Monday, December 22

It is a deep breath...

Hanya tinggal beberapa hari lagi berada di kampung halaman. Terasa semacam sukar untuk memikirkan tarikh brtolak ke bandaraya Johor semula.. Tapi bak kata pepatah arab La budda maknanya tidak dapat tidak, realitinya kena balek juga.. Dan sudah pasti keserabutan pertama yang bakal dihadapi ialah Final Year Project!! Tipsnya.. jangan fikir.. kalu fikir lama-lama nanti jadi tutt..

Boring-boring malam nie.. Saya meninjau tiket balik Johor pada web Air-asia.. Erm.. mahal juga RM408. Boleh beli handset nokia N70! Tapi xpa, insya Allah ini semester terakhir. Bila ingat sem akhir, Alhamdulillah dapat juga kekuatan sket.. Tapi, bila fikir dan renung dalam.. Persaan sedih seoalah datang tiba-tiba.. Ya, tak sangka detik perpisahan sudah hampir.. Siapa sangka tempoh 4 tahun sebenarnya amat pendek dan singkat!

Malam nie saya duduk berseorangan di rumah.. Nasib baik ada internet.. Taklah terasa macam berada dalam sangkar besi.. sekurang-kurangnya dapat juga berjalan-jalan dalam alam maya walaupun alam realitinya saya hanyalah duduk terpaku atas kerusi.. Boring.. Selalunya ada sepupu menjadi teman berbicara. Tapi, malam nie sepupu balik kampung. So, tinggallah aku keseorangan.. Lalu, saya dapat buat kesimpulan bahawa hidup ini tidak boleh berseorangan. Hakikatnya kita semua perlukan teman..

Sedih.. Eh, macam-macamla perasaan aku malam nie.. Ya.. memang sedih.. Sepatutnya malam nie saya berada dalam Avanza mengikut pelan awalnya.. on the way ke daerah tawau iaitu 400km dari Kota Kinabalu. Abang Burhan selaku abang kesayangan dah berapa kali message.. "Abang tunggu enta ya di program Jambori Unit Amal nanti..". Memang nak pegi sebenarnya.. Keputusan nak pergi tue dah diambil sebelum kaki ini menyentuh bumi Sabah! Tapi, apakan daya Avanza yang diharapkan ada pula masalahnya tiba-tiba. Bang, kalaulah aku nie Wali, jangankan di Tawau, Jambori di Mekah pun ana boleh pergi..

It is a deep breath...

You must consider the speed of the machine! Jangan asyik nak tibai jer.. Nanti rosaklah mata Mesin Larik tue!!

Macam tuela lebih kurang kata-kata Technician yang memarahi saya time fasa menyiapkan device untuk project 3 minggu lepas.. Kadang-kadang tension juga.. Yela.. Tengah semangat-semangat kena marah pula.. Apalagi.. Down juga la.. Tapi kan, bila fikir-fikir.. Dan bila ingat kata-kata Abi.. Seolah apa yang disampaikan oleh technician tue seolah dapat diterima hati dan akal sebagai suatu nasihat.. Ya, Abi selalu pesan; PERJUANGAN NAFAS PANJANG!

Jangan gopoh dan jangan pula terlalu slow.. Pejuang muda berhadapan dengan gejala GOPOH.. Manakala Pejuang tua berhempas dengan gejala SLOW.. Maka, ambillah diantara keduanya.. iaitu WASATIAH.. Tidak semua komitmen dapat dipenuhi dan beristighfarlah atas kelemahan diri.. Dan bermuhasabalah kerana kemungkinan ada dosa yang dibuat sehingga Allah tidak memilih kita..

Perancangan saya sebelum nie.. Mahu menghadirkan diri pada 3 program besar.. Misi Amal di Kg. Nunuk Ragang, Jambori Amal di Tawau, dan menjadi pengarah untuk ISC 2008. Malangnya, hanya program ketiga sahaja yang dapat dipenuhi.. Betullaah kata As-Syahid Al-Banna; Al-waajibaat Aktharu min Al-auqaat!

again.. It is a deep breath..

Jam sudah pukul 1.26 pagi.. Ramai pula sahabat-sahabat kampus yang kebetulan Online semacam ingin menemani saya yang keseorangan.. Sempat juga bertanya pasal hal-ehwal kampus.. Dan, saya minta-maaf sangat-sangat jika tidak dapat memeberi komitmen sebab terpaksa balik lewat.

Badan memang penat sebenarnya.. Cuma mata yang tidak mahu mengalah lagi.. Apa tidaknya.. Pagi tadi ada program Rehlah bersama adik-adik Kelab Remaja Kota Belud. Ya, banyak benda yang nak dikongsikan khas tentang Rehlah special pagi tadi. Tapi, maybe bukan pada posting ini.. Insya Allah posting akan datang dan dengan tajuknya 'Inspired by the Nature' barangkali.. Macam nama blog sesorang jer..

Memang agak malas untuk menghadirkan diri ke Rehlah pagi tadi.. Bukannya apa, cuma kepala berserabut dengan beberapa urusan termasuk urusan ke jambori Amal.. Tapi, alhamdulillah Allah memilih juga.. Dan akhirnya saya terjumpa sesuatu yang tidak ternilai harganya!! Alam yang berkata-kata.. Ya, sebuah gunung yang dinamakan sebagai si Kinabalu tersergam Indah serta Perkasa jika dipandang dari kampung Malangkap iaitu tempat rehlah kami pagi tadi (Insya allah nanti saya upload hambarnya untuk perkongsian semua).. Dari situ, Si Kinabalu sangat dekat dan nampak airmatanya(air terjun) jatuh bercucuran.. Begini bicara si Kinabalu tadi;

Wahai anak Muda!
Sanggupkah engkau biarkan airmataku bercucuran dek kebejatan Umat..?
Sanggupkah engkau biarkan badanku ketandusan pokok dek kejahilan umat..?
Maka, laksanakanlah dakwah..
Agar airmataku bisa padam dan badanku tumbuh pokok nan subur..

Wahai anak Muda!
Binalah rantaian kader dakwah..
Sebagaimana aku membina rantaian banjaran Crocker..
Dan satukanlah di bawah satu panji..
Agar engkau dan kamu semua bisa menjadi kuat..

Wahai anak Muda!
Ingatlah serta berzikirlah pada tuhan engkau..
Sebagaimana aku dan segala makhluk pada jasadku ini berzikir padaNya..
Keran bila-bila masa sahaja kita berdepan dengan hisab dariNya..

Wahai anak Muda!
Bertahanlah pada jalan dakwah sebagaimana aku bertahan ratusan tahun..
Kekallah pada jalan ini sebagaimana aku kekal sehingga kiamat..
TAKBIIIR!!


Kata-kata si Kinabalu betul-betul menyentuh hati kecilku.. Dan banyak lagi pesan beliau yang tidak sempat saya ingati kesemuanya.. betapa satu makhluk yang kaku pun punya idealisme serta fikrah perjuangan.. Maka, malang bagi makhluk yang bernama manusia yang punya akal tapi tidak menyedari akan tanggungjawab Dakwah ini!

myikhwanfiideen..
Negeri Hembusan Bayu.

No comments: