Sunday, March 14

Tidak cukupkah dengan diam?


--Ada masanya diam lebih baik...--

“Eh... enta tahu tak benda tue?”. Usai sahaja salam, sahabat ini sudah bertanya tentang ‘sesuatu’...

“Betul ke?”

“Camne ek jadi macam tu?”.

“Eh.. Apesal diam je...?”.

“Habis, enta tak bagi peluang.. Camne nak cakap..”. Sengaja membiarkan dia bertanya semahu-mahunya...

“Oho.. Ye tak ye juga..”.

“Jawabannya... Ana pun tak pasti... Wallahu a’lam!”.

“Aduih... Enta nie.. Takkan tak tahu kot. Kan enta duk sane?”.

“Betul... Ana TAHU, tapi tak PASTI...”. Beza tue.. Antara tahu dengan pasti. Jauh bezanya....

“Hmmm... takpelah. Ingatkan enta tahu.”. Nada yang agak kecewa.

“Kenapa beria-ia sangat nak pasti?”. Kali ini, saya pula menyoal.

“Bukankah dah cukup kalau tahu.. Buat ape nak pastikan lagi? Kalau dah pasti pun, apa yang enta boleh buat? Sekadar tahu dan pasti... Itu je?”

Dia diam. Kalaulah handphone ini sedang on-3G mungkin dah boleh tengok muka dia yang tengah ‘berduka’ barangkali. Takpelah, cukupla ia membuatkan anda sedih dan bermuhasabah bersama. Cukuplah dengan itu sahabat.. Tak perlu lah nak ‘korek-korek’ lagi kerana itu bukan amalan berukhuwwah.

Bahkan, kadang-kadang ia menambahkan lagi beban kepada orang lain!

Siir wa Hazar!

Muhasabah. Betapa pentingnya siir (kerahsiaan) dan hazar (keterbukaan) dimasukkan dalam siri tarbiyyah sebagai seorang Amilin. Kalaulah kita yang diajar dan dididik ini pun tidak mampu mempraktikkannya, apatah lagi orang lain...

[Amilin=pekerja]

Maka, mulut kepada mulut. Itulah yang menjadi kegemaran orang... Pasti, anda tidak suka dengan itu bukan?

Kenapa perlu siir? Bukan berniat untuk tidak mahu bercerita dengan anda. Dan bukan juga bermaksud yang anda tidak berkepentingan untuk mengetahuinya. Tapi hakikatnya, anda tidak akan tertanggung beban rahsia seperti ini.

Tahukah anda?

Alangkah berbahagianya anda yang tidak tahu berbanding dengan orang yang tahu. Alangkah beruntungnya anda yang tidak pasti berbanding dengan orang yang pasti... Bahkan lebih dari itu, berbahagialah anda kerana bukan pundak bahu anda yang menanggung semua ini!

Maka, cukuplah... Bersyukurlah kerana anda tidak terbeban untuk menyimpan suatu yang siir!

Rahsia itu suatu ujian, bukan kelebihan...

Hakikatnya.... Penyimpan rahsia, adalah mereka yang istimewa sahaja yang boleh lakukan. Tidak semua orang boleh untuk itu. Padanlah dikalangan ramai sahabat itu, Nabi memilih Abu Ubaidah Al-Jarah sebagai penyimpan rahsia umat Islam.

Kerana apa?

Kerana dia seorang yang istimewa...

No comments: