Sunday, March 7

Pahala atau Dosa?



-Gambar Hiasan-

Seorang anak berlari-lari masuk ke rumah. Sampai sahaja di ruang tamu, anak tadi bertembung dengan ayahnya.

“Haa........ Nak ke mana tue? Tergesa-gesa macam ape je...”—Suara garau ayah menegur.

“Nak lari... Saya takut!”. Jawab si anak dalam keadaan menggigil.

“Apa yang kau takut pagi-pagi buta macam ni?”

“Ayah.... Saya baru selesai membuat maksiat. Tadi saya minum arak dengan kawan-kawan. Sekarang saya nak lari dari Tuhan.”

“Apa???”. PANG!—Satu tamparan singgah di pipi si anak.

“Ayah... Kenapa ayah tampar saya?”

“Berani awak berbuat maksiat kepada Allah! Ini balasannya..”

“Tapi ayah....”

“Bukankah Allah SWT dah tentukan bahawa pagi ini saya akan berbuat maksiat? Bukankah itu Qada’ dan Qadar dari Tuhan? Mengapa ayah tergamak menampar saya? Apakah ayah tidak mahu menerima ketentuan Allah?”. Panjang bicara si anak...

Si Ayah terdiam.

“Nak...... Apa yang kamu faham dengan ketentuan Tuhan?”. Si Ibu yang memerhatikan peristiwa itu bersuara. Mencari punca kepada masalah.

“Ibu... Hidup ini sudah ditentukan. Mati, jodoh, kejayaan, kegagalan dan segalanya sudah ditentukan. Mengapa kita menolak takdir yang Allah dah tetapkan? Kalau kita dah dijadikan macam ni. Terima jelah. Itukan sudah ketentuan.”

“Habis... Kenapa kamu cuba lari dari Tuhan?”

“Sebab.. Allah nak hukum orang-orang macam kami.”

“Nak... Kamu silap.”

“Mari ke dapur ikut ibu... Ibu akan terangkan apa itu ketentuan Tuhan!”

Nah.. Ambil gelas kaca berisi air ini.... Sekarang kamu ada dua pilihan takdir. Takdir pertama, kamu campakkan gelas ini sehingga pecah. Manakala takdir kedua, kamu simpan gelas ini di atas meja dengan selamat. Antara dua Takdir ini, kamu pilihlah yang mana satu.......

Sang anak terkebil-kebil. Dia mula memahami apa yang nak disampaikan oleh ibunya.

Anakku... Adapun jika kamu memilih takdir pertama tadi, nescaya ibu akan menghukum kamu kerana kamu memilih perbuatan celaka iaitu ‘memecahkan gelas’ yang ibu amanahkan kepadamu. Sebaliknya jika kamu memilih takdir yang kedua tadi, nescaya ibu tidak akan menghukum kamu. Dan pasti Ibu hargai apa yang kamu buat.

“Maksud ibu. Allah menghukum manusia atas pilihan yang mereka buat? Bukan atas takdir yang dikenakan kepada manusia?”

Anakku... Ibu sekali-kali takkan tahu apa yang kamu akan pilih. Berbeza dengan Pencipta iaitu Allah. Allah SWT itu maha Tahu. Allah tahu apa yang ‘bakal’ kita pilih.. Tapi, Allah juga maha Adil dan Saksama. Allah tetap memberikan peluang kepada para hambanya untuk memilih.. Sama ada mahu jalan KEMAKSIATAN ataupun jalan KETAATAN!

Firman Allah SWT:

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (dua jalan); kejahatan dan ketakwaan. Sungguh! Beruntung orang yang menyucikannya (jiwa). Dan sungguh! Rugilah orang yang mengotorinya.”—Surah Al-Syams

Si ayah datang merapati anaknya...

Anakku.. Manusia adalah makhluk fitrah. Apabila kamu lari dari sesuatu, sebenarnya kamu TAKUT akan sesuatu. Dan apabila kamu kejar sesuatu, sebenarnya kamu BERANI kepada sesuatu. Hakikatnya, bila kamu takut maka sebenarnya kamu MENGAKUI akan perbuatan salah kamu. Sebaliknya juga begitu. Itulah fitrah...

Sebenarnya.. Bukan Tuhan yang ‘bersalah’ mentakdirkan kamu begitu... Tetapi fitrah kamu sebagai manusia sendiri mengaku bersalah dengan apa yang telah kamu lakukan. Bertaubatlah!

Si anak menangis teresak-esak.

Apapun beruntunglah dia mempunyai ayah dan ibu seperti itu....

***

Mari kita usaha untuk menyucikan hati. Membersihkan jiwa dari segala kekotoran dan hitam-legam dosa. Anda masih ada ‘kuasa’ untuk memilih!

Mari kita memilih segala lorong ketaatan yang bercahaya bahkan berbau wangi dan tinggalkan segala lorong nista yang gelap, pekat dan mengharukan.


-Gambar Hiasan-

Hari ini.... Kita kepingin untuk menyuburkan benih-benih baru generasi Islam. Hakikatnya, kita juga berdepan serangan makhluk perosak dan ancaman wabak penyakit umat.

Seorang pekebun yang baik, dia akan pastikan ladang-ladangnya sihat dari ancaman penyakit. Di samping itu, dia akan berusaha mencari baja dan saliran air untuk menyuburkan lagi dan lagi benih-benih yang sedang ditanam.

Seorang pekebun yang efektif, dia akan berusaha memastikan produk yang ditanam adalah sesuai dengan pasaran diluar. Baka yang disemai mamapu menahan penyakit zaman. Hasil yang dituai mampu berkembang-biak di tempat lain yang gersang dan diluar dari kawasan ladang.

Seorang pekebun yang cemerlang, saban masa ladangnya akan berkembang. Ladangnya akan bertambah luas. Hasil tuaiannya pun akan bertambah dari tahun ke tahun.

Seorang pekebun yang pintar, dia tidak akan duduk diam. Dia akan berusaha mencari jalan-jalan inovasi yang baru untuk menghasilkan lebih banyak benih-benih yang diiktiraf akan kualitinya. Mungkin guna kaedah baru seperti, hidroponik dan lain-lain...

Terima kasih.

myikhwanfiideen:-

Ya Allah.... Ampunilah segala keterlanjuran kami dan kejahilan kami yang lepas-lepas.......

2 comments:

annisaNazifa said...

Benar hidup ini atas pilihan hati... Cuba tanya diri saat mana kita mahu melakukan sesuatu...ketika itu masih ada dua jalan yang boleh kita ikuti (perbalahan hati). ketika itu juga kitalah yang menentukan apa pilihan kita...

Allah itu Maha Adil...Percayalah...

Semoga terus menulis, berkongsi fikrah dan menabur dakwah..

myikhwanfiideen said...

ustzh NaziFa:

>Syukran tmbhn mklmt...

>Adilnya Allah diluar jangkaan akal manusia.

Afwan.