Desa Malangkap yang mengujakan.. Memerhatikan si Kinabalu dari bukit Malangkap dan dari jauh kegagahan si Kinabalu terserlah! Tak sangka di bumi sendiri ada pemandangan first class bagi sesiapa yang mencintai TARBIYYAH ALAM.. Ya, setelah beberapa siri tamrin bersama Abi and the gang, saya semacam jatuh cinta dengan modul-modul yang bersumberkan alam. Modul semacam ini bagi saya sangat fresh dan mencabar sebab ia tidak diatur dan direncana oleh mana-mana AJK.. Dari alam untuk manusia!
Kalaulah Kinabalu VS Ledang... Yang mana satu pilihan hati? Dalam soalan Abi nie..(",)Saya sudah menawan si Ledang sebanyak dua kali.. Maknanya kami boleh dikatakan sudah akrab dan mesra. Ya, Gua Majapahit, Batu Hampar, Gua Kambing dan banyak lagi tempat unik yang ada pada si Ledang yang terkandung bermacam modul semulajadi yang cukup bermakna bagi saya.. Dan, walaupun saya belum sempat bertaaruf dengan si Kinabalu secara dekat, tapi sebenarnya dengan hanya melihat wajahnya saya sudah jatuh cinta! Disitulah point saya untuk memilih Kinabalu berbanding Ledang..
Amacam Abi..? Boleh terima tak jawapan saya..(",)
Abi kata.. Betullah tue sebab pelik juga kalau orang sabah tak nak ambil si Kinabalu sebagai pilihan utama hati.. Ya ke Abi, Pelik??
Subhanallah.. Mandi sambil ditemani anak-anak ikan.. Bijak juga adik-adik nie sebab siap bawa kelengkapan menyelam ke tempat rehlah.. Maaf ya dik sebab rampas alat menyelam korang.. Itulah, sapa suruh tunjuk ngan abang..;)Sungai ini hanya beberapa puluh kilometer dari kaki si Kinabalu.. Sejuk dan sangat mesra menyapa pengunjungnya terutama mereka yang mencari makna suatu kejadian.. Menginspirasi manusia agar ingat semula akan matlamat kejadian!
Oi-oi.. Sapa suruh kamu solat Dhuha dalam sungai..?? Saya melaung bila nampak si Syariff angkat takbir.. Macam-macamlah adik-adik nie..
Siiru 'ala barokatillah!
1 comment:
Subhanallah..enta kejar tarbiyyah alam tak smpi pn jmputan ke pejbt kami..em taktau pula ayah enta dah mninggal..
"Allahummaghfirlahu warhamhu, wa 'afihi wa'fu 'anhu.."
Post a Comment