Sunday, September 13

JAWATANKUASA Islamic Summer Camp (ISC) kali-3


Penaung:

En. Bunyamin Bin Bakri (Presiden PSS)

Penasihat:

Sdr. Mohd Nadir Al-Nuri (Timb. Presiden PSS 1)

Sdri. Siti Faridah Binti Saidin (Exco PSS-Pembangunan pelajar)

|MAJLIS TERTINGGI|

Pengarah:

Azizul Bin Julirin

Timb. Pengarah 1:

Ahmad Fauzi Bin Saifuddin

Timb. Pengarah 2:

Nur Insyirah Binti Sunoto

Setiausaha:

Syarimah Binti Sakka

Bendahari:

Mohd Fanshuri Bin Badaruddin

|AHLI JAWATANKUASA|

1) Pengangkutan dan Keselamatan

Mohd Khairuddin Bin Daud

Norhanisah Binti Butai

2) Penyertaan dan Kebajikan

Saibul Bin Manung

Rita Binti Radin

3) Pengisian dan Penerbitan

Mohd Zul Hilmey Bin Makmud

Azinni Binti Salimin

4) Makanan dan Logistik

Mohd Dehya Al-Qalbi Bin Dzulkarim

Nuraziah Binti Ali Akbar

5) Protokol dan Dokumentasi

Mohd Hazwan Bin Hassan

Azie Nor Mazwani Binti Shahari

6) Teknikal dan Persiapan Tempat

Yusuf@Joseph Bin Saidin

Nafisah Binti Matli

7) Tajaan dan Jualan

Mohd Fanshuri Bin Badaruddin

Fauziah Binti Saidin

***

Ahli jawatankuasa penuh untuk Unit Pengisian dan Penerbitan:

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud (Raes)

Azinni Binti Salimin (Raesah)

Mohd Al-Amin Bin Hj Utoh Said

Zaiem Al-Hilmi

Renifezri Bin Mohamad

Mohd Fairuz Bin Bend

Ahmad Azhari Bin Senan

Norasidah Binti Jamian

Siti Rohana Binti Norakim

Siti Maryam Binti Dawalih

Nazifatunnisa Binti Salim

***

Untuk perhatian:

a) Sahabat-sahabat PSS@adik-adik KRU yang tidak ada nama di atas akan diserapkan dalam jawatankuasa penuh setiap unit yang telah dibentuk. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh hubungi setiap Ketua @ Timb. Ketua unit untuk maklumat lanjut.

b) Kepada mana-mana pihak yang ada kemusykilan@pertanyaan, sila hubungi individu berikut:

Azizul Bin Julirin—0198106351 ; (Pengarah program):

[Untuk urusan—maklumat program, penyertaan AJK penuh, maklumat peserta, dll]

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud—0137143840 ; (Unit Pengisian dan Modul):

[Untuk urusan—fasilitator program, modul, bahan-bahan terbitan, dll]

.

Friday, September 11

kapankah lagi?

(Sultan Ismail International Airport)

Seperti biasa.. Saya membuat putaran rutin bulanan. Menunggang “garuda merah” untuk menyeberang lautan..Sampai naik bosan sebenarnya menunggang ‘burung garuda’ nie.. Kalau boleh naik basikal kan best!

Saya cuba memanfaat peluang menunggu dengan membaca beberapa jurnal.. Ya, due-date report yang semakin hampir.. Sedangkan diri ini masih 'mamai' lagi.. Tak tahu research apa sebenarnya yang sedang di buat sekarang. Ya Allah.. Teruk betul!

...

...Keep waiting...

4.00 pm

5.00 pm

6.00 pm (delay)

7.00 pm (delay)

Sampailah 8.00 pm… Barulah “garuda merah” sampai!

Tiba-tiba.. Delay lagi?? Rasa dah nak putus asa..

...Kapan, kapan, kapankah lagi?...

9.00 pm.. Barulah dibenarkan untuk boarding.

...

Ya Allah.. Barulah terasa betapa seksanya menunggu.. Betullah kata orang, “Penantian itu suatu UJIAN dan CABARAN yang perlukan jutaan KESABARAN.”

Kadang-kadang tertanya-tanya juga mengapalah sanggup menunggu lama macam tue.. Tapi,, mungkin itulah pilihan yang ada.. Eh silap.. Pilihan memang banyak.. Tapi, inilah yang TERBAIK!

Alhamdulillah.. Saban hari keyakinan kepada suatu penantian semakin bertambah-tambah.. Tak pernah lagi berkurang,, Yakinlah.. Insya Allah!

[Sedikit ucapan:]

:: Selamat berpuasa kepada semua teman-teman maya.. Selamat merebut ganjaran Al-Qadr di 10 malam terakhir.. Selamat bercuti.. Selamat balik kampung (make sure balik jangan tanam jagung).. Selamat HARI RAYA.. Maaf zahir dan batin! ::

Thursday, September 10

Karya itu Rahsia!

Sejarah persuratan mempertontonkan kepada kita bagaimana ahli bahasa merahsiakan dan menyulitkan maksud kata mereka dengan pelbagai lentur wadah berkarya.. Kerahsiaan karya kadang terlalu jauh tersembunyi sehingga orang khalayak perlukan nilai tambah kreativiti, dan sensitiviti untuk membaca.. Dan, seterusnya terhibur olehnya..

Itu sebab, perlu diulang bahawa karya ‘contengan’ yang sebenar hanya untuk orang-orang yang suka BERFIKIR dan bukan untuk orang-orang yang PASIF mindanya.. Terutama bagi orang yang suka berfikir akan keanehan hidup dan bukannya sekadar memikir keseronokan atau kenikmatan yang fana..

