllah, da dekat da tu...azam2..:-)
Salam juang untuk SEMUA...
> Abg AizaTT trsyg..
-Oh.. xpa.. Yang penting jauh di mata dekat di hati..
-Hmm.. napa pula jd mcm tue? Ada mksd apa2 ka? ;)
-Ya.. jodoh mmg dlm genggaman Allah.. manusia hny perancang tp prcg sbnr jua Allah.
Disamping SABAR kena BELAJAR sbb masa yg Allah bg nie ada hikmahnya..
-Suke dgr pepatah enta nie.. JGN TEMBERANG! Berpada-pada dgn apa yg kt ada..
I'Allah.. itupun kalu masih ada subsidi nyawa yg berbaki.. Sbb bla usia muda nie Allah da uji mcm2, mksdnya nak suruh brjaga2 la tue..
> Anonymous 1..
Saudara...
Apakah bila menulis psl baitul muslim, maka seolah brmksd kt mahu berumah tangga?? Sbnrnya.. Suma org spatutnya kena tahu baitul muslim tak kirelah dia nak berkahwin ataupun tdk..
Sbb.. Realitinya kt mmg duduk dlm baitul muslim dr dulu smpi skg.. Cuma beza dia hnylah "possesion".. Smada anda: ANAK, AYAH, IBU, sampailah ke DATUK atau NENEK.
-Rancangan?? Hmm.. Tunggu Najib umum Bajet 2015 dlu..
> Ustz Azzam, PEGAWAI ***..
Syukran atas doa enta..
Formula "Azam+Usaha+Tawakkal" akan sentiasa diingat!
> Sayang jua buatmu TAUFIK!
-Alhamdulillah bgslah.. Igtkn dah lupa kitorg dkt sini.. Mklmlah dah jd org2 'LUAR KAMPUS'.. :)
-Rasa mcm rugi plak bila baca posting ana?? Wat does u mean?? Takpa.. Nant bila mai konvo, ana turunkan suma ILMU yg ada..
-Ya.. Raudhatul Jannah name die.. Siap ada 'Shiroo' utk jaga umah setiap hari.. Dtglah sini.. Ana jemput!
> Anonymous 2..
Hmm. Cakap org.. Sendiri tak sedar! Mcm ana tak kenal sapa nie.. Ayat2 tue dah boleh agak dah sapa org dia.. =)
> Tuan IsmaiL..
Apa yg dekat Tuan?? (",)
p/s-Sahabat2.. Entry nie sbnrnya nak mmbawa diskusi brsama scra ILMIAH.. bukan utk skdr MAIN2 atau SEMBANG2 lucu.. Ingat ppatah nie ye..
"When you fail to plan you plan to FAIL.."
maaf ana terlupa yg enta kurang sihat. kalau ada kata2 dan perbuatan ana yg lg menyebbkn enta kurang sihat,maaf sekali lg..
hmm..tntg program, banyak isu yang dibentangkan isu nie jugak yang hangit. tp ana masih menanti jawapan kepada soalan ana yg berkaitan isu nie..
FUH~! Zul siapa madam tu?
lain macam di mataku
Salam semua..
> Sdri Madam..
-Firstly, Terima kasih atas prsoalan.. sy sbnrnya maci cuba memahami mengikut konteks asal yg anda fahami.. Tp, insya Allah sy cube respon skdr trmampu..
-Apapun apa yg sy bole ckp ialah.. Proses utk mencari psgn adalah terletak pd TGGJWB setiap individu.. So, dia sgt sgt dependent dgn mana-mana org. Mksd sy, ada org brdepan situasi yg anda prsoalkn.. Ada org tdk.. So, nk jwb style "pukul rata" x bole jg.
-So, bile sorg anak adam merasa jodohnya dah smpi, so buatlah prcgn brsama scra serius.. Bukn atas angin.. Be Practical! (mf, sy brckp atas teori umum + pglmn org2 lps)..
Be practical mksd sy.. Buatlah pmbcaan masa dpn life planning masing2.. Consider sgl hmbtn@hlgn yg mgkn berlaku.. Jgn nmpk apa yg di depan sumanye indah belaka!
-Senang ckp.. Perkahwinan adalah 'kt merasa bertnggjwb' atas seseorg..So, bile sebut tggjwb.. Sy rasa stp org sdr bhw jgn smpi apa yg kt buat seolah2 dilihat sprt tdk brtggjwb! Itu je..
p/s-mf kalu x dpt beri jwbn scr holistik.. Ilmu maci kurg sgt.. Tnylah org2 yg lbh PAKAR. k, syukrn
> Abg Syukranie..
Lama menyepi..? ;)
Madam?? Madam itu mksdnya dlm Bm, 'Puan'.
Nmpk lain mcm sbb enta tak pakai spec mata kot..
p/s-Jgn lupe time ana konvo nnt, mai kat Johor ye.. Nnt ana blnje mkn 'otak-otak'.. =)
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Allah maha Tahu bila hambanya sudah bersedia. InsyaAllah.
Wallahualam. hal2 begini rumit namun kalau bijaksana merancang, InsyaAllah.
salam takzim, moga berjaya ke stage yang seterusnya. (master cepatkan siap dengan cemerlang, supaya banyak perkara boleh disiapkan lagi)
**Amanah dari syifa' harap digendong dengan baik. Hidup dan rasai bila berada dalam kepompong itu. Harap dapat jadi 'inducer' pada adik2. All the best! (^;^)
Post a Comment