Kadang-kadang suatu karya ‘contengan’ itu terlalu sukar untuk difahami kerana dipenuhi oleh jutaan kerahsiaan yang membingungkan.. Bahkan disulami komposisi cerita yang kaya pula dengan pelbagai liku melalui berbagai gaya bahasa figura yang tidak punya empunya..

Bagi mereka yang tidak gemar mengasah kepala, tidak suka berfikir lama-lama, atau cuma berminat dengan benda yang mendatang secara bolos, karya ‘contengan’ sebegini pasti akan ditolak mentah-mentah.. Iya, sudah sinonim dunia begini.. Mahu semuanya cepat belaka!

Kita bukan sengajakan!

Sulit dan rahsianya sebuah karya itu bukan benda yang dibuat-buat.. Tetapi itulah pun MAKNA kehidupan yang wujud di sekeliling jasad kita.. Masih terlalu banyak persoalan yang tersirat dan berselirat.. Rahsia itu tergambar dan terhidang melalui pelbagai corak dan variasi fenomena alam, ataupun dilalukan secara semulajadi oleh Tuhan dalam bentuk realiti atau non-realiti yang cuma mampu dipandang kerdil serta remeh-temeh oleh insan.

Tapi, remeh-temeh itulah yang kebanyakannya berdaya menyarankan suatu makna hidup yang signifikan!

Hakikat,,

Kebolosan dan ‘ketelanjangan’ menghidangkan suatu karya ‘contengan’ akan sendirinya membodohkan serta menjijikan kehidupan manusia.. Kerana, hakikat sekali lagi banyak aspek kemanusiaan yang menuntut kerahsiaan. Dari hal seperti inilah maksud sebuah karya itu perlu disirat, di”tapuk” (bahasa sabah), dan dipersulit demi untuk menjaga martabat dan maruah manusia!

Ya, ada orang yang mengunjungi teratak buruk ini untuk ‘mengunyah’ karya ‘contengan’ yang ada secara rahsia.. Kemudian dengan gelojoh membuat kesimpulan dangkal sehingga lari dari makna sebenar yang cuba dihidangkan. Apakah mereka ini tidak cukup melihat wahyu sebagai bandingan?

Allah banyak merahsiakan keberihalan kemanusiaan supaya manusia yang lemah tidak gelojoh mencari “makna yang mudah”. Semuanya mesti ditilik dengan rencam nilai kewibawaan dan keilmuan.. Bahkan, Allah jua menyarankan pemahaman melalui citra lewat fenomena alam kerana menduduki suatu tempat itu akan mendatangkan kejelasan yang lebih terhadap benda tersirat yang terkandung dalamnya.

Nah! Upaya semacam itulah yang kita mahukan sebati dalam setiap karya ‘contengan’.. Keindahan yang bukan semata untuk disantap oleh si mata dan telinga, tetapi keindahan tersirat yang hanya mampu diterjemah oleh uslub-uslub tertentu.. Sehingga mentampakkan lagi betapa luasnya dan indahnya rahsia yang terkandung pada satu karya ‘contengan’!

Kepada “pengunyah curi”..

Sebelum mempersoal nilaian abresiasi terhadap mana-mana hasil ‘contengan’, eloklah dipertajam dulu daya takwilan rahsia yang tersirat.. Berlakulah adil dengan mengaplikasi segala uslub yang ada tanpa cenderung obsesi kepada selera dan nafsu-nafsi sendiri.

Wallahu a’lam!

Wednesday, September 9

"patik pohon derhaka.."

Salam Reformis!

Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh”. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.

Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang teragung dan dibawah pemerintahanan Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada ‘pax Malacca’ satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan, dan tanpa sistem perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia.

Suatu ketika dahulu satu generasi muda mengagung-agungkan penderhakaan Hang Jebat yang berakhir kepada porak peranda di Melaka. Jika kita ingin mengambil perbanding dengan dinamika pergelutan politik dan sosial dizaman Revolusi Perancis kita boleh mengolongkan Hang Jebat sebagai seorang ‘Jacobin’, golongan radikal dalam revolusi tersebut yang idealismenya dinodai oleh Reign of Terror yang mereka hasilkan.

Revolusi Perancis selain dari satu pemberontakan sosial dan politik untuk menggantikan rejim lama, Ancient Regime, juga satu revolusi yang didorong oleh idea-idea dari “Pencerahan Eropah Benua”. Dalam kemelut yang dihasilkan oleh revolusi tersebut berlaku satu perdebatan agong intelektual, antara Edmund Burke dengan Thomas Paine.


Karya debat intelektual antara Edmund Burke dan Thomas Paine


Edmund Burke adalah seorang reformis yang amat sedar dengan pemerintahan kuku besi sistem raja multlak. L’etat cest moi- Beta adalah Negara, kata raja Perancis Louis XIV. Maka apabila rakyat bangun menuntut perubahan dan keadilan Edmund Burke pada mulanya mengalu-alukan perkembangan di Perancis tersebut. Tetapi apabila beliau mula melihat revolusi itu telah menghasilkan kekacauan dan terdapat segolong elit England yang ingin memproposikan revolusi tersebut maka dia mengangkat pena dan menulis karya agong Reflections on the Revolution in France. Renungan itu disambut dan disanggah oleh Thomas Paine The Rights of Man yang juga satu karya besar.

Menyoroti senario kontemporer..

Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.

Ir. Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu "menyembah mohon derhaka," satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.

Tetapi kita tidak hidup dizaman rex non potest peccare – “raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar”. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Ir. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Ir. Nizar tidak derhaka! Tetapi Ir. Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.

Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja?

Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan. Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.

Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemuh Tun Perak sebagai derhaka. Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan. Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh "menyembah mohon derhaka